Skip to main content

Cafe Lapis




Hey korang ! Pernah pergi or pernah dengar tak pasal Cafe Lapis ? Last two weeks kalau tak silap , lepas pusing - pusing kat Vendeur Festival [ Nad je pun yang beli barang kat sana , aku end up tak beli pape sebab that time aku baru lepas muhasabah diri supaya berjimat cermat tak beli ikut napsu semata , kikiki ] , Nad ajak try makan kat Cafe Lapis ni . Saja la nak habiskan masa rehatkan kaki setelah kepenatan meneroka kedai - kedai kat Vendeur Festival tu . Kiranya ni first time la kitorang try makan kat situ . Kat Wangsa Maju .


Memula kitorang duduk kat meja lain . Then tak sampai 5 minit tukar duduk meja lain sebab rasa meja tu lagi strategik untuk mencantikkan gambar yang ditangkap . Eh , haha . Biasa la perempuan dan bergambar terpisah tiada .


Suka pulak aku tengok decoration kedai tu . Cantik gak . 




Konon penggemar kopi la sangat kan . Padahal . . minum tak pernah habis . Kakaka . Unless kopi yang aku bancuh sendiri mampu la aku habiskan sebab aku boleh sesuka hati taruk gula & creamer banyak mana sampai aku rasa dah balance tak pahit sangat . Haha 


Yang nipis tu aku punya . Pecan Caramel Cheesecake . Yang Nad punya tu lupa pulak aku kek amenda .




Pada pendapat aku , cake dia  macam kureng sket la . Or maybe aku tersalah pilih kek , kek lain yang sedap . Maybe . Aku punya kek tu atas dia dah sedap , tapi bahagian bawah dia agak keras untuk kek . Cucuk dengan garpu terus macam hancur - hancur . Pilihan kek pun ada berapa jenis je masa kitorang pergi haritu . Again , maybe sebab kitorang pergi dah petang so kek dah banyak habis . Menu - menu lain macam main dish & side dish pun tak banyak choice sangat . But then yela , itu cafe bukan restaurant . Lagipun maybe cafe ni masih baru lagi , masih banyak lagi masa untuk dorang buat improvement . Bila aku google , yes cafe ni memang masih agak baru lagi . Tapi kan , aku suka decoration kat cafe ni . Aku takde tangkap gambar sangat pun decoration cafe ni , segan pulak nak tangkap banyak - banyak . Nanti customer lain ingat aku jakun , Hihi . Tapi seriously decoration agak cantik dan style gitu . Aku suka . Rasa sedap je kalau nak berlama - lama pun . Kitorang punya meja kat bahagian dalam cafe . Kalau duduk kat bahagian luar cafe , siap ada bean bag lagi haa . Itu kalau penat sangat , tengah - tengah borak mahunya terlelap . Kihkih . Lepak lama - lama pun best jugak . Overall it's a good place untuk duduk lepak - lepak minum kopi , makan kek , catch up dengan kawan - kawan . Tapi bukan tempat yang kau pergi dengan tujuan utama untuk makan , untuk kenyangkan perut coz mungkin kau akan kecewa dengan pilihan menu yang agak limited . 


Cafe Lapis 
Jalan Wangsa Delima 1a ,
Seksyen 5 Wangsa Maju ,
53300 Kuala Lumpur
Tues - Fri : 12pm - 11pm
Sat & Sun : 11.30am - 11pm

Instagram : @cafelapiskl



Okay bye,
tuan punya blog



Comments

Mila Hilas said…
hi pestime dtg cni n folo
cik karmila said…
cantiknya view dia...^^

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…