Skip to main content

Tempahan custom made tote bag by bearyblossom.



Hai semua . Oppss !! Assalamualaikum . Entry kali ni nak cerita pasal tote bag yang aku jual . Actually sejak aku habis belajar dulu aku dah start buat bisnes kecil - kecilan ni , iaitu bisnes tote bag . Bukan printed tote bag , tapi hand painted tote bag . Boleh customized ikut kehendak hati customer . Kiranya customer bagitahu or tunjuk nak design camne , then aku buat . Dah siap , pos kat customer . Aku tahu tote bag ni famous dalam kalangan student especially budak sekolah . Memang mostly customer aku adalah student . Tapi yang bukan student pun ramai je yang order . Hehe . Aku pun bukan student , but still aku suka beg camni . Kadang - kadang keluar jalan - jalan aku bawak beg camni . Ada jugak a few parents yang order untuk anak dorang . How sweet , order untuk kasi dekat anak . Kalau student , guna beg ni untuk bawak buku pegi kelas tuisyen or kelas tambahan , guna untuk keluar jalan - jalan , pergi study group . Kalau yang dah kerja , guna untuk bawak fail - fail atau untuk taruk telekung semayang , atau untuk bawak apa - apa keperluan time jalan - jalan . Kalau cikgu , boleh guna untuk letak kertas - kertas exam , buku teks , buku anak murid . Yang jadikan tote bag ni sebagai couple bag dan friendship bag pun tak kurang ramainya . Yela , aku zaman bercinta dulu pun ada terfikir nak buat beg couple camni , tapi end up tak buat sebab beberapa faktor iaitu salah satunya tak sempat buat dah break up . Kehkeh !

Beg couple . Tempahan customer .

Another couple bag .

Friendship bag .


Tempoh masa untuk aku siapkan sesebuah beg actually kejap je . Tapi memandangkan yang order beg ni bukan sorang je , so selalunya aku akan bagitahu customer tu siap - siap , bagi tempoh seminggu dari tarikh payment dibuat . Paling cepat 3 - 4 hari baru siap . Kalau tempahan tengah banyak , 2 minggu baru siap . Yela , aku buat ikut turn . Sape bayar dulu , maka beg dia dah masuk dalam queue list . Selagi tak buat payment , tak masuk dalam queue list . Dulu pernah terjadi , sorang customer repeat order . Katanya kali ni nak hadiahkan untuk cik awek . Esok atau lusa bank in . Memandangkan aku pernah berurusan dengan dia , so aku tak tunggu payment , terus aku buat beg dia tu , Tapi lepas seminggu still tak buat payment . Ditanya katanya tak sempat nak pegi bank in . Lepas 2 minggu , langsung dia tak reply whatsapp . Okay dik , mungkin kau dah break dengan awek kau lalu tak jadi nak kasi beg ni as a gift , kan ? Haha . Takpe akak paham . Sejak dari tu memang aku takkan buat beg tu selagi tak dapat payment .


Customer ni mesti suka budak - budak , sebab tu order design camni . Siap ada tulis "Keep calm & love children " kat the other side of the bag .



Oh ye , selain dari hand painted tote bag , aku juga ada jual beg ombre . Beg ombre tu yang macam beg Eiffel Tower dan Bon Voyage kat atas ni , beg tu ada color camtu . So korang boleh pilih nak aku lukis design yang korang nak tu dekat beg plain putih atau nak aku lukis dekat beg ombre . Kalau nak yang ombre , boleh request nak color apa . Yang dekat beg Bon Voyage tu kalau korang perasan ada macam bling bling dekat tulisan Bon Voyage . Nak ada bling bling pun boleh , tapi buat masa sekarang yang bling bling tu ada untuk color pink dan putih sahaja . Akan aku usahakan warna - warna lainnya nanti .

Aku suka beg ni . 

Beg ni pun .

Saiz beg-beg ni 31cm x 37cm . Material eco soft canvas , bukan belacu ye . Hehe . Dulu aku pernah try buat guna beg yang material belacu , tapi tak best la sebab belacu memang kualitinya agak kurang berbanding kanvas , Sekarang memang selesa guna beg material kanvas je . By the way ramai yang tanya , beg ni kalau basuh tak tanggal ke ? Jawapannya TAK . Why ? sebab pewarna yang kita guna tu memang khusus untuk digunakan pada fabric . So selagi kau tak sental sepenuh jiwa , memang tak luntur . Jangan pulak basuh pakai mesin basuh . Mesin basuh ni dah memang sifat semulajadinya ganas dan kasar . Haha .







Setakat ni aku hanya ambik order untuk tote bag sahaja . Tapi inshaAllah dalam masa terdekat nanti aku akan start ambik order untuk pencil case / makeup bag dan jugak pouch . InshaAllah . Akhir kata , kalau nak order boleh contact aku . takde minimum order . Kalau nak tengok contoh design - design lain yang aku pernah buat , boleh tengok kat facebook page dan instagram bisnes iols okayhhh .


Facebook page : Tote bag by bearyblossom
Instagram : @bybearyblossom
Email : bybearyblossom@gmail.com
Sms / Whatsapp / Telegram : 0145259353 - Emi




Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…