Review Seasonal Menu The Chicken Rice Shop – Ayam Bakar Oh-Semm - emilinda

Friday, May 10, 2019

Review Seasonal Menu The Chicken Rice Shop – Ayam Bakar Oh-Semm

Hari kedua berpuasa hari tu, sempat pergi berbuka puasa dengan tunang saya di The Chicken Rice Shop dekat mall berdekatan rumah. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu ada ternampak salah seorang kawan saya post gambar satu seasonal menu dari TCRS ni, iaitu ayam bakar. Nampak sedap betul, so terus saya ajak tunang saya berbuka kat sana. Tahun lepas sempat berbuka bersama beberapa kali. Tahun ni baru sekali je, hihi.


Actually tujuan menulis kali ni nak review tentang seasonal menu The Chicken Rice Shop (TCRS) – Ayam Bakar Oh-Semm bersempena musim perayaan ni. Untuk menu Ayam Bakar Oh-Semm ni, ada beberapa set yang boleh dipilih bergantung pada berapa orang nak makan. Memandangkan kitorang berdua je dan dua-dua pun memang nak cuba menu ayam bakar ni, so kitorang order  2 individual set (Meal A). Harga untuk meal A adalah RM25.90 = ¼ Ayam Bakar + sayur Pak Choy with Oyster Sauce + 1 nasi + 1 sup + 1 air (boleh pilih samada nak Teh Lapis Oh-Semm atau Fizzy Asam Boi).

Table for two

You might think that the price is slightly higher compared to the normal set of chicken rice here (which is normally below rm20/set). Tapi sebenarnya lebih kurang je sebab untuk ayam bakar ni, saiz ayamnya adalah 1/4. Kalau set nasi ayam biasa tu saiznya lebih kecil. So I think the price is okay lah. Dari segi rasa, for me ayam bakar dia memang sedap. Way better than their other chicken. Bagusnya kalau dorang kekalkan menu ni sampai bila-bila. Saya dan tunang agak kerap makan di TCRS sebab dekat dengan rumah saya. Kadang-kadang kalau nak jumpa lepas kerja kejap, kitorang jumpa situ la. Plus, I love their chicken rice’s sauce and Nyonya Pie Tee! Oh by the way, untuk menu ayam bakar ni, dia ada sos lain pulak! Sos yang didatangkan sekali dengan ayam bakar ni lebih pedas dan lebih sedap berbanding sos merah yang biasa tu. Cukup rasa tau sos dia. Ya Allah, sambil taip ni terkenang-kenang pulak rasa dia.

Nyumss

Untuk air pulak, saya pilih Teh Lapis Oh-Semm, while my fiancé choose Fizzy Asam Boi. Ada la sikit rasa menyesal sebab pilih The Lapis Oh-Semm, sebab rasa macam tak kena dengan tekak ni haha. Tapi lain orang lain citarasa dia. My friend cakap dia suka air tu. So yeahh, lain orang lain preference.

Teh Lapis Oh-Semm

Fizzy Asam Boi

We add on Nyonya Pie Tee because that is my favorite each time datang TCRS, hehe. Dari segi servis, I think for this outlet servisnya memang teratur dan terjaga. Always, every time datang TCRS kat KL Gateway Mall ni memang tak menghampakan dari segi servis. Staf ramah, and untuk kunjungan di bulan Ramadhan ni, they always check on each table samada makanan dah sampai semua ke belum (this is based on my experience). Like almost 3 times dia datang check.

Nyonya Pie Tee for life

NOTE : Bulan puasa ni kalau pergi berbuka kat mana-mana restoren, make sure call / datang awal untuk booking table dulu. Lepas tu pi la jalan-jalan dulu sementara tunggu waktu berbuka. Setengah jam sebelum berbuka, baru datang balik.

18 comments:

  1. Nyonya Pie Tee tu memang wajib okay~! Haha. Lamanya tak ke The Chicken Rice Shop ni. Nasi ayam dia tetap terbaik tapi bila baca entri ni rasa nak cuba pulak Ayam Bakar tu. Gambar tu cukup buat tertarik ni. Yummm...

    ReplyDelete
  2. Menu wajib, Nyonya Pie Tee tu bila pergi ke TCRS. Tak sangka ada menu baru, nanti boleh cuba sebab dah lama tak pergi makan di sana.

    ReplyDelete
  3. I nak try Teh Lapis Oh-Semm. Sure sedap and refreshing. Times for me to bring my family to Chicken Rice Shop to try our all the dishes that you had recommend.

    ReplyDelete
  4. used to be my fav! tapi yang terkilan pasar CRS ni sebab everytime ada menu baru, harga dia hrmm macam terpaksa dilupakan. maybe boleh cuba next time mana tau sedap kan?

    ReplyDelete
  5. halah halah....kita peminat csr ni...suka sgt pie tie ..eeeeiii sedapnyer hehe..nak cubalah menu baru ni..

    ReplyDelete
  6. Guess what? I berbuka dengan Ayam Bakar ni la tadi. Sedap! Definitely nak repeat lagi . Even sauce dia pun best juga.

    ReplyDelete
  7. the chicken rice shop antara fav tempat makan utk berbuka jika di luar. menu baru menarik tetapi yang lagi tertarik adalah Fizzy Asam Boi

    ReplyDelete
  8. Akak dua kali makan kat sini dewgan family. Sebab nak tengok wayang. Nakntunggu time tayangan lambat lagi so makan dulu kat TCRS. Nasi ayam memang sedap ..ayam juic . Affordable lah harganya dengan portion kan. Servis kat sini pun bagus pantas dan double check makanan kita sampai atau x

    ReplyDelete
  9. dah lama tak datang makan kat chicken rice shop nie. rasanya bulan puasa ni tak berbuka lagi makan nasi ayam. erm macam sedap je kalu iftar makan nasi ayam kat TCRS nie. boleh mintak sampul duit raya sekali kan

    ReplyDelete
  10. Lama betul tak masuk chicken rice shop ni, dulu ini lah tempat yang sis selalu terjah, now dah ada macam2 menu pulak ya. Nanti nak cuba jugak lah berbuka kat sana

    ReplyDelete
  11. Kita pun suka makan dekat the chicken rice shop.. Ayam sedp.. Semua sedpla.. Ada menu utk anak-anak.. Kalau p hari minggu tempat ni mmg penuh tau

    ReplyDelete
  12. Eh, TCRS dah ada ayam bakar? uish, kena pi try ni. Sy memang sejenis yang suka makan ayam bakar. Boleh la try nanti kat mid valley sebab memang selalu makan kat sana.

    ReplyDelete
  13. Ala rindunya nak makan kat sini. Lama x makan. Apatah di bulan puasa lagilah bertambah keterujaan. Harga pun not bad

    ReplyDelete
  14. baca entry ni siang-siang memang terliur la tengok ayam bakar ni tsktsk im hungry hahahha

    ReplyDelete
  15. Kita tak pernah makan kat chicken rice shop. Teringin. Tapi suami pernah makan dulu2, dia kata x sedap. Sampai la ni la kitorg jadinya tak merasa. Tp sebab ada menu ayam bakar, nak try jugak la nti.

    ReplyDelete
  16. ya Allah !! nampak sedap betul ayam bakar tu. nampak crispy luaran dia. mesti juicy je dalam dia. tetibe rasa nak berbuka chicken rice shop sekarang nie. lama x makan

    ReplyDelete
  17. omg ayam bakar tu mmg nmpk menggiurkan serius! bole try rasa ni btw pie tee mmg feveret la huhu satu slalu mmg x ckup laaa!!

    ReplyDelete
  18. Allahu nampak sedap betul ayam tu..hahaha..nasib tengok time dah berbuka puasa kalo tak meleleh air liur. ok leh la try berbuka kat sini

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.