Resepi Cempedak Goreng Rangup - emilinda

Sunday, July 28, 2019

Resepi Cempedak Goreng Rangup

Pernah tak dalam duk sibuk buat kerja, tiba-tiba teringin nak makan sesuatu? Padahal tengah sibuk ni, tapi makanan tu duk terbayang-bayang kat ruang mata, siap terhidu-hidu bau dia ha. Padahal takde pun bau tu. Kat ofis kebelakangan ni agak sibuk sebab tengah dalam proses migration, so banyak sangat kerja yang kena uruskan. Dalam pada duk sibuk buat kerja kat laptop tu, beberapa hari lepas tiba-tiba je teringin nak makan cempedak goreng. Terus whatsapp suami ajak beli buah cempedak untuk digoreng.


Petangnya kitorang singgah beli cempedak madu di tepi jalan masa nak balik dari ofis. Berdekatan kawasan rumah kitorang tu memang sentiasa ada je orang jual buah-buahan. Tak pasti pulak harga standard untuk sebiji cempedak sebab sebelum ni tak pernah beli buah cempedak. Sebelum ni kalau nak makan cempedak goreng, memang beli yang dah siap goreng je. Tapi kat kawasan tempat tinggal kitorang tu cempedak goreng dijual dengan harga RM3 untuk 4 biji. Rasa macam mahalnya la hai. Tu yang decide nak goreng je sendiri, boleh makan puas-puas. Cempedak madu yang kitorang beli tu dijual dengan harga RM10/kg. So untuk sebiji cempedak madu tu harganya RM16. Mahal ke murah harga macam tu? We don’t know so main beli jela.

Turn out untuk 1 biji cempedak yang kitorang beli tu, ada 27 ulas kesemuanya. Not bad lah, saiz ulasnya pun besar-besar.

So hari ni nak kongsi sikitlah resepi cempedak goreng yang kitorang guna hari tu.

BAHAN-BAHAN:
1 biji cempedak (nak senang keluarkan isi dan masukkan siap-siap dalam tupperware)
1 senduk tepung gandum
2 senduk tepung beras
1 sudu besar tepung jagung (tak letak pun sebab kat rumah takde tepung jagung)
1 biji telur
1 sudu besar butter (kitorang guna buttercup)
Sedikit serbuk kunyit
Gula, garam, dan air secukupnya

CARA-CARA:

Campur kesemua bahan dan bancuh sampai sebati. Nak senang, butter tu keluarkan awal-awal dari peti ais. So that masa nak buat bancuhan tu dia tak keras. Kalau keluarkan dari peti ais dan terus bancuh, struggle sikitlah nak kacau bagi dia sebati.

Pastikan bancuhan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Pekat sangat nanti jadi macam cekodok pulak. Kalau cair sangat, nanti dia tak melekat.

Sambil panaskan minyak, masukkan isi cempedak ke dalam adunan, kacau-kacau biar adunan tu melekat pada cempedak.

Goreng dalam minyak yang dah panas! Masa nak masukkan cempedak tu dalam kuali, angkat kasi tinggi sikit supaya serdak dia tu terhasil cantik. Tapi jangan tinggi sangat, nanti terpercik minyak panas pulak. Eh pandai-pandai koranglah sesuaikan ketinggian dia tu ye.

Jangan lupa balik-balikkan cempedak tu supaya masak sekata.

Sedia dinikmati bersama teh o panas. Sedap jugak sebab cempedak madu ni manis. Tepungnya pun terasa rangup.


Disebabkan kitorang tinggal berdua sahaja, 27 ulas cempedak madu ni agak banyak kalau nak dihabiskan sekali goreng. So kitorang goreng separuh aje, separuh lagi goreng keesokan harinya. Sekian sahaja perkongsian kali ini.

27 comments:

  1. It's been so long since I last had cempedak...yum!

    ReplyDelete
  2. Uishh sekarang tgh musim cempedak pulak kan.. Yummyyy betul. Nak pergi buah cempedak la nanti

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cempedak goreng.. nanti boleh lah cuba resepi nie pulak bila goreng cempedak nanti..

    ReplyDelete
  4. Mmg mahal cempedak goreng ni..sebijik 80 sen ada yg jual 1.00..mujurlah kt rumah ni sis ngan tok laki je makan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lahaii... Kalau manis rangup luar pergh layan.. Kota pun selalu beli cempedak yang sebiji2 siap masak.. Mahal juga

    ReplyDelete
  6. Cantekks, dah Whatsapp resepi ni kat bini.
    Tinggal beli cempedak jer petang ni :)

    ReplyDelete
  7. Terlioqnyaaaa~ RM 16 murah kut kalau kawasan bandar. Kalau kat kampung selalu main bertompok2 jual RM 20 lebih dalam 3 biji saiz comel sikit. Tak tau tempat lain lah.

    But terlioqqqq! Makan panas2 time duduk petang kan. Dia punya biji pun boleh makan jugak nanti~

    ReplyDelete
  8. sedap ni, cempedak.
    sini xde musim lah, emi.
    tak jumpa.
    durian.
    nangka.
    rambutan.
    byk dijual.
    lebih kurang sama resepi kita.
    masukkan tepung beras skit = rangup!

    ReplyDelete
  9. tengah musim buah ni memang sedap lah nak makan cempedak goreng. Datang pulak mood rajin nak memasak memang best nak makan masa buat kerja.

    ReplyDelete
  10. Musim cempedak ni... Memang wajib ada menu cempedak goreng.. Kat kg ada pokok buah masih muda.. Nnt boleh goreng ikut resepi ni

    ReplyDelete
  11. baru je nampak ada orang jual cempedak dkt kawasan rumah ni. sebelum ni saya mmg suka cempedak, tapi entah kenapa tiba jadi makin kurang lalu makan. bila makan mesti perut meragam dan jadi angin dlm perut. :(

    ReplyDelete
  12. Oh sedapppp, petang petang memang best kalau rehat kat rumah sambil makan cempedak ranggup and layan kopi. Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  13. Kenapa keluarkan resipi ni time kita memang tengah lapar ni mana nak cari cempedak murah kat KL ni huhu ni adalah salah satu buah kegemaran kita suka bau wangi dan juga rasa yang manis dan sedap tambah goreng rangup bestnya...

    ReplyDelete
  14. alololo sedap sangat ni. lama x masak cempedak goreng...kalau buat sendiri memang puas hati kan..especially kalau kita boleh buat yg ranggup2 hehehe

    ReplyDelete
  15. Dulu tak boleh makan cempadak, makan sikit aje..malam mulalah muntah2. Lepas buang gallbladder..la ni dah boleh makan, so apa lagi..pantang jumpa sure beli, siap bijik2 dia sekali akak makan..lepaskan geram..hahaha

    ReplyDelete
  16. Perghhhh baca posting akak ni seawal jam 2 pagi membuatkan saya nak keluar mencari cempedak goreng kat luar la..huhu...kalau kat Lahad Datu ni confirm boleh jumpa lagi cempedak goreng seawal jam begini...

    ReplyDelete
  17. Sekarang kan tgh musim cempedak kan.. Wawa makan mcm apa dh skrg... Bau dia peh semerbakk

    ReplyDelete
  18. Sedapnya cempedak goreng. makan hangat-hangat lagi memang last. Patutla sekarang ni ramai betul kengkawan yang post tentang cempedak goreng di soc media, rupanya musim buah cempedak.

    ReplyDelete
  19. Cempedak goreng nie mmg feveret kita. Sedap ! Makan panas2. Dengan biji2 nya sekali kita makan. Nanti nak cari lah cempedak jual tepi jalan.

    ReplyDelete
  20. Senang rupanya nak wat goreng cemepdak rangup ya tapi nape bubuh butter ya, apa fungsinya?
    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ReplyDelete
  21. Omg this is my favourite dish but it's so hard to find really good ones, thanks for the recipe

    ReplyDelete
  22. Adoi makanan paling fav ni. hehehe. Balik ni mmg terus rasa nk cari chempedak. Nk goreng ranggup2 mcm die. Thanks share emi

    ReplyDelete
  23. alolo..sedapnya la hai..lagi puas hati dapat makan yang digoreng sendiri. kalo beli kat kedai, kadang tu tepung je lebih..hehe

    ReplyDelete
  24. dap nye !! ni pun fevret ni. makan mentah tak suka. nak yang goreng cemni.
    ya Allah cepatla cuti nak balik kampung hehe..

    ReplyDelete
  25. perghhhh terbayang dah ni haaaa dok makan cempedak kat dalam mulut. padahal dok keja. hahahaha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.