muhasabah diri,

Pengalaman scary hari ini.

April 24, 2015 emi 0 Comments



Selama ni aku selalu terbaca pengalaman orang lain yang berdepan dengan manusia pervert . Macam- macam kes yang aku baca dan dengar . Ada yang kat dalam LRT , dekal mall , dekat perhentian bas , dalam bas , macam-macam la pendek kata . Dan seumur hidup aku rasanya aku sendiri belum pernah alami situasi sebegini . Hanya sekadar baca je pengalaman orang lain . Memang tak terfikir pun bahawasanya benda ni akan terjadi kat aku sendiri . Yela , belum kena lagi so takde la nak beringat sangat . Memang aku ni jenis yang macam tu . Selagi tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu tak take precaution . Dengan selambanya duk keluar jalan-jalan sensorang , keluar tak bagitahu sape-sape . Sebab selama ni aku duk keluar jalan-jalan sorang diri okay je takde benda buruk berlaku .  Tapi hari ni buat pertama kalinya aku berdepan dengan situasi camtu .


Ceritanya hari ni aku pergi Popular bookstore dekat Avenue K . Aku nak cari barang-barang untuk lukis dekat beg sebab fabric paint ada a few color yang aku nak guna tapi dah habis . Fabric paint memang selalu aku beli je dekat bookstore sebab malas nak pergi art shop bagai tu , jauh . Aku tahu dekat Popular Avenue K ni memang ada jual sebab aku dah biasa beli kat situ . Cuma color yang available memang limited . Masuk je kedai , aku terus tuju ke rak tempat letak segala jenis pewarna tu . Sampai situ , aku nampak sorang laki berbaju putih , pakai cap putih pandang aku semacam je . Dia lalu sebelah aku sambil cakap , " Hmmm , cantik . " . Pesen aku kan memang jenis suka buat dek je kalau orang tak cakap dengan aku . So aku buat tak tahu jela . Color blue macam yang aku nak tu takde , so aku tengah duk fikir la either nak pergi tengok kat Daiso dulu or tak , kot - kot kat Daiso ada color yang macam aku nak tu . Time tu laki tu dah datang berdiri sebelah aku buat-buat pilih pewarna jugak , sambil duk bebel sensorang . Aku tak pay attention sangat apa yang dia bebelkan sebab aku memang malas nak ambik tahu . Tapi seriously rimas sebab dia macam taknak gerak dari situ , Aku jalan pergi dekat rak pen , buat-buat tengok pen dulu . Then aku datang balik , dia takde dah . Aku tengah pilih tu , dia datang lagi . Tapi time tu memang aku tak syak pape , aku tak fikir buruk pun . Then aku keluar , pergi Daiso tapi color yang aku nak tu takde jugak kat Daiso . So aku datang balik kat Popular , lelaki tu ada lagi . Bila aku tengah duk pilih-pilih tu , tetiba dia datang sebelah aku dan betul-betulkan seluar dia sambil bercakap sorang-sorang . Masa tu aku dah pelik dah . Dia ni dah kenapa pulak . Aku tak berani nak pandang muka dia . Tapi aku perasan la muka dia macam Chinese sikit , tapi dia cakap Melayu . So aku buat tak tahu je tapi aku cuba jugak dengar apa yang dia duk bebel sensorang tu . Ok fine , aku dengar dia duk melucah ! Masa tu aku dah panik dah . Aku tak habis pilih barang lagi ni . Aku buat-buat jalan pergi rak lain . Dia macam ikut aku tau . Tapi bila ada pekerja Popular tu lalu , dia akan buat-buat jalan ke arah lain , buat-buat pilih barang . Pastu dia datang lagi lalu sebelah aku , berdiri tak jauh dari aku sambil cakap lucah . Masa tu aku rasa takut gila . Terus teringat mak selalu pesan , duk KL tu jangan selalu sangat keluar sorang-sorang . Iskkk nak nangis rasa time tu . Itu la , tak dengar cakap mak . Pastu aku tak fikir panjang , terus ambik barang dan pergi kaunter untuk bayar . Dia nampak aku pergi kaunter , terus dia blah . Aku tak berani nak keluar lagi time tu sebab takut dia tunggu aku kat luar , so aku stay kat Popular tu duu sambil belek-belek buku . Tepat jangkaan aku , 10 minit lepas tu aku nampak dia datang lagi . Duk berlegar-legar depan Popular sambil terjengah-jengah ke dalam . Aku terus nyorok di sebalik rak-rak tu . Lebih kurang dekat sejam lepas tu baru aku gerak balik lepas yakin dia dah takde . Itu pun aku asyik duk pandang-pandang belakang mana la tahu kot-kot dia follow aku ke camne .


Scary weyh . Dah la beberapa hari lepas pintu rumah tempat kitorang duduk tu macam ada kesan orang nak pecah masuk . Huhu . Sampai rumah je aku muhasabah diri kejap . Tilik diri kat cermin . Aku pakai biasa je , selekeh as always sebab nak keluar sekejap je pun . Jeans , sandal , t-shirt menutup punggung , pastu pakai cardigan hitam memandangkan t-shirt aku tu lengan pendek . Then pakai tudung bawal . Terus aku terfikir , aku pakai camni pun dah cukup untuk jadi target bagi golongan pervert camtu , apatah lagi bagi yang duk pakai seksi meksi gila tu . Budak-budak sekolah pun , senang sangat nak jadi target bagi golongan-golongan sebegini . Lepas ni memang nak kena lebih berhati-hati bila keluar kat kawasan awam . Bukan risaukan si pervert aje , tapi kena beware jugak dekat golongan perompak , peragut , penyamun semua tu . Mak aku selalu pesan , kalau keluar hati-hati sikit pegang beg tu . Duit jangan simpan semua dalam hand bag , simpan jugak dalam poket seluar in case jadi pape . Dan tak payah la bawak banyak cash kat tangan . Kat rumah pun jangan simpan banyak cash , simpan je kat bank . Peringatan untuk diri sendiri . Memang la kadang kita rasa diri kita dikelilingi insan-insan yang baik . Tapi orang jahat pun tak kurang ramainya duk berlegar-legar kat luar sana . Kalau rasa diri diekori atau rasa macam ada orang yang mencurigakan duk perhatikan kita , cepat-cepat dapatkan bantuan atau segera pergi ke tempat yang ramai orang .


Ok cukup lah cerita untuk hari ini .

You Might Also Like

0 comments: