cinta si wedding planner,

Sarapan pagi bersama pelakon Cinta Si Wedding Planner.

February 26, 2016 emi 3 Comments


Alhamdulillah, last week team Denaihati Network telah menganjurkan satu event sarapan pagi bersama hero dan heroin drama Cinta Si Wedding Planner, tak lain tak bukan Adi Putra dan Mira Filzah. Event yang berlangsung di Bangi Golf Resort Clubhouse ni dihadiri oleh para blogger dan peminat Adi Putra dan Mira Filzah. Memandangkan aku takde apa-apa plan pada haritu, so awal-awal aku dah RSVP untuk join event sarapan pagi tu. Kalau duk rumah je pun tak buat apa jugak, bermalas-malasan jela kalau tak keluar join pape event.

Pagi-pagi lagi dah sampai

Event dimulakan dengan sarapan pagi bersama-sama. Cantik betul Mira Filzah ni bila tengok depan-depan. Bila lagi nak merasa breakfast dengan retis, jumpa depan-depan. Tak gitu? Selalunya tengok kat tv aje. Dah siap breakfast, majlis diteruskan dengan sesi perkongsian cerita, perngalaman dan perkembangan oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Sesi soal jawab pun ada jugak. Nak tanya apa pun boleh, inshaAllah dorang jawab. 


Untuk sarapan, kami disediakan buffet nasi lemak. Bagi sesiapa yang rapat dengan aku pastinya cukup tahu bahawasanya nasi lemak bukan fevret aku. Kalau pergi makan kat kedai, nasi lemak la menu last yang akan aku pilih. Kenapa? Tak tahu, sejak azali aku memang kurang gemar nasi lemak. Maybe sebab sambalnya kot, dan rasa nasi tu sendiri yang tekak aku kurang boleh terima. Kecuali nasi lemak yang mak aku masak, yang tu aku boleh terima. Sambal nasi lemak yang mak buat, alhamdulillah tekak aku boleh terima. Tapi takde la jadi fevret aku. Senang cerita memang aku kurang gemar nasi lemak la. Masa kat event sarapan bersama Adi Putra dan Mira Filzah ni, at first aku tengok nasi lemak aku dah mula frust. Perut tengah lapar, tapi menunya nasi lemak. Aku ambik jugak sket buat alas perut. Nak ambik banyak dah tahu kebiasaannya memang tak habis. Surprisingly bila dah rasa, aku rasa sambal nasi lemak ni lebih kurang dengan sambal nasi lemak yang mak aku buat. Rasa dia tu, aku boleh terima. Tapi dah terlanjur ambik sekadar untuk alas perut je, takkan la aku ank pergi tambah kan. Segan la. Hahah.


Dekat event tu jugak, Adi Putra mengumumkan pakej umrah bersama Adi Putra. Boleh refer poster kat atas ni untuk pakejnya. Tak teringin ke nak perform umrah? Tipu sangat kalau tak teringin. Teringin sangat. Tapi belum rezeki aku. InshaAllah, one fine day. Doakan aku dimurahkan rezeki cepat-cepat dapat stabilkan hidup dari segi kewangan dan juga dari aspek lainnya, ye? Paling teringin nak hantar mak ayah pergi tunaikan haji. Moga dipermudahkan.


Silap tau pakai flat je haritu. Hahah. i is pendek. By the way, lawa betul Mira Filzah ni. Kalau lelaki tak berkenan jugak, tak tahu la aku mata taruk katne. Lepas sharing session, ada sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah iols menang jam tangan tawaf dari Denaihati. Tak expect langsung tau. Happy betul rasanya. Pulang dengan hati gembira, kekeke. Thanks team Denaihati untuk jam tu.

Bersama Tuan Amir Denaihati dan Adi Putra

Korang perasan tak, some bloggers walau busy camne pun tetap luangkan masa join event macam-macam. Why? Apa dorang dapat selain penat? Kepuasan. Release tension. Dah penat kerja, bila join event kami dapat jumpa rakan blogger yang lain. Dapat spend time borak-borak, share story. Itu paling aku suka bila join event. Bila dapat jumpa rakan blogger, meriah betul. Lupa kejap bebanan kerja kat ofis. Macam-macam ragam ada. Walaupun jarang jumpa, tapi boleh jadi akrab. Kadang-kadang baru sekali jumpa, tapi dah rapat seolah dah lama kenal. Secara tak langsung dapat tambah kenalan dan networking. Sembang tak ingat dunia. Kalau tak percaya, tengok gambar kat bawah ni haaa. Khusyuk nyembang dengan kak Jueliza Jamani sampai orang tangkap gambar pun tak perasan. Hahah

credit candid pic to InaAinaa


Thanks untuk team Denaihati sebab invite join event sarapan pagi ni. Thanks dekat kak Eyza sebab sudi tumpangkan emi pergi event ni sesama. Next time jangan serik tumpangkan emi, haha. Thanks lagi sekali dekat Denaihati untuk hadiah cabutan bertuah tu. Thanks untuk sape-sape yang terlibat arrange event ni termasuk Adi Putra dan Mira Filzah sendiri. Oh lupa pulak, Tuan Amir ada announce tarikh event SBB2016. Tak sabar nak join! 

You Might Also Like

3 comments:

Heheheh.. nanti SBB kita jumpa g..

Farhain Azmi said...

Wah..bestnya dapat bergambr dgn mira filzah.
cmna nak join event mcmni ye sis? :)

http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/02/jimat-berbelanja-di-ensogo.html?

sakan berborak.