Hasil Kerja M.A Pictures , Wedding Photographer di Kelantan. - emilinda

Wednesday, July 17, 2019

Hasil Kerja M.A Pictures , Wedding Photographer di Kelantan.

Assalamualaikum semua. Kali ni nak cerita tentang pakej fotografi untuk perkahwinan saya pada bulan lepas. Bagi saya untuk perkahwinan kalau nak jimat macam mana sekalipun, tak payah la nak berkira soal nak hire photographer untuk majlis kita tu. Yela, kita kahwin kalau boleh sekali seumur hidup je. Kalau tak hire photographer untuk rakamkan detik dan moment indah tu, terasa rugi sangat. Gambar tu penting tau untuk kenangan! Gambar tu la nanti kita nak tengok balik untuk imbas kenangan sambil bergurau senda dengan pasangan. Eh, gitteww hahah. Nanti kang gambar-gambar tu la kita nak tunjuk kat anak cucu. Yes, adik-beradik saudara-mara boleh tolong tangkapkan. Tapi skill tangkap gambar mereka tu memadai tak? Jangan dah setel majlis baru menyesal. Takkan nak akad nikah & sanding lagi sekali, kan? Tangkap pakai phone? Obviously kualiti takkan setanding dengan kamera yang digunakan oleh photographer berpengalaman.



Saya dan tunang (now suami) memang setuju bahawasanya bab gambar ni penting. Sebenarnya kalau ada bajet lebih, allocate sikit untuk videographer pun bagus jugak. Tapi dek kerana kekangan bajet, kami rasa memadai hanya dengan gambar sahaja. Lepas bertunang, kami ada tempoh 5 bulan lebih je untuk setelkan persiapan kahwin termasuk cari photographer dan bridal. So awal Januari saya cakap kat tunang, nak tak nak kita kena all out cari photographer sampai jumpa dalam minggu ni jugak. Dalam tempoh beberapa hari tu memang tak cukup tidur duk discuss pasal ni. Sama-sama survey melalui Facebook dan Instagram. Rasa nak juling mata dua-dua sebab banyak sangat duk scroll tengok gambar kat Instagram. Tengok hasil gambar, yang mana rasa okay saya akan whatsapp minta quotation. Kitorang tetapkan bajet maksima untuk photographer, dan dari situ kitorang shortlist beberapa photographer. Memandangkan majlis kami buat time musim raya, so seboleh mungkin saya nak cari photographer yang dekat sebab kalau jauh risau pulak jalan jammed, makanya photographer pun tak kunjung tiba. Kat Kelantan ramai je photographer tapi sebab orang Kelantan jenis buat kenduri time raya so ramai photographer yang tak available pada tarikh wedding saya tu. Ada satu photographer tu saya berkenan sangat dengan hasil gambarnya, tapi dia tak nak ambil job pada raya ke-2 malam. Masih nak raya katanya. Saya akad nikah raya ke-2, malam. Kenduri saya raya ke-3.




Discuss punya discuss, akhirnya kitorang setuju nak ambik pakej fotografi perkahwinan dari M.A Pictures. Ada beberapa pakej yang ditawarkan, tapi kitorang pilih pakej yang paling murah which is still within our budget - RM1499 (Akad Nikah + Sanding + Outdoor). Lega tau bila dah setel booking photographer. Boleh lah focus pada persiapan lain pula. Kebanyakan pengantin akan buat outdoor pada hari yang sama, iaitu petang lepas kenduri. Tapi kitorang tak nak kelam-kabut dan tak nak penat sangat, so kitorang decide nak buat outdoor hari lain. Sesetengah photographer akan add on extra charge kalau kita request outdoor hari lain. Tapi dengan M.A Pictures ni takde extra charge, alhamdulillah. So seminggu sebelum majlis saya dah share location rumah dan masjid (untuk akad nikah) bagi memudahkan jurugambar ke sana.


Pemilik M.A Pictures ni namanya Muein, muda lagi orangnya. Rasanya baya-baya adik saya kot. Awalnya saya risau jugak kot la si Muein ni datang lambat ke, atau Muein ni jenis yang serious/skema sangat sampai tahap saya rasa awkward nak posing ke bhahaha. Yela, kita ni bukan biasa posing-posing bagai. Sekali kalau dapat photographer yang jenis kaku & tak mesra, tak ke lagi kaku kita dibuatnya? Nasib baik Muein ni boleh dikatakan jenis yang tepati waktu (memang dia datang awal untuk prepare sebelum majlis), dan jenis yang mesra (so kita tak rasa kekok nak bekerjasama & posing).



Overall saya & suami berpuas hati dengan hasil gambar yang ditangkap. For some cases yang saya biasa tengok time kenduri kawan/keluarga, photographer sendiri tak tahu nak suruh pengantin posing macam mana. Kira macam photographer tak bersedia dengan kemungkinan pengantin jenis tak reti posing. Jenis photographer yang main tangkap je tak kira pengantin posing macam mana pun. Pengantin berdiri tegak kaku pun dia main tangkap je. Takde la nak tolong bagitahu suruh posing macam mana. As for Muein ni, memang dia akan bagitahu suruh posing macam mana. Kiranya dia pun dah ada gambaran nak tangkap gambar yang macam mana. Mudah berurusan dengan Muein ni, tak kekok.




Untuk outdoor, kitorang buat sehari lepas setel kenduri belah lelaki. Untuk outdoor ni Muein bawak sekali kawan-kawan dia untuk tolong dari segi prop & lighting. Outdoor buat waktu petang sampai la lepas Maghrib. Bukan senang untuk setiap photographer nak hasilkan gambar yang cantik ye adik-adik. Dah macam-macam gaya dah geng Muein ni time tangkap gambar outdoor ni, demi nak dapatkan hasil gambar yang cantik. Pengantin kepenatan tu takleh nak cakap apa lah kan, nak kahwin kena la hadap semua tu. Tahan je badan kena gigit nyamuk sebab nak remain static masa tangkap gambar, hahah.

Pengantin raya, haruslah main bunga api 

Yang time nak tangkap gambar dengan bunga api tu paling struggle. Gigih semua tunggu sampai Maghrib sebab nak tunggu gelap sikit. Lepastu struggle betul geng Muein ni nak hasilkan asap berkepuk-kepuk kat belakang tu. Asap tu bukan semulajadi wujud kat situ, dan setakat bunga api sikit tu memang tak mampu nak hasilkan asap yang banyak macam tu. So they all time tu jugak jadi kreatif, hasilkan asap tambahan kat belakang tu. Demi nak hasilkan gambar yang menarik untuk kita. Dengan nak hasilkan lighting kat belakang tu lagi. Obviously it is not easy. So kat sini ketara tau effort para photographer demi nak hasilkan gambar yang cantik. Masa tu saya dengan husband be like “ooo macam ni cara photographer bekerja ye. Susahnya nak hasilkan gambar yang cantik”.


Softcopy gambar kahwin dah dapat. Tinggal nak tunggu album siap je. Thank you Muein dan rakan-rakan untuk gambar kahwin kami yang cantik. Orang Kelantan kalau nak kahwin atau memerlukan khidmat photographer di Kelantan bagi apa-apa majlis, boleh lah usha pakej dari Muein ni.


M.A Pictures (Muein Adnan)


18 comments:

  1. Bukan nak kata apa lah kan Emi, tapi photographer ni memang pentinggg sangat-sangat bagi Nad untuk wedding. Takkan sama dengan hasil amik guna handphone. Siapa jela yang sanggup amik gambar setiap pergerakan kita kalau tak dibayar hahah. Nak edit pun satu hal. Berbaloi bayar photographer sikit pastu gambar cantik! <3

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa! Photographer memang the main important person for groom amd bride. Kawin sekali je kot, kita naklah moment indah² tu semua dirakamkan dengan baik dan cantik. Betul tak? Cx kalau boleh, nak buat lg sekali wedding photo tau waima anak dah berderet hahaah!

    ReplyDelete
  3. congrats on your wedding yeaa hehe! anyway cantik2 jugak hasil gambar photographer tuu, mesti seronok tgk bila dpt wedding album tu kan.

    ReplyDelete
  4. Woah gempaknya gambar hujung-hujung tu! Mesti banyak lagi shot lawa-lawa ni. Btw memang setuju bila bab pentingnya gambar-gambar ni semua untuk hari-hari bermakna kita. Itu jelah kenangan yang ada untuk kita main throwback bila dah tua nanti kan. Haha. Btw tahniah atas perkahwinan! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Aminn. :)

    ReplyDelete
  5. بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ


    memang cecantik gambar team ni ambik. Betul, gambar tu la boleh buat kenangan. perabih duit kat photographer mmg takpe. huhu

    ReplyDelete
  6. Tahniah awak. Dah kahwin dah rupanya. Last jumpa masa review makan dekat Indobowl. Gambar kahwin awak cantik sangat! Bestnya ambil gambar cantik-cantik macam ni! Tetiba rasa nak ambil gambar family. hahha

    ReplyDelete
  7. Cantiknya semua gambar! Dalam apa2 event photographer and make up bagi I yang paling penting. Sebab kenangan seumur hidup kan. Kena the best quality dan puas hati. Tak kesah la byr mahal pun. Hehe

    ReplyDelete
  8. sokong.... kalau untuk majlis perkahwinan dan ada budget, jangan berkira sangat untuk photographer. Bila kualiti gambar yang diambil sangat cantik dan berkualiti, pasti kita akan sangat berpuas hati. Lagi lagi tu semua utk kenangan seumur hidup

    ReplyDelete
  9. cantik betul semua gambar-gambar ni. mesti puas hati giler kan bila dapat gambar kahwin yang cantik dan berkualiti macam ni.

    ReplyDelete
  10. Photographer tu penting utk majlis perkahwinan. Mouse mommy suka ambil gambor candid dan capture happy moments,jadi sy pun pilih photographer yang serasi dengan gaya saya. :)

    ReplyDelete
  11. Memang memori ketika majlis nie penting. Jika ada bajet lebih, memang best kalau ada videographer. Tapi kalau takde, maka better amik photog yang berpengalaman.

    Your pictures memang cantik. Confirm album kelak lagi menarik.

    ReplyDelete
  12. Cantik sangat gambar, rasa menyesal pulak tak ambil wedding photgrapher betul2 masa kahwin dulu. Ambil photographer cincai sebab nak videographer. Bila tengok gambar you rasa macam nak reshoot balik gambar kahwin.

    ReplyDelete
  13. dulu kala aida kawin, masih guna filem.
    digital masa tu sgt mahal! so tau jer la kan, guna filem.
    byk yg out :( sebab amik gambar org lain, bukan gambar pengantin hu hu hu hu...
    at the end, utk pengantin tinggal sikit aje.
    tak sampai 15 keping pun gambar kami yg elok.
    tahniah emi. semoga kekal hingga ke jannah.
    dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  14. memang hebat lah muien ni, suka sangat outdoor photoshoot. Kalau kena bayar mahal pun memang berbaloi sangat. Soft copy pun dah cantik, tak boleh imagine album nanti. So worth it!

    ReplyDelete
  15. Cantik2 gbr klu x cantik jgk xtaulah Kan? Upah photographer yg btl2 tau buat keja barulah hasilnya memuaskan.

    ReplyDelete
  16. Bagus uoah fotogracer. Tapi zaman sekarang ni nak selamat mena ada sign kontrak hitam putih. I dulu kawen dah terkena. Dia janji akan cover wedding kita, last2 dia pergi cover weddi g org lain, dan hantar wakil je untuk cover wedding kita. Padahal kita dah book awal. Fotografer gantian tu pula x pro. Sangat amateur kerja dia. Sedih. Kita bayar based on dia punya skill. 2.5k kot kita upah.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.