Skip to main content

Tote bag by bearyblossom featured in dara.com magazine.



Sekarang dah pertengahan bulan May pun . Lambat betul aku buat entry ni . Entry ni sepatutnya aku dah release 2 bulan lepas . Tapi atas beberapa kekangan , makanya baru sekarang sempat nak karang entry ni . Takpe la , aku publish entry ni pun sebagai rujukan aku sendiri di masa akan datang . Sebagai kenang-kenangan kata orang . Haha . Yela kalau simpan majalah ni je , bila-bila masa majalah ni boleh hilang atau koyak . Kalau korang kenal aku , korang tahu la bahawasanya aku ada buat business hand painted tote bag . Yes , hand painted . Terhasilnya business ni adalah sebab minat . Awal-awal aku buat business ni pada penghujung 2013 , masa tu memang slow je tak banyak order yang masuk . But now as time flies , alhamdulillah order sentiasa masuk . Kadang-kadang banyak kadang-kadang biasa-biasa aje . Sometimes terpaksa menolak dengan cara baik kalau ada yang nak order dalam kuantiti terlalu banyak . Bukan menolak rezeki , cuma tak boleh la tamak kan ? Kena la ukur kemampuan sendiri jugak . Hand painted , sorang-sorang buat pulak tu . Kang tak pepasal tak sempat nak siapkan kalau ambik order terlalu banyak .



Beberapa tote bag yang aku buat ada featured dalam majalah Dara.com edisi 153 Mac 2015 . Alhamdulillah , satu permulaan yang baik aku kira . Sejujurnya kebanyakan customer aku terdiri dari remaja . Student memang suka sangat beg customize macam ni . Yela , boleh request nak design apa . Nak tulis nama sendiri ke , nak beg sama dengan boyfriend ke , nak beg yang sama design satu kelas ke . Tapi selain student , ada jugak orang yang dah bekerja order beg ni . Sesuai untuk letak barang bawak pergi ofis , untuk bawak telekung sembahyang ke . Tak kurang jugak ibubapa yang sangat sporting order beg ni untuk hadiah kepada anak , hadiah kepada cikgu yang mengajar anak-anak dorang . Cuma dekat majalah Dara.com tu ada tersalah information sikit . Information kat situ menyatakan beg-beg yang aku jual tu diperbuat dari belacu . Actually bag yang aku jual mostly adalah diperbuat dari material canvas . Dulu aku just jual tote bag je . Sekarang aku pelbagaikan lagi . Ada jual tote bag , drawstring bag , pouch bag , dan pencil case . Untuk tote bag dan drawstring bag memang aku jual yang material canvas . Untuk pouch bag dan pencil case pulak , sometimes material canvas sometimes material belacu


Ada yang tanya , nanti kalau dah basuh beg tu nanti dia tanggal ke ? Jawapannya , TAK . Untuk lukis dekat beg , aku guna fabric paint . Pewarna yang sememangnya khusus untuk fabric . So warnanya tahan . Cuma seeloknya jangan rendam terlalu lama , jangan basuh guna mesin . Aku bukan sahaja buat hand painted tote bag , bahkan juga ada jual ombre tote bag . Beg-beg ni memang sesuai kalau nak dijadikan hadiah . Boleh customized ikut kita nak . Kalau nak order dalam kuantiti banyak pun aku terima , tapi for now paling banyak pun 50pcs je yang aku terima dalam satu masa sekiranya nak order secara banyak . Dan mestilah order lebih awal sekurang-kurangnya sebulan atau 2 bulan sebelum nak guna . InshaAllah korang akan puashati dengan beg yang korang tempah tu . Kalau nak tengok antara koleksi beg yang pernah aku buat , boleh ke Instagram atau Facebook page :


Instagram : @bybearyblossom
Facebook Page : Totebag by bearyblossom


Comments

tahniah masuk magazine..cantik hasil kerja awak :)
nurun nisak said…
salam.hai..boleh tau x, fabric paint tu boleh dpt kat mana dan jenis ap? thanks in advance :)

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…