Rangkaian penjagaan wajah Dr Irma. - emilinda

Monday, July 25, 2016

Rangkaian penjagaan wajah Dr Irma.



For those yang follow Instagram dan Facebook aku, kalau korang perasan aku ada share gambar produk skincare Dr. Irma a few times. Before ni seriously aku tak pernah dengar tentang brand ni. Baru-baru ni je aku diperkenalkan dengan produk Dr. Irma ni, Perkara pertama terlintas kat fikiran aku bila dapat produk ni ialah pasal packaging dia. Nice! Color black and gold.



Rutin penjagaan wajah dengan Dr Irma skincare ni ada tiga langkah sahaja for now. Dimulakan dengan cleanser, diikuti Serum dan seterusnya Foundation. Cara penggunaan pun semudah ABC. Jom kita go through satu eprsatu dulu rangkaian produk Dr Irma ni.

RADIANT WHITE CLEANSER - RM 65 / 100ml


Teksture pencuci muka yang sangat lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Selain membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit, cleanser ni turut bagus untuk mengawal sebum, mengecilkan liang pori, memberi lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi, memutihkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Ianya juga meransang pembentukan sel-sel kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal.


RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM - RM 89


Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, megurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi kulit, menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari.

DR. IRMA menggabungkan pati bunga dan tumbuhan dari alps, himalaya dan mediterranian yang mempunyai kuasa antioksidan yang poten, menggalakkan pembentukan kolagen, mempercepatkan penggantian sel kulit mati dan merawat serta mencantikkan kulit. Di tambah dengan gabungan “essential oil” yang unik untuk perawatan kulit maksima.

Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga yang eksotik dan boleh digunakan sebagai serum siang dan malam. Bila diguna bersama WHITENING BB SERUM FOUNDATION, anda akan lihat hasil yang menakjubkan.

Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan diisi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pip dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.


WHITENING BB SERUM FOUNDATION - RM 98

Serum + bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna kulit. Serum ni mudah di sapu dan cepat meresap ke dalam kulit. Boleh tahan around 12 jam pada wajah, tak payah nak touch-touch lagi dah. WHITENING BB SERUM FOUNDATION ni kita guna lepas cuci muka dan lepas pakai serum. Boleh di sapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu dan ratakan menggunakan jari. Ataupun untuk sapuan lebih rata, boleh gunakan buffing brush untuk meratakannya.


Ianya mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari, ia merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24jam dengan megeluarkan whitehead dan blackhead secara aktif. Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit. Prorduk ini juga mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat. Untuk kulit kering, ia akan memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci.



DR IRMA SKINCARE
Contact no : 0189867511

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.