Yee Sang tossing ceremony. - emilinda

Thursday, March 3, 2016

Yee Sang tossing ceremony.


Pernah dengar tentang Yee Sang? Sekitar dua minggu lepas, dekat ofis ada buat Yee Sang tossing ceremony bersempena sambutan tahun baru cina. Seriously this is my first time experiencing this Yee Sang tossing ceremony. Before ni memang tak pernah. In fact, ini kali pertama aku tahu tentang kewujudan Yee Sang tossing ceremony ni. First time dengar terus aku tanya a few of chinese colleague pasal Yee Sang tossing ceremony ni. First soalan aku, ini sambutan keagamaan or adat dan tradisi kaum? Dorang cakap, tak semua chinese buat Yee Sang tossing ni. Biasanya chinese yang dekat Malaysia, Indonesia dan Singapore je yang buat Yee Sang tossing ni. Memandangkan penjelasan dorang tu pun macam sure tak sure je, so aku google.


Cara Yee Sang tossing ceremony ni diadakan adalah dengan menyediakan a few ingredients macam dalam gambar kat atas ni. Tak sure sangat apa bahannya, tapi ada sayur, halia, apa ntah lagi. Pastu pakai toss bahan-bahan tadi tu guna chopsticks sampai tergaul semua bahan tadi. Lepastu dah boleh makan. Lagi tinggi toss bahan-bahan tu lagi bagus. Kitorang buat just suka-suka je. Nak merasai pengalaman upacara kaum lain. Btw aku tak makan sangat pun, sebab dah campur macam-macam bahan terasa pelik pulak kat tekak ni. Haha. End up aku makan buah limau yang disediakan je.


Untuk si melayu tegar macam kami yang tak reti nak guna chopsticks ni, dapat angkat satu benda guna chopstick pun dah cukup happy. Kekeke. Seriously sejak dulu sampai sekarang dah puas aku train tangan ni guna chopsticks, but still sangat kekok. Nampak kot tangan awkward gila pegang chopstick. Hahah.

2 comments:

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Ena teringin sangat nak makan benda ni.. Seriusss tapi tak ada kawan cina yang rapat nak raikan bersama

raihanah said...

terer juga tu guna copstik