Skip to main content

Pengalaman kali pertama bermain Go-Kart.


Dua minggu yang lepas buat pertama kalinya aku berpeluang join Go-Kart yang dianjurkan oleh department kitorang dekat ofis. Aku ni pantang ada aktiviti yang dianjurkan, rasa nak join semua. Awalnya aku ragu-ragu jugak nak join Go-Kart ni, almaklum lah aku tak biasa. Tak pernah main pun Go-Kart ni. Yang menambahkan lagi kerisauan aku adalah bukan setakat Go-Kart, kat jalan raya pun memang aku tak pernah drive kereta. Iskkk, nak join tapi takut. Tapi memandangkan kawan-kawan dan kakak-kakak dekat ofis tu duk yakinkan aku bahawasanya main go-kart tu senang aje, makanya aku dengan penuh semangat bagi nama.

Pada hari kejadian, alkisahnya masa testing aje aku dah berjaya merosakkan kereta yang aku bawak tu dengan jayanya. Aku tak reti nak control minyak dan brek. Gabra punya pasal, tiap kali aku tekan brek terus kereta tu mati. Oh God, seriously macam-macam aku rasa time tu. This is my first time, dan dah jadi macam ni. What do you expect? Gelabah, risau, takut, malu, rasa bersalah dekat rakan sekumpulan semua bercampur. Tiga kali kereta yang aku bawak tu mati okayyyy. TIGA KALI. First time kereta tu mati, kebetolan aku sempat control kereta tu ke bahagian tepi. Pekerja kat situ datang nak tolong hidupkan balik enjin kereta tu. Belum sempat dia tolong, tak semena-mena ada kereta lain langgar kereta aku dari belakang. Mau nya tak cuak, kan? Hahah. Bila aku pandang belakang, tengok kawan aku Mai yang langgar. Masa tu kereta aku still boleh dihidupkan, tapi kereta kawan aku tu dah takleh hidup dah. Second time mati, pekerja tu datang hidupkan balik enjin. Kali ketiga mati, dah masa pun tamat. Kahkah. Geleng kepala je pekerja kat situ sebab tension kereta yang aku bawak asyik mati je. Ya Allah sumpah aku rasa guilty gila dekat rakan sekumpulan aku. Malu pun ada. Rasa nak sorok muka.


Bila dah setel sesi testing tu, pekerja situ panggil aku. Dia cakap kereta yang aku guna tadi tu ada kerosakan lepas berlanggar dengan kereta Mai tadi. Kereta yang Mai guna pun rosak jugak. Kata pekerja kat situ, ada total 3 buah kereta yang rosak. Yang lagi satu tak sure sape yang guna. Katanya lagi, setiap kereta yang rosak kena bayar RM300/car untuk dibaiki. Gulp!! Terus aku macam "okayyy, taknak main dah laa". Tapi kakak-kakak dan abang-abang ofis tu discuss amenda ntah dengan pekerja situ. End up AJK biro department sepakat nak tukar pakej yang di ambil bagi mengelakkan lagi banyak kereta yang rosak. Daripada naik kereta yang laju tadi, tukar kepada kereta yang slow sikit dan lebih selamat in case kalau terlanggar. Kira tak mudah rosak la kot. Masa tu aku macam dah rasa bersalah gila dah. Aku macam taknak main dah. tapi rakan sekumpulan yang lain cakap takpe, dah alang-alang datang tu main je. InshaAllah okay je nanti.

Dah la menyumbang kekalahan pada team sendiri, pastu ati hati posing macam juara. Hahah

So aku main. And heyyyy, bestlah main go-kart ni. Hahah. Rasa macam pergi bersiar-siar naik kereta tak berbumbung gitu. Tapi aku main kejap je sebab bahu aku sakit takleh nak handle stereng tu lama-lama. My team got no 3 out of 4 teams. Rasanya sebab aku la kot team aku kalah, huhu. Nasib baik ahli kumpulan aku macam okay je. Tapi seriously aku tetap rasa bersalah. Walau apa pun, itu satu pengalaman yang berharga bagi aku. Bila ingat balik, senyum sensorang.


Comments

Dina said…
Bestnyaaaa. Tak pernah main go kart lagi.
Tak pernah cuba try test main go-kart ni.. kat tg malim ada tapi tak pernah pergi lagi.. huaaaaaaaaa teringinnyaaa
Husein Rider said…
tak pernah sentuh lagi go kart ni apetah lagi nak drive..
One day nak try la jugak tapi tak nak kena bayar ganti rugi la. hahaha
bearyblossom said…
You should try this! Memang best
bearyblossom said…
Sekali dah try rasa nak main lagi tau. Jom next time kita ajak EAcrew main go kart sesama
bearyblossom said…
Hahah sy careless dan terlalu nervous maybe, sebab tu sampai rosak kereta 😂
bearyblossom said…
Hahah sy careless dan terlalu nervous maybe, sebab tu sampai rosak kereta 😂

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…