Sidang Media Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan aplikasi permainan DAC Peaceyall - emilinda

Wednesday, February 24, 2016

Sidang Media Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan aplikasi permainan DAC Peaceyall


Pada 17 Feb 2016 yang lalu bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya telah berlangsung sidang media dan majlis pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan permainan aplikasi DAC Peaceyall. Majlis pelancaran dan sidang media ini merupakan hasil kerjasana pihak OMGFest Ventures bersama Peaceyall.FM . Antara public figure yang hadir pada sidang media tersebut adalah Dato' AC mizal, Datin Emylia Rosnaida, dan Kartunis UBI. Pihak media yang dijemput antaranya adalah para wartawan dan blogger di bawah kelolaan Hai Blogger.



Pernah dengar tentang Peaceyall.FM tak? Haaa radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal sendiri. Bersempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen radio Peaceyall.FM , Dato' AC Mizal bakal mengadakan karnival besar-besaran yang diberi nama Karnival Peaceyall. Karnival yang akan berlangsung pada 2-3 April 2016 akan bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Akan terdapat pelbagai aktiviti dan gerai jualan di sana. Persembahan artis terkenal juga tidak terkecuali. Dekat karnival tu nanti akan terdapat lebih dari 150 usahawan Malaysia membuka gerai jualan disana. Karnival kali ini akan memberi sedikit kelainan berbanding karnival lain kerana ia menekankan konsep yang santai dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga.


Tentang aplikasi permainan "DAC Peaceyall" pula, ianya merupakan ilham Dato' AC Mizal sendiri bagi menarik minat gamers tegar. Aplikasi DAC Peaceyall ini mengetengahkan konsep catchy dan trendy bersesuaian dengan peredaran zaman. Bukan itu je, aplikasi permainan DAC Peaceyall ini juga akan membolehkan pengguna mendapatkan produk wangian keluaran Dato’ AC Mizal dengan lebih mudah dan berbaloi. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan akan diperoleh oleh pemain aplikasi DAC Peaceyall. Aplikasi "DAC PEACEYALL" ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.


Aku dulu zaman membesar memang layan komik UJANG. Sekarang aku tak sure komik UJANG tu wujud lagi or tak. Rasanya takde dah. Kalau korang yang suka baca komik Ujang dulu, mesti familiar sangat dengan kartunis UBI. Haaaa, jangan tak tahu bahawasanya kartunis UBI buat come back dengan karya komik terbaru iaitu "SKOOLASTIK". Komik "SKOOLASTIK" yang hanya berharga RM19.90 senaskhah boleh dibeli secara ONLINE di www.kedai.kartunisubi.com atau semua cawangan kedai buku di seluruh Malaysia bermula 20 February 2016. Untuk maklumat lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook Kartunis Ubi atau Instagram @kartunisubi .



Bagi yang berminat untuk menjadi antara usahawan di Karnival Peaceyall boleh hubungi :

Telefon : 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Lieza)
Email : karnivalpeaceyal@gmail.com
Facebook : OMGFEST2014
Laman Web : Peaceyall.FM
Download Aplikasi : Peaceyall FM


Kredit gambar lelawo : feeqsays.com

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.