Skip to main content

Semakin yakin dengan Ephyra.



Aku sebagai seorang pengguna dan dealer Ephyra , rasanya aku tak pernah nak propa bila bercerita tentang Ephyra . Segalanya aku ceritakan yang benar - benar aku alami , atau orang terdekat aku alami . Aku jarang bercerita pung pang pung pang pasal testimoni pengguna lain yang aku tak kenal . Alasannya senang , aku tak tahu kesahihan testimoni tersebut . Yela , manusia macam - macam perangai . Ada yang jujur , ada yang tak . Mungkin saja testimoni tersebut adalah benar . Dan mungkin jugak testimoni tu hanya dikeluarkan oleh tuan empunya badan semata - mata nak menang contest or what so ever lah . MUNGKIN . Aku tak mahu menipu sesiapa terutamanya customer aku . Aku tak mahu propa semata - mata nak dapatkan customer . Bagi aku , nak cari rezeki biarlah dengan cara jujur . Makanya aku ambil langkah berjaga - jaga iaitu hanya yakin menceritakan perubahan yang aku atau orang yang aku kenali alami sendiri . Seboleh mungkin aku tak mahu bercerita tentang testimoni dari stranger yang tak aku kenali . Ada , bukan tak ada langsung aku kongsikan di laman sosial aku berkenaan testimoni orang lain . Tapi terlalu sedikit sangat , dan yang ada pun aku REPOST dari pihak Oceanlife sendiri . Itu pun dah terang lagi bersuluh aku repost dari pihak Oceanlife . Yang selebihnya banyak aku kongsikan testimoni dari diri sendiri , keluarga , dan pengguna Ephyra yang beli dari aku . Aku jugak ada kongsikan kebaikan Ephyra . 



Even bila customer text aku bertanyakan tentang keberkesanan Ephyra , aku hanya ceritakan pengalaman aku & family aku serta customer aku yang lain alami sahaja . Selebihnya aku ceritakan kebaikan Ephyra yang pihak Oceanlife nyatakan . Alhamdulillah , pengalaman aku dan keluarga aku guna Ephyra dah memadai untuk yakinkan potential customer . Rata - rata berpuas hati dengan penerangan yang diberi . Secara jujur aku sendiri teramat yakin dengan Ephyra . Bila dah yakin , nak bercerita kat customer pun tak kekok . Ceritakan je pengalaman sendiri . Panjang pulak intro entry ni . Haha . Actually nak ceritakan pengalaman aku guna Ephyra . Dulu aku pernah cerita kat entry INI dan INI . Sila baca . Now aku nak cerita satu lagi pengalaman aku gunakan Ephyra ni . Rasanya dah hampir 5 bulan aku consume Ephyra . Berapa kotak ? Aku sendiri tak pasti . Sebab ada masanya aku skip sebab takde duet nak beli Ephyra . Muahaha ! Time tu tak jadi dealer lagi . Now dah jadi dealer , kalau TERskip pun hanya sekali sekala atas sebab tak dapat dielakkan la .


Kesan positive yang ni paling aku happy . Kesan yang paling aku tak jangka . Kalau sesape yang rapat dengan aku memang tahu la betapa teruknya tahap senggugut aku . Setiap bulan confirm akan ada hari dimana aku hanya akan terbaring merengkok atas katil tak larat nak buat apa - apa . Berperang dengan sakit . Dari zaman sekolah memang begitu . Kadang sampai pitam kalau berdiri or berjalan lama sangat on first & second day period . Kadang dah macam separuh sedar , langsung tak hirau apa jadi sekeliling yang aku tahu hanya baring bermacam cara atas katil , atas lantai utk hilangkan sakit . Mengerang macam orang nak beranak dah gayanya . Tanya lah kawan - kawan baik yang pernah sebilik or serumah dengan aku . Mereka tahu . Andai korang macam aku jugak , korang pasti tahu period pain ni bukan saja menyebabkan sakit di bahagian perut dan pinggang , tapi jugak menyebabkan anggota lain rasa kejang . Kalau kat rumah , mak akan urut betis dan tapak kaki aku untuk legakan sakit tu . Kawan - kawan aku ajar , masukkan air suam ke dalam botol then letak kat bahagian perut dan bahagian lain yang kejang . Itu yang biasa aku buat bila senggugut time jauh dari rumah . Masa duk rumah sewa dulu kejap , Nad yang selalu buatkan untuk aku . Wuuuu , tengkiuuu  ailafyuuu :')



Nak dijadikan cerita last month punya period , aku langsung tak rasa sakit kat perut atau mana - mana bahagian tubuh . Selalunya sehari before period aku dah dapat rasa tak selesa bahagian perut . Tapi last month langsung takde rasa sakit apatah lagi rasa tak selesa . First day period siap boleh pergi shopping seharian kat GM Klang uolss ! Risau jugak bila akak ajak pi GM Klang haritu . Tapi ikut jugak la sebab aku ni memang pantang diajak berjalan . Hihi . Alhamdulillah langsung tak sakit , langsung tak rasa kejang kat mana - mana anggota . Sihat walafiat boleh lompat - lompat lagi ha . Rasa tak percaya pun ada . Berkali - kali aku cakap kat akak aku bahawasanya aku tak rasa sakit perut pun . Tak rasa kejang kat pinggang , betis & kaki pun . Memang syukur gila rasa . Bila fikir balik , aku hanya consume Ephyra sahaja . Supplement lain takde . Ubat - ubatan pun takde ambik time tu . Dulu zaman sekolah aku biasa ambik panadol warna pink tu untuk period pain . Nama pe ntah aku pun tak ingat . Tapi aku tahu tak elok , so dah bertahun jugak la aku tak biasakan ambik ubat tu . Aku tunggu jugak kot - kot la keesokannya baru start rasa sakit . Tapi takde . Langsung tak sakit . Alhamdulillah , suka sangat - sangat .


This month ? Hmmm seminggu before period tu aku busy sangat - sangat . Macam - macam hal . Family kakak datang dari Kelantan . Busy bawak dorang jalan - jalan kat KL . Busy layan anak - anak sedara . Lepas dorang dah balik , busy buat preparation bukak booth kat IKIM . Lepastu menyusul pulak birthday party anak sedara , Qaseh . Decoration , kemas - kemas rumah , layan tetamu , memang tak menang tangan . Keesokannya dan dan je pakcik dari kampung datang tumpang bermalam sini . Dia datang ambik barang - barang anak dia yang baru habis matrikulasi , so tumpang tido sini . Orang datang takkan tak layan kan ? Mak pun datang sekali . Lepas pakcik balik , mak stay sini a few day . Such a hectic week kan ? Itu belum cerita pasal everyday duk pergi uruskan COD barang customer la , pos barang la . So dalam kesibukan tu tanpa sedar aku dah TERskip minum Ephyra lebih kurang 5 hari . Hasilnya ? First day period , memang mengerekot je nangis sensorang sebab sakit . Haritu aku kat rumah abang . Nyesal tahu skip minum Ephyra . Nyesal ! Rasa nak aje lari - lari balik rumah , ambik Ephyra & minum banyak - banyak sachet terus . T___T . Nasib baik akak aku sentiasa prepare satu sachet Ephyra dalam handbag dia . Terus aku bancuh dan minum dengan harapan dah tak sakit . Tapi sakit jugak . Cuma malam sket , sakit tu dah berkurang . Siap boleh keluar dinner makan ikan bakar dengan kakak - kakak dan mak lagi . Keesokannya pun dah tak sakit sebab malamnya aku minum lagi satu sachet . Wehoooo  ! Taknak sakit punya pasal . 


Kedengaran macam menipu je kan ? Tapi tu la , sumpah aku tak tipu . Bila dah jadi camni , aku terus set dalam fikiran aku . Whatever happen , memang aku kena teruskan minum Ephyra sampai bila - bila . Even kalau aku tak perlukan kesan positif lain , aku sangat perlukan kesan positif yang satu ni . Aku ada cerita hal ni kat sorang adik ni yang whatsapp aku tanya pasal Ephyra . Dia whatsapp aku tanya pasal jadi dealer Ephyra , sebab dia ada niat nak jadi dealer tapi kurang yakin boleh berbisnes . Adik ni memang dah banyak bulan minum Ephyra . Cuma sekarang baru dia rasa nak jadi dealer . Yes , aku sangat galakkan . So bila aku cerita kat dia pasal senggugut & Ephyra ni , dia memang sokong sangat . Katanya dia pun sama . Sejak minum Ephyra dah tak senggugut lagi dah . Dah boleh pergi kuliah dengan aman damai , takyah skip class sebulan sekali . Dah jadi camni , gila kau tak yakin dengan Ephyra ? Memang sah - sah aku stick dengan Ephyra sampai bila - bila . Kawan - kawan terdekat pun dah makin ramai mula yakin dengan Ephyra . Terima kasih Ephyra ! 


Ingat lagi wishlist aku berkaitan Ephyra dulu ? Haaaa . . One down , three to go !

Mahu aku katakan disini , makin hari aku makin yakin dengan Ephyra . Seriously . Tak rugi . Sangat berbaloi . Kawan - kawan readers , tak rugi uols try tau . Give it a try . Kalau taknak beli dari aku pun takpe , boleh beli dari dealer lain atau direct dari pihak Oceanlife . Nak beli dengan aku pun boleh . Aku percaya pada rezeki Tuhan . Kalau korang tak beli dengan aku , bukan rezeki aku la tu . Yang penting , benda baik tak salah kita sebarkan pada orang ramai , kan ? 

Ini gambar hari Jumaat lepas . Muka togel - togel tak pakai pape . Time ni kurang sihat . Gusi bengkak & luka  lepas cabut gigi geraham . Bengkak sampai takleh nak bukak mulut luas . Lunch break akak call cakap dia tunggu kat bawah , nak pegi jenguk  Qaseh . Terus sarung baju , sarung tudung then gegas turun bawah .  Muka dah tak kering macam dulu . Alhamdulillah . Lembap je kulit muka . Cuma eyebag tu toksah cakap lah . Huhu .

Comments

nana kimie said…
alhamdulillah....ephyra mmg sangat berkesan!nana siap promote kat akak lagi,hihi...btw part senggugut tu mmg stuju sangat!

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…