Skip to main content

Pakej Buffet Ramadhan 2015 Laman Kayangan, Shah Alam.



Ramadhan dah mendekat . Tak lama je lagi . Mesti dah ramai yang tak sabar kan ? Bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap yang beragama Islam . Jangan kata yang beragama Islam , yang tak beragama Islam pun ramai yang suka bulan Ramadhan . Why ? Okay , kalau kita orang Islam ni , bulan Ramadhan memang bulan untuk kita gandakan amal ibadah kita kerana pahalanya pun berganda-ganda di bulan Ramadhan . Selain tu , memang tak dinafikan bulan Ramadhan suasana memang meriah sangat-sangat nak compare dengan bulan lain . Paling ketara , meriah dengan makanan la kan ? Haaaa , toksah nak menafikan . Puasa belum start lagi , masing-masing dah buat list tempat-tempat makan best untuk berbuka puasa nanti . Tak gitu ? Haha . Kemain ye korang ni . Kalau boleh tetiap hari nak berbuka puasa kat tempat-tempat best . Beberapa tahun kebelakangan ni aku perasan memang famous betul budaya berbuka puasa secara buffet ni . Aku sendiri pun tak terkecuali , tahun lepas baru start berjinak-jinak dengan budaya berbuka puasa secara buffet ni . Biasalah , nak jugak merasa berbuka puasa secara buffet kan ? Hihi . Okay , entry kali ini aku nak ceritakan tentang salah satu tempat yang best untuk buffet Ramadhan iaitu Laman Kayangan , Shah Alam . Mungkin korang boleh try berbuka kat Laman Kayangan tahun ni .


Hari Jumaat lepas , aku berpeluang join Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan anjuran Kumpulan Segi Seri dengan kerjasama Majlis Sukan negeri Selangor Holding . Thanks kepada blogger Shakiddo dan pihak Denaihati kerana sudi ajak join majlis tu . Untuk buffet Ramadhan pada tahun ini , Laman Kayangan membawakan tema Asean's Bazaar yang menghidangkan pelbagai menu bercirikan Asean Delight dan yang menariknya , pelbagai masakan dihidangkan menggunakan konsep warung . Terdapat 18 warung yang menyediakan pelbagai masakan yang berbeza . Memang excited la kan bila tengok macam-macam jenis masakan ada di sekeliling kita . Sedap-sedap pulak tu . Rasa macam nak try semua , malangnya perut ni taklah besar sangat . Haha . Takpe , bulan puasa nanti confirm aku akan pergi lagi .




Okay , jom kita tengok menu apa yang ada kat Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2015 yang akan bermula inshaAllah pada 3 Ramadhan 1436H bersamaan 20 Jun 2015 . Buffet Ramadhan ni akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan .



 WARUNG 1 : THE AZZURI - Pasta dengan sos Bolognese atau Carbonara



Aku memang lagi suka Carbonara instead of Bolognese


WARUNG 2 : EMPEROR GARDEN - Nasi Ayam ala Hainan dengan Ayam Stim atau Ayam Panggang




WARUNG 3 : THE POTS - Laksa Penang dan Laksa Johor




WARUNG 4 : NASI KANDAR - Nasi Putih , Daging Masak Hitam , Ayam Madu , Acar Rampai , Papadom




WARUNG 5 : SWEET TEMPTATIONS - Kek , Pastri , Puding, Buah-buahan, Kuih Muih Melayu dan Kurma







WARUNG 6 : HOT PAN - Apam Balik dan Roti John 





WARUNG 7 : MIX AND ROLL EM UP - Popiah , Rojak Buah , SomTam gaya Thai dan Melayu





WARUNG 8 : THE CARVE 1 & 2 - Sate Daging dan Ayam , Kambing Grill berserta 2 jenis Sos





WARUNG 9 : THE SNOWY - Pulut Mangga , Air Batu Campur (ABC) dan Laici Kang





WARUNG 10 : THE GRIDDLE - Ayam Teriyaki , Kway Teow Goreng , Mi Goreng





WARUNG 11 : POPS POP - Aiskrim Turki

WARUNG 12 : FLYING BREAD - Roti Canai dan Murtabak

WARUNG 13 : CHINESE HAWKER - Yong Tau Foo dan Sotong Kangkung




WARUNG 14 : FAST AND FURIOUS - Cucur , Pisang Goreng , dan Karipap Gergasi






WARUNG 15 : CRISPY AND CRUNCHY - Ayam Goreng Rangup




WARUNG 16 : LET'S MARRIED - Nasi Kenduri Pilihan Chef  ( Nasi Pandan )


Nasi Pandan ni memang recommended  sangat-sangat . Rugi kalau tak try! Sedap sangat .


WARUNG 17 : FLOOD ALL THE WAY - Sup Tulang & Sup Ayam Berempah bersama Roti Hailam




WARUNG 18 : MIXOLOGY - Sirap Bandung , Soda Herba , Asam Boi , Teh Tarik , Kopi O





Suasana kat Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni memang selesa . Don't worry lah bagi yang nak bawak anak-anak sekali . Memang selesa dan tak panas . Cantik pulak tu . Macam kenduri kahwin pun ada . Memang sesuai la nak gather ramai-ramai untuk berbuka puasa bersam family ke , officemate ke , sedara mara ke .



HARGA DAN PAKEJ YANG DITAWARKAN DI BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN 2015

Individual / Pax
Dewasa RM69
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM35


Pakej Ramadhan ( Untuk pelanggan yang membeli pada 1/4/2015 - 15/6/2015 )
* pakej ini dikenakan GST sebanyak 6% *
2 pax dewasa RM138 ( Percuma 1 pax kanak-kanak / warga emas )
5 pax dewasa RM345 ( Percuma 3 pax kanak-kanak / warga emas )
9 pax dewasa RM621 ( Percuma 1 pax dewasa )


Pakej Korporat

1 ) 10 tables RM6900 
Free 1 tables + 5 pax
Free 100 special gift Ramadhan
Kupon diskaun : 15% (5 pax ) for next purchase

2 ) 20 tables RM13800
Free 2 tables + 5 pax 
Free 2 VIP Setting Tables
Free 200 special gift Ramadhan
Free 2 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Kupon diskaun 15% ( 1 table ) for next purchase

3 ) 30 tables RM20700
Free 3 tables + 5 pax 
Free 3 VIP Setting Tables
Free 300 special gift Ramadhan
Free 3 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 3 table ) for next purchase

4 ) 40 tables RM27600
Free 4 tables + 5 pax 
Free 4 VIP Setting Tables
Free 400 special gift Ramadhan
Free 4 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 4 table ) for next purchase

5 ) 50 tables RM34500
Free 5 tables + 5 pax 
Free 5 VIP Setting Tables
Free 500 special gift Ramadhan
Free 5 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 5 table ) for next purchase



Kalau nak booking boleh call no kat bawah ni :

019 452 0215 / 012 699 6634 / 013 435 7935 / 017 218 1875
012 253 3973 / 012 686 4515 / 011 1878 4681 / 03 5542 4200

Laman Kayangan
d/a Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Seksyen 7 , Shah Alam





My tummy was soooo happyyy !



Comments

Azwar Syuhada said…
Wahh, bestnya.. Semua nampak menyelerakan :)
CikLily Putih said…
sampai tak tau nak pilih yang mana satu kan heheheh
Sani said…
Memang best ya bearyblossom..Kambing golek takda..frust abang..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…