Jeruk Asam Boi - emilinda

Wednesday, January 14, 2015

Jeruk Asam Boi



Masa kat kampung hari tu , tetiba je rasa nak makan jeruk asam boi . Setakat ni aku tak pernah lagi beli jeruk asam boi yang dah siap . Sebab bagi aku , rugi sangat kalau beli yang dijual di kedai . Why ? Sebab obviously tak fresh . Jarak tempoh masa si peniaga tu buat jeruk asam boi tu dengan waktu kita beli tu ntah bape lama . Berhari - hari agaknya , entah - entah dah lebih seminggu . Lagipun kita tak tahu kan sedap ke tidak yang dijual kat kedai tu . Kalau dibuat sendiri , dah sah - sah kita akan cuba buat supaya jadi sedap sangat - sangat sebab tekak kita yang nak merasa nanti . Tak gitu ? Sebelum ni pernah la aku buat sekali masa kat KL . Tapi yang first time aku buat tu terlebih pedas pulak . Tak sangka cili tu pedas gila . So masa kat kampung hari tu , aku beli satu plastik asam boi dan 2 kg buah mangga lemak [ ye ke nama dia camtu ? ntah la . Orang kelantan panggil ' pauh lemok ' ] . Memandangkan aku ni memang fail dalam soal nak pilih buah , so masa kat pasar Pasir Puteh tu aku pegi dekat makcik jual buah tu dan cakap je " Mokcik , nok buoh pauh lemok 2 kilo . Bui hok putik la kalu bulih , nak buat jeruk " [ translate bunyinya lebih kurang camni : Makcik , bagi buah mangga 2 kg . Kalau boleh nak yang mangga hijau ye , sebab nak buat jeruk mangga ] . Makanya makcik tu kasi 2 kg mangga . Tapi 2 kg tu bukan semua aku buat jeruk , sebab ada a few yang dah tak sesuai nak dibuat jeruk .


Siap dipotong oleh si gadis yang sopan santun . EH , haha :P


Kata orang , kalau taknak jeruk tu cepat mengecut kita kena rendam dalam air panas sekejap sebelum jadikan dia jeruk . Maksudnya rendam dalam air panas kejap la so that bila dah jadi jeruk nanti jeruk kau tu tahan lama , remain fresh dan masih sedap dimakan gitu ha  . Sangat logik pada fikiran aku . So aku rendam la air panas kejap .


Tos kan . Buang sisa - sisa air rendaman . Pastu campur sikit gula , sikit garam , asam boi , dan cili secukup rasa . gaul - gaul sket , then masukkan dalam bekas tupperware bertutup .


Tadaaaa !! Satu bekas yang pedas , satu lagi yang tak pedas untuk budak - budak . Boleh tutup dan sejukkan dalam peti ais . Sedia untuk di santap . Sila abaikan kaki anak buah aku yang kejap - kejap masuk ke dapur meninjau sama ada jeruk asam boi dah siap ke belum . Setiap 5 minit masuk dapur tanya " Dah siap ke CikMie ? Kakak tak sabar nak rasa " .



Kalau dah malas sangat nak buat , korang beli jela yang orang duk jual sebalang RM10 ada ciput je tu . Haha . Sejujurnya aku rasa jauh lebih berbaloi dan puas hati bila buat sendiri . Kata anak buah aku , " Sedap lah . Kakak suka . Cikmie pandai 'masak' rupanya " . Hahahah . Lol . Anak oh anak . Mentang CikMie awak ni kurang pandai memasak [ kurang pandai memasak adalah lebih sedap didengar berbanding tak pandai memasak , tak gitu ? ] , awak perli pulak ye . Setakat jeruk asam boi ni rasanya budak - budak macam dia pun retilah nak buat . Easy peasy ! 


Tetiba terasa nak makan jeruk asam boi lagi . Iskkkk !


Yang benar ,
cik pemilik blog


3 comments:

sYiRa LoKMaN said...

sedapnya..teringin !

CikLily Putih said...

sedapppp nakkkk

ieda maris said...

mmg jimat kalau buat sendiri.. aku buat beli pauh buleh sebesan kos 15ya jah.. aku beli sebekas kecik 5ya doh.. huhu