Lotion : Pakai atau simpan? - emilinda

Friday, February 27, 2015

Lotion : Pakai atau simpan?



Assalamualaikum ! http://matcuoi.com



Hari ni nak bercerita tentang penggunaan lotion dalam kehidupan seharian . Saja la tetiba rasa nak bercerita pasal lotion . Tetiba sangat ni kann . Haha actually terdetik nak bercerita tentang lotion ni sebab aku terpandang aku punya lotion yang tak habis-habis ni . Wakaka .


Tak perlu la aku nak elaborate panjang lebar tentang apa itu lotion . Semua orang pun tahu kan . Tipulah kalau tak tahu . Hidup dalam gua ke apa engko ni sampai lotion pun kau tak tahu apa . Okay , sejujurnya aku ni dari dulu sampai sekarang memang ada satu habit dimana aku ni jenis yang suka membeli terutamanya barangan penjagaan diri , barangan make up dan apa-apa yang terlihat comel serta menarik dimata aku . Takde masalah kalau nak beli , boleh je . Tapi yang jadi masalahnya adalah bila beli tapi tak guna punn . Itu buang duit namanya ye .  Selalunya bukan aku tak guna langsung . Aku guna masa awal - awal beli je , lepas tu aku pandang sepi je benda alah tu . Sama la kekdahnya dengan lotion . Kadang - kadang je time rajin aku pakai la .

Lotion aku tak pernah habis . Satu pun tak pernah habis . Ini adalah fakta ! End up mana-mana lotion yang aku rasa dah lama sangat dan mungkin dah expired , maka ke tong sampah la lotion tu . Dan sejak anak-anak buah aku si Isya dan Aina dah besar ni , sometimes aku kasi kat dorang je yang mana aku tak guna . Pastu kena marah dengan akak aku sebab si Isya dan Aina ni sepah-sepahkan lotion tu .Wakaka . Bebudak umur macam dorang ni memang excited kalau makcik dorang ni kasi lotion ke , bedak ke , shower gel ke , lip balm ke . Kemain , umur 7 - 8 tahun dah suka benda-benda camni . Aku dulu tak ambik port pun benda- benda camni . Paling tak pun aku pakai bedak Johnson's Baby tu je *selebet makcik depa ni masa kecik-kecik dulu* .


So sekarang tinggal dua jenis lotion je yang masih setia dalam simpanan aku iaitu lotion Pure Seduction Victoria Secret dan lotion Yes! Nurse . Yang lain aku dah buang sebab dah terlalu lama dalam simpanan . Dah expired kot . Kemain lama simpan sampai expired .


Disebabkan naluri keperempuanan aku yang dah rambang mata masa kat butik Victoria Secret dulu , makanya aku beli 3 set lotion dan perfume yang berbeza flavor . Bila dah balik , aku sedar bahawasanya aku takkan guna kesemua yang aku beli tu *insaf kejap* . So aku bagi yang lagi 2 set dekat mak dan akak aku . Tinggal yang Pure Seduction je kat aku . Dalam banyak - banyak flavor Victoria Secret , aku paling suka Pure Seduction . Alhamdulillah , kurang pembaziran bila dah kasi kat orang .



Yang ni lotion yang terpaling aku suka dalam banyak-banyak lotion yang aku pernah ada . Brand Yes! Nurse . Lembut je rasa tangan bila pakai lotion ni . Rasa macam dibelai-belai je . Seriously nak guna pun sayang , jimat-jimat je picit sesikit takut cepat habis . Wakaka . Tapi kawan-kawan aku cakap bau lotion ni macam bau minyak gamat . Iskkk , aku tak tahu bau minyak gamat camne sebab aku tak guna minyak gamat .


Bila lupa atau malas nak pakai lotion , memang tak pakai terus . Main campak je dalam mana-mana beg . Tapi bila datang rasa rajin nak pakai lotion , nak aje aku sapu sampai habis sebotol , buat bekal sebulan takyah sapu . Kihkih . Camtu pun boleh Emi http://matcuoi.com  




So , korang pulak camne ? Apa jadi kat korang punya lotion ? Pakai atau lebih kepada simpan je ? Dan lotion apa yang paling korang suka ?



No comments: