Pretz n' Beanz Cafe - Pretzel Pizza pertama di Malaysia. - emilinda

Friday, March 11, 2016

Pretz n' Beanz Cafe - Pretzel Pizza pertama di Malaysia.


Sape suka makan pretzel angkat tangannnn! Aku mula gemar makan pretzel sejak berkawan dengan Ezalin. Ezalin tu officemate dekat tempat kerja lama aku dulu. Kalau jalan dengan dia, asyik menyinggah beli Auntie Anne's dekat KLCC (time tu ofis memang area KLCC). Balik kerja pun menyempat lagi singgah. Sekarang dah agak lama jugak la tak makan pretzel. Last week ada pulak yang ajak try pretzel dekat satu kedai area Solaris Mont Kiara, which named Pretz n' Beanz cafe. Aku ni kalau soal makanan memang pantang diajak. Lagi pun before ni memang ada la jugak tengok kawan-kawan upload gambar makanan dekat Pretz n' Beanz ni. Macam menarik je.


Aku pergi weekdays, lepas habis kerja terus gerak ke sana. Kononnya takut jalan sesak. Tapi tersampai awal pulak sebab jalan tak sesak sangat pun. Hahah. Janji dengan kawan-kawan pukul 8.30 malam. Semangat betul tau pergi awal. But no worries, area situ ada surau kalau nak solat. Kena jalan sikit la dari Pretz n' Beanz cafe tu. Surau terletak berdekatan Cold Storage. Dekat dengan washroom jugak. Macam kitorang sampai awal sah-sah kena Maghrib kat sana. Oh ye, kitorang tu merujuk kepada aku dan kakak aku. I can't drive, so nak ke mana pun kena la usung kakak sekali. Hihi. Kitorang park kereta betul-betul depan Cold Storage.

Mocha Ice Blended || RM16.20
Sesuai dengan namanya, menu utama cafe ni adalah pretzel dan coffee. Ada banyak variasi minuman untuk dipilih termasuk minuman sejuk, minuman panas dan jugak minuman jus berasaskan buah-buahan. Bagi penggemar ice blended seperti aku ni, pilihan pertama aku semestinya Mocha Ice Blended.  Tak sah lah kalau datang sini tapi tak try dorang punya hot beverage kan? Aku paling suka Green Tea Latte tu, best sangat rasanya. Lain dari green tea yang biasa aku minum.

Green Tea Latte || RM13.90 dan Caffe Latte || RM12.85

Haaa, part nak order pretzel ni aku teruja betul. Yela, ramai yang cakap pretzel kat sini antara pretzel yang terbaik sekitar KL ni. Nak jugak la rasa sendiri. Untuk permulaan, kami order beberapa perisa berbeza. Kata pun nak try, kan? Cuba perisa tu sikit, cuba perisa ni sikit. Baru tahu yang mana paling best. Pendapat aku tentang pretzel kat sini? Pretzel di Pretz n' Beanz Cafe merupakan pretzel paling sedap pernah aku rasa. Seriously, tekstur pretzel ni terasa sangat lembut. Tak rasa liat dan berketul-ketul macam pretzel lain yang biasa aku makan. Makan bila dah sejuk pun still lembut lagi. No wonder la lembut dan sedap pretzel ni, rupanya dough yang digunakan untuk buat pretzel ni diadun sendiri setiap hari oleh chef Pretz n' Beanz cafe. Freshly baked gitu. Made fresh with no added artificial flavours,

Perisa pilihan tekak aku - Basil Cheese Pretzel || RM8.05
Parmesan Cheese Pretzel || RM7.30
Cinnamon Sugar Pretzel || RM6.90
Chocolate Cookie Crunch Pretzel || RM8.35 with Caramel Dipping Sauce || RM2.35

Atas recommendation dari staff Pretz n' Beanz cafe tu sendiri, kitorang order set Pretz n' Stew with Green Curry Chicken ni. Katanya ini menu wajib try. Pretzel yang dihidangkan bersama green curry chicken yang creamy dan pedas. Gabungan rasa pretzel dan green curry tu memang unik dan lain dari yang lain. For this menu aku try sikit sahaja memandangkan tekak aku jenis yang tak tahan pedas. Tak pedas sangat bagi orang lain, tapi dah cukup pedas bagi aku. Hahah. Nasiblah. Tapi suka betol kawan-kawan aku dekat green curry ni. 

Pretz n’ Stew with Green Curry Chicken || RM19.70

Langkah kanan kitorang haritu sebab pihak Pretz n' Beanz cafe baru sahaja memperkenalkan menu terbaru iaitu Penne Chicken Bolognese with Meatball. Yang ni memang kena sangat dengan tekak aku. Next time pergi aku akan order lagi menu ni. Gabungan fresh meatball dengan kuah tomato dan mozarella cheese tu memang umphh sangat-sangat.

Penne Chicken Bolognese with Meatball || RM25.90

Oh ye, kat cafe ni ada set breakfast jugak tau. Walaupun namanya breakfast, tapi dekat Pretz n' Beanz cafe ni korang boleh order menu breakfast anytime sepanjang hari. Sesuai la untuk individu macam aku yang kadang-kadang kalau pergi kedai petang hari pun tekak ni rasa nak makan menu simple ala-ala breakfast.

Can't resist, so i ordered this Continental Breakfast -Choice of 5 with Thick Toast || RM22.05

Menu yang paling aku tunggu pada hari tu, pretzel pizza yang pertama di Malaysia. Almaklum la dah beberapa hari duk craving for pizza, tapi asyik busy aje kat ofis. Akhirnya haritu dapat jugak memenuhi keinginan nak makan pizza tu. Kitorang order 2 jenis pizza which is Pepperoni Beef pizza dan Hot Pepper Chili Chicken pizza. Aku lagi suka Pepperoni Beef pizza, heheh. By the way, keunikan pizza dekat Pretz n' Beanz ni adalah pizza ni dibuat menggunakan dough yang sama dengan pretzel. So pizza pretzel ni memang lembut sangat. Even dah sejuk pun masih sedap dimakan, tak keras. Masih terkenang-kenang kelembutan dan kesedapan pizza pretzel ni.

Dari depan Hot Pepper Chili Chicken 7″ || RM17.35 or 10″ ||RM24.35 , dan di belakang Pepperoni Beef 7″ || RM18.55 or 10″ || RM25.55

Last but not least, jangan balik selagi korang tak try dessert. Ada a few selection of dessert, tapi untuk malam tu i choose Volcano Chocolate Cake with Ice Cream. Kenapa pilih yang tu? Sebab nampak menarik dan tempting. Pastu excited nak tengok lava coklat keluar once dipotong dengan pisau. Hahah *jakun kejap*. Aku bukanlah gemar sangat terhadap makanan yang manis, tapi macam rugi je kalau tak try hidangan yang menarik macam ni. Tak gitu? Hahah. Bagi penggemar coklat, aku yakin korang mesti suka menu ni.

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream || RM15.05

Next time ke cafe ni, i'll make sure to try another dishes. Aku dah pun register membership untuk cafe ni. Senang la next time datang boleh nikmati privilege yang ditawarkan kepada customer. Kalau nak buat kad keahlian, just bagitahu je kat kaunter bila korang ke Pretz n' Beanz cafe ni. Omg, sengsara jugak nak habiskan taip entry ni sebab asyik ternampak gambar-gambar makanan ni. Sedapnyaaaaa! Nasib baik dekat je dari rumah, nanti nak ajak kakak ke sana lagi la. 



 Pretz N’ Beanz Cafe Solaris Mont Kiara
22, Jalan Solaris 4,
Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu urusniaga:
Isnin-Khamis, Ahad
7:30 AM–12:00AM
Jumaat-Sabtu
7:30 AM–1:00 AM


15 comments:

cindyrina said...

always tempting to see their varieties of pretzel. I will drop by if I am nearby.

Happy walker said...

First pretzel pizza in Malaysia, must be nice, gonna try it out.

FiSh. ohFISHiee said...

love their pretzels alot :D so delicious when hot

Wilson Ng said...

never tried this restaurant before. good info

Amelie Yap said...

Never check out this restaurant before. The Continental Breakfast and chocolate cake look delicious!

Apple Berry said...

Nice coffee date here as the meal doesn't seems heavy. Will check this out. ^.^

wfc said...

try their pretzer before...taste good n worth ! i like the soft texture .

Norazamin said...

Nak visit balikkk, tapi tkade duit huaaaa

Syafiera Yamin said...

Pergh rugi gila tak ikot ! kalau tahu makanan selazat ni rvsp dah awal2

Berlin Maynigo said...

This is truly mouthwatering. Have been to Malaysia once but havent been to this place. I hope I would be able to try there once I visit Malaysia again.

che hend Wong said...

i love pretzel! and your pictures just makes me drool....

Emily said...

Pretzel pizza sounds a bit odd. I have no particular liking for pretzels, luckily.

Isaac Tan said...

love their pretzel pizzas.. one of its kind. So fluffy and nice!

Sharon Lee said...

Ishh I pun suka la their pretzel! Although I'm not a fan of bread but their pretzel have the softest dough I have taste before =D

Rawlins GLAM said...

OMG! Sedapnya Volcano Chocolate Cake with Ice Cream tu! Terus rasa nak makan sekarang. Haha