BB Cream & Sakura Mask Seqy Beauty memang terbaik ! - emilinda

Thursday, April 30, 2015

BB Cream & Sakura Mask Seqy Beauty memang terbaik !



Hai korang , untuk makluman aku sekarang bukan sahaja jual produk supplement Ephyra , tapi aku jugak dah mula jual produk Seqy Beauty . For now rangkaian Seqy Beauty ada 3 produk which is Cleanser , BB Cream dan Sakura Mask . Fyi , masa mula-mula produk Seqy Beauty ni tengah nak up haritu , aku memang dah tahu pasal produk ni . Cuma time tu aku tengah serabut dengan banyak benda so aku macam tak ambik port sangat la pasal produk ni . Kakak aku selalu jugak la duk cerita betapa dia nak try BB Cream Seqy Beauty yang tengah hot gila masa tu . Time tu seriously blogger sekalian kemain duk bercerita pasal betapa syoknya pakai BB Cream Seqy Beauty ni . Tapi masa tu aku macam malas nak ambik tahu . Aku memang tak pakai BB Cream bagai ni sebab dulu masa belajar aku pernah pakai yang brand apa benda ntah tapi aku macam tak suka sangat rasa melekit gila . Pastu aku pernah pakai foundation Naturactor tapi dia macam buat muka ni rasa rimas bila dah lama-lama sangat . So end up lepas tu kalau nak keluar aku just pakai toner ,  moisturizer dan bedak je * tang bedak ni lagi sadis , kalau aku malas selalu aku pakai je johnson's baby powder tu . kahkah * . For me , as long as aku rasa selesa dengan muka aku so okay la . Lagipun sejak aku consume Ephyra kulit muka aku memang takde problem sangat . Masa nak make up muka aku waktu photoshoot Ephyra dan photoshoot Hai Blogger! aritu pun orang yang make up tu cakap muka aku takde problem , senang nak make up * ini bukan aku syok sendiri okay , tapi dorang yang cakap hahaha * . Paling tidak kalau aku tetiba malas gila nak cuci muka sampai berhari-hari tak guna cleanser maka jerawat kecik akan naik . Tapi alhamdulillah parut jerawat kalau kat muka setakat ni memang senang hilang . Sejak-sejak consume Ephyra gitewww . Akak aku pun cakap kulit dia senang hilang parut dan jerawat sejak consume Ephyra . So nampaknya tak sia-sia duit yang aku habiskan untuk beli Ephyra tetiap bulan . Hehe . Skin care yang aku guna sekarang adalah set botanical Mary kay which is aku rasa yang paaaling sesuai dengan muka aku nak compare dengan produk-produk lain yang aku pernah try . Ada la try brand lain tapi end up aku balik kepada Mary Kay semula sebab memang dah sesuai dengan kulit . Memandangkan aku just pakai moisturizer dan bedak je bila nak keluar , lama-lama aku jadi risau muka aku jadi hitam * almaklum cuaca kat Malaysia ni tak menentu kalau dah panas tu memang panas terik *. So aku pun rajinkan diri aku apply sunblock tiap kali nak keluar . Takmo hitam punya pasal , kahkah . Tengok , nak cerita pasal Seqy Beauty boleh pulak pi melencong cerita hal lain . Haha .



Okay so haritu kakak aku try beli BB Cream Seqy Beauty ni . Rugi la kan kalau kakak beli something new tapi kita taknak ambik kesempatan untuk try , tak gitu ? Haha . Tapi aku rilek-rilek je dulu , kasi tuan dia rasmikan dulu . Malamnya akak aku masuk bilik aku nak mintak apa benda ntah . Tetiba aku macam " Eh kau nak ke mana lawa-lawa ni ? " . Pakai baju tido tapi pakai mekap . Dah kenapa ? Pastu dia cakap la mana ada pakai mekap apa pun , just pakai BB Cream tu je sikit , testing katanya . Terkejut iols , nampak lain weyh . Macam berseri gitu . Pastu laju-laju aku pi try dia punya BB Cream . Haruslah nak rasa sendiri kan . Okay , no wonder la kakak aku duk pung pang pung pang cerita kat aku selama ni kononnya ramai yang review kata BB Cream Seqy Beauty ni best . Rasa macam tak pakai pape . Dia water base , memang tak rasa berminyak ke rimas ke apa . Rasa ringan je kat  muka macam tak pakai pape . Memang kalau dah cuba tu in love terus la . Terus aku suggest kat akak aku , " Jom kita jual Seqy Beauty pulak nak ? " sambil-sambil stalk testimoni pengguna kat instagram Seqy Beauty . Ada pulak la testimoni pasal Sakura Mask tu . Macam menarik . Sebulan lepas tu baru kitorang jadi agent Seqy Beauty . Dalam tempoh sebulan tu memang BB Cream akak aku jadi mangsa rembatan aku la kan . Hihi . Sharing is caring kan , kahkah . Btw BB Cream ni ada 3 pilihan warna berdasarkan warna kulit korang . Macam aku ni aku pakai yang Natural pun boleh , yang Fair pun boleh . Cehhh , nak pakai yang Fair . Perasan muka tu cerah sangat la kan . Haha



Memandangkan aku punya face mask yang brand lain macam banyak lagi yang belum habis , so aku tahankan diri aku daripada beli Sakura Mask tu . Kononnya nak tunggu habiskan yang lain dulu . Tapi tu la , hari-hari duk tengok stok Sakura Mask kat rumah ni memang menggoda betul la . Aku kan dah jadi agent , so memang ada stok la kat rumah . Semalam sambil duk belek-belek & packing barang customer yang nak pos hari ni , terus aku bukak satu Sakura Mask . Tak tahan dah , kena try jugak ni . Hari-hari aku duk stalk testimoni orang lain kot , haruslah kena beli untuk diri sendiri satu . Terus aku dan kakak aku bereksperimen pakai Sakura Mask tu semalam sambil tengok TV .
A photo posted by rosni emilinda (@bearyblossom) on
Rasa fresh gila weyh lepas pakai Sakura Mask ni . Rasa licin dan sejuk je muka . Tengok pada testimoni orang lain , katanya Sakura Mask ni bukan sahaja boleh apply kat muka . Tapi boleh jugak kat bahagian-bahagian kulit yang lain . Contohnya if kulit tu jenis yang ada ruam ke , bintik-bintik , kesan terbakar , merah-merah , parut luka pun boleh . Kalau baby ada ruam pun boleh sapu kat baby . Boleh jugak sapu kat bahagian badan korang yang banyak selulit . Boleh kurangkan selulit .  Don't worry sebab Sakura Mask ni color dia macam air je , dan takde bau-bau yang pelik . Takde bau . Sapu je kat muka . Then boleh buat aktiviti lain macam biasa . Nak borak-borak sembang-sembang pun boleh sebab dia bukan jenis masker yang mengeras kat muka . Kalau perasan mostly masker bila kita pakai kita takleh nak gelak , senyum apatah lagi bercakap sebab nanti dia akan jaid crack dan pecah-pecah pastu habis putih-putih jatuh melekat kat baju korang . Sakura Mask ni tak macam tu okayhh . Dah pakai Sakura Mask ni , nak pergi pung pang pung pang masak kat dapur pun boleh .



Kakak aku pakai dia punya cleanser . Katanya best , muka rasa bersih je bila pakai cleanser Seqy Beauty ni . Setakat ni aku sendiri tak try lagi cleanser Seqy Beauty . Kalau korang nak tengok testimoni produk Seqy Beauty ni , korang boleh stalk instagram Seqy Beauty atau kalau rajin lagi , pi google . Banyak testimoni best-best especially pasal BB Cream dan Sakura Mask . Lagi satu aku suka dengan produk Seqy BEauty ni sebab packaging dia comel sangat . Botol BB Cream tu senang nak bawak ke mana-mana . Sakura Mask pun macam comel je just tekan kat atas terus keluar isinya . Takde la terlebih picit ke , botol jadi comot ke . Seriously aku memang tengah teruja dengan produk-produk Seqy Beauty ni . Don't worry , lulus KKM . Terbukti selamat digunakan .

Korang kalau dah mula rasa terpengaruh dengan produk Seqy Beauty ni don't worry korang terpengaruh dengan produk yang memang best . Bukannya produk bukan-bukan . Just try it , confirm korang suka punya la . Pompuan mana yang tak suka nak jaga kulit dan penampilan diri , cuba bagitahu aku ? Ni malam karang aku nak balik kampung confirm aku bawak balik jugak produk ni untuk kasi adik-beradik sedara mara aku try . Benda best haruslah kita share , tak gitu ?



Kalau nak try produk ni or nak tanya lebih lanjut pasal produk Seqy Beauty ni , jangan malu jangan segan just contact aku . I'll explain it all to you , inshaAllah . Nak aku pos pun boleh . Nak COD pun boleh bagi sesape yang duk kat KL . InshaAllah aku usahakan . Okay , dah penat menaip . Barang tak packing lagi ni nak balik kampung karang . Kejap lagi pun ada nak pegi COD BB Cream kat KL Sentral .


Cleanser Seqy Beauty RM45
BB Cream Seqy Beauty RM55 
Sakura Mask Seqy Beauty RM110
Combo Set RM190 (Jimat RM20)


SMS / Whatsapp / Telegram :
0145259353



1 comment:

  1. nice blossom...salam singgah melawat teman seperjuangan....

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.