Thursday, May 14, 2015

Yaya Rosly, the specialist for petite size clothing!


Lulz , tajuk entry in English tapi content basically in Malay . Haha .

Hari ni aku nak bercerita tentang salah seorang fashion designer tempatan yang semakin meningkat naik . To be exact , nak bercerita tentang rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh pereka fesyen tersebut la . Tapi sebelum tu , nak tanya sikit la . Korang kalau nak beli baju yang ready made , senang tak nak cari saiz ? Okay , bagi yang punyai tubuh badan yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecik , memang kita tahu senang sangat nak dapatkan baju ready made yang memang ngam-ngam untuk tubuh dorang . Body ala-ala model haaa , perfect gitu . So senang la nak cari baju ready made kat kedai sebab mostly baju yang dijual kat kedai pun memang ikut model punya tubuh kan . Tapi , bagi individu yang bertubuh kecik molek macam aku ni , memang susah nak cari baju ready made yang sesuai . Kat Malaysia ni ramai tau perempuan yang bertubuh genit . Aku selalu dengar orang yang berbadan agak gempal / besar cakap , " Alah , kau kecik takpe la . Senang nak cari baju . Macam aku ni besar , susah nak cari saiz . " . No , aku tak pernah setuju bila orang cakap macam tu . For your information , orang yang tubuh kecik macam kitorang ni pun susah jugak nak cari saiz baju tau . Aku faham sangat-sangat situasi ni sebab dalam family aku , yang perempuan semuanya jenis yang bertubuh kecik . So masalah ni akan paling terasa bila dekat nak raya . Tetiap tahun pun masing-masing awal-awal lagi duk usha design baju yang berkenan dihati . Tapi bila nak beli , memang dilemma sangat-sangat . Why ? Sebab kalau beli , nanti nak kena alter balik ! Confirm kena alter balik . Kalau ukuran bahu dah cantik , terlebih labuh pulak . Kalau labuh dah okay , eh bahagian pinggang macam besar sangat la pulak . Pendek kata memang ada aje yang tak kena . Sedih tahu tak bila jadi macam ni . Hari raya kot , mesti la nak cantik-cantik . Memang la boleh alter baju tu . Tapi takkan sama dah . Seriously kalau dah alter , baju tu takkan jadi cantik dah bila kita pakai . Design dia dah macam lari sikit . Baju tu selalunya akan nampak macam ada something wrong bila kita pakai . Itu part paling sakit hati . Orang lain pakai cantik je terletak kat badan , tapi bila kita pakai jadi tak cantik sebab baju tu dah di alter . Malas nak sakitkan hati sendiri , so selalunya aku akan beli kain pasang then suruh mak aku jahit baju kurung je kat aku . Gila boring kan tetiap tahun kalau raya je mesti pakai baju kurung . Itu pun satu lagi problem bilamana mak aku suka jahit baju anak-anak dia kasi besar sikit sebab kononnya nanti kalau makan banyak badan dah besar takde la baju tu tak muat . Oh emak , terimalah hakikat bahawa anak-anak perempuan emak ni memang akan sentiasa kurus kerempeng macam ni . Genetik !



Okay, enough ! Terpanjang pulak aku punya intro . Terbawak-bawak emosi bila sembang pasal baju raya ni . Sensitip tau ! Haha . Baiklah , nak dijadikan cerita . . Ahad yang lepas aku berkesempatan untuk ke Butik Yaya Couture yang dimiliki oleh pereka fesyen tempatan , Yaya Rosly . Thanks Wana Zara as blogger in charge sebab ajak aku dan beberapa rakan blogger dari team Hai Blogger  ke butik Yaya Rosly dalam usaha untuk mempromosikan koleksi Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly yang akan dilancarkan tak lama lagi . Yaya Rosly ni actually dah 4 tahun pengalaman dalam bidang fesyen dan yang bestnya Yaya Rosly ni specialist for petite size ! PETITE SIZE hokayyyy ! Of course aku happy sebab aku rasa maybe satu daripada masalah aku akan hilang lepas ni . No more alteration for my baju raya ! Yeayyy ! Okay Emi , calm down takyah nak eksaited sangat . Korang faham tak apa maksudnya bila aku cakap she's specialize in petite size ? Of course designer and tailor lain pun boleh buat baju yang saiz kecik . Tapi dorang main buat aje la kan , kecilkan skala saiz then jahit . Tak kisah la design tu sesuai or tak untuk tuan punya badan . Lain caranya dengan designer yang memang pakar dalam mereka baju untuk si genit macam aku ni . Yaya Rosly boleh designkan baju yang sesuai dan memang nampak cantik bila dipakai oleh orang yang dikategorikan sebagai genit / petite . That's the difference . Faham tak ? In fashion , petite doesn't really mean small or tiny . I mean not all petite girls come in skinny and small figure . Ada je yang berisi , tapi masih dalam kategori petite . Macam berbelit pulak aku punya ayat ni . Harap-harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan . Senang kata , orang yang dalam kategori petite size ni memang memerlukan different tailoring berbanding orang yang non-petite size . Sebab tu la i'm truly happy bila dapat tahu rupa-rupanya ada je designer yang memang design baju untuk petite size . Masih ada harapan lagi la untuk aku tampil cantik di hari raya . Ewahhh , gittew ! Haha .

Yaya Rosly , a local fashion designer which specialize in petite size .


Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly belum dilancarkan lagi . So that day basically kitorang pergi berkenal-kenalan dulu dengan Yaya Rosly ni , tengok-tengok design baju yang dia dah buat . Seriously dress yang ada kat butik Yaya Rosly semuanya cantik-cantik . Most of them wedding dress la . Kebetulan adik Yaya Rosly yang merupakan salah seorang model untuk rekaan Yaya Rosly ni hadir jugak kat butik hari tu , so dia ada peragakan beberapa bridal dress untuk tatapan kitorang . Jangan tak tahu , artis pun dah ramai yang pernah gayakan rekaan-rekaan Yaya Rosly antaranya Mawar Rashid , Elizabeth Tan , Mia Sara , Sara Ali , Nelydia Senrose , Arja Lee . Korang mesti tertanya-tanya kan , kata untuk petite size tapi Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu boleh pulak pakai . Memang la Yaya Rosly ni specialize in petite size , but still Yaya boleh design jugak untuk yang bukan petite size pun . Dah namanya pun designer kan . Oh ye , untuk lelaki pun ada jugak koleksi dari Yaya Rosly ni .


Penuh dengan lace , cantik betul .

Mula-mula tengok dress ni aku dah jatuh hati . Cantik ! Macam corak lipan gitu .

Ini lah yang baju corak lipan tadi tu . Dari depan dan belakang .Gorgeous sangat , kan ? 
Model : Syaa Rosly

This one simple yang cantik . Nampak kemas je . 

Bercakap pasal kemas ni , jahitan dan detailing untuk dress-dress ni memang sangat kemas . Kagum betul aku . Bila ditilik secara dekat , memang kemas la . Tengok dari jauh pun dah tahu memang kemas dan susunan beads semuanya tersusun cantik . Pasal material pulak rasanya tak perlu aku nak cerita lebih-lebih , tengok dalam gambar pun dah boleh tahu material yang dia guna memang berkualiti . Lain tau material yg berkualiti dengan tak berkualiti . Kalau yang berkualiti , dari jauh kita dah boleh nampak betapa cantiknya dress tu , terletak aje kat badan . Tak nampak kaku . Kalau yang jenis flowy pun memang nampak cantik sangat-sangat la . Yaya Rosly hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi sahaja . 

Yang ni pun aku sukaaaa sangat-sangat .

Boleh menangis bila tengok betapa detailnya susunan dan jahitan pada manik-manik tu .

Yaya Rosly jugak boleh design kasut custom made


Menurut Yaya Rosly sendiri , koleksi Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly inshaAllah akan dilancarkan sebelum bulan Ramadhan . Kalau tak silap , ada lebih dari 28 design yang berbeza untuk koleksi RTW Raya 2015 ni . Oh ye lagi satu , setiap design yang Yaya Rosly hasilkan adalah sangat limited in quantity . Means dia tak buat production banyak-banyak untuk setiap design . Kalau dah sold out design tu , dia memang takkan restock dah . Kalau permintaan terlampau tinggi pun dia hanya akan restock in a very limited amount . Kira memang limited lah pendek kata . Kau takkan jumpa sampai 50 orang yang pakai baju yang sama dengan kau . Kalau ada yang sama pun beberapa orang sahaja . Menarik kan ? 


Sebelum balik , sempat bergambar kenang-kenangan . Yaya Rosly juga ada hadiahkan black Durrah Chaftan dan aksesori rantai leher kat kitorang . Terharu bila dapat tahu Durrah Chaftan tu direka dan dijahit khas untuk kami para blogger yang hadir hari tu . Bila dah balik rumah , terus aku testing Durrah Chaftan tu . Rasa nak nangis pun ada . For the first time baju kaftan macam tu nampak cantik terletak kat badan aku yang kecik ni . Before ni aku pernah la jugak beli blouse kaftan sebab tengok orang lain pakai cantik sangat . Tapi end up aku tak pakai pun sebab nampak macam aku pakai kelambu je , wuuuuu T__T . So bila Yaya hadiahkan baju kaftan yang sesuai dan nampak cantik bila aku pakai , seriously aku happy sangat-sangat . Rasa macam tak percaya finally I have an ideal chaftan of my own . Bertambah keyakinan terhadap rekaan-rekaan Yaya . Material pun tak dinafikan memang berkualiti , sejuk je bila pakai . Tak sabar nak pakai Durrah Chaftan tu nanti .


Antara rakan blogger yang turut hadir . Credit this pic to Anil Wanina



Korang kena sentiasa alert tau , jangan sampai terlepas pulak koleksi RTW Raya by Yaya Rosly . Kena selalu-selalu bukak website atau instagram Yaya Rosly . InshaAllah kalau koleksi RTW Raya Yaya Rosly dah dilancarkan , aku akan bagitahu dekat blog aku jugak . Tak sabar nak tunggu koleksi RTW Raya by Yaya Rosly . Nak senang nanti bila dah release koleksi RTW Raya tu , korang terus pergi ke butik Yaya .


Alamat :
Yaya Rosly Couture , E - 8 - 1 , PP25 , 
Taman Pinggiran Putra , 43300 ,
Seri Kembangan , Selangor .
Whatsapp : 012 - 6460210
Facebook Page : Yaya Rosly
Instagram : @yayarosly






Marilah kita bermimpi tentang baju raya ! :D


3 bLOggEr cUmiL:

Siti Hajar said...

Cantik sangat ni. Kalau pakai time raya memang glamour abes! :D

Rara Zack said...

Cantikkkk !

Anonymous said...

Cantiknyaaaa! Setuju tu. Orang tubuh kecik memang susah sebenarnya nak dapatkan baju yg btol2 ok dgn tubuh. Kadang2 nampak tak kena je bila pakai. Raya nanti boleh la try usha baju dari Yaya Rosly ni.