Skip to main content

Carian Jelita Murni Kako


Kebelakangan ni memang aku jarang update blog . Seriously jarang sangat - sangat [ macam la before ni kerap sangat update kan :P ] . Dan memang aku sedia maklum traffic ke blog aku dari dulu memang tak havoc pun . Tak semeriah blog rakan blogger lain . Almaklum , blogger yang terlampau busy kurang istiqamah dalam berblog memang cenggini . Haha . Tapi , aku selalu jugak check income Nuffnang aku bape tetiap minggu haa . Alhamdulillah pihak Nuffnang nampaknya masih punya belas ihsan terhadap aku ni . Haha . Every week kalau tak banyak pun memang akan naik la jugak income . Alhamdulillah , rezeki . Tabungan secara online gitu . Takmo usik , nak kasi banyak banyak banyak lagi . Kalau dulu , memang aku jarang sangat - sangat dapat CPUV Campaigns dari Nuffnang . Seriously boleh kira dengan jari kaki bape kerat je CPUV yang melekat kat blog aku tu . Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku perasan CPUV Campaigns tak pernah takde . Sentiasa ada , banyak pulak tu . Heran jugak aku . Nak kata blog aku ni meriah , update blog pun hampeh memang jarang . Selalu jugak la aku usha - usha keywords apa yang selalu keluar kat blog aku ni . Haaaa rupanya keywords JELITA MURNI KAKO . Last November aku ada up entry tajuk Jelita Murni Kako , Pelakon Baby Ana Milik Siapa dan entry Baby Ana Milik Siapa , BAMS . Rupanya dua entry ni la yang banyak menyumbang kepada traffic blog aku semenjak dua menjak ni .






Boleh dikatakan mostly carian melalui search engine adalah melalui keyword JELITA MURNI KAKO . Whoah , femes betul si kecik molek adik Jelita ni . Pastu aku try la google JELITA MURNI KAKO .
Eh , entry yang aku buat tu ada kat paling atas la . Heee , sukaa :D




Aku tahu , yang google JELITA MURNI KAKO tu , mesti sebab nak tahu dia punya instagram , facebook , nak tahu dia ni anak siapa , mix ke dia ni . Macam aku mula - mula tengok dia dalam Baby Ana Milik Siapa , laju aku google pasal baby ni . Sape suruh comel sangat haaa .

Instagram Jelita Murni Kako : @jelitakako
Facebook Jelita Murni Kako : Jelita Murni Kako



Malam ni ada cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Tak sabar nak tengok . Episod malam ni si Sarah dah tahu Baby tu anak dia . Plan nya malam ni aku nak siapkan a few beg order dari customer . Tapi nampak gayanya , tunggu aku habis layan cerita ni la baru aku start buat . Hihi .



Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…