Caffe Bene Seasonal Menu - Ultra Violet - emilinda

Thursday, March 29, 2018

Caffe Bene Seasonal Menu - Ultra Violet

Kaum hawa kalau cakap tengah diet sekali pun, susah betul nak tolak dessert. Betul tak? Baik mengaku, haha! No, I’m not really on diet pun. Literally I just eat whatever I want. Ikut selera tekak ni. But I’m not a sweet tooth person. Kurang gemar makanan yang terlalu manis, tetapi penggemar dessert. Masalahnya dessert kebanyakannya memang manis, haha. So most of the time kalau makanan tu terlalu manis, saya akan kongsi dengan kawan atau kakak atau sesiapa sahaja yang ada. Paling suka kalau kebetulan ada adik bongsu saya, sebab most of the time dia sanggup je habiskan makanan kakak dia ni. Bahagia ada adik kuat makan ni, hehe. Setel masalah.


Baru-baru ni Caffe Bene telah mengeluarkan rangkaian siri terbaru dessert mereka iaitu Ultra Violet Purple Sweet Potato. Kalau korang biasa dengan Caffe Bene ni, mesti korang perasan yang Caffe Bene selalu keluarkan menu baru tetapi menu tu selalu bertukar-tukar. Sebenarnya bukan bertukar-tukar jugak. Caffe Bene memang selalu keluarkan seasonal menu. Dah namanya seasonal menu, memang tak selamanya ada dijual di Caffe Bene. Limited time only. Siri Ultra Violet Purple Sweet Potato ni pun merupakan salah satu seasonal menu dekat Caffe Bene untuk tahun ini. Kiranya ini merupakan seasonal menu pertama bagi tahun 2018. Siri Ultra Violet Purple Sweet Potato ni terdiri daripada  4 menu iaitu Purple Sweet Potato Bingsu, Latte, Frappeno and Waffle.


Awal bulan hari tu sempat ke Caffe Bene di One Utama untuk merasai sendiri siri terbaru Ultra Violet Purple Sweet Potato ini. Was there with my fellow butterfly girls! We’re kinda having brunch party over there. Well, girls party is totally my favorite. Mana boleh tak join. Waktu macam ni la nak gather and mingle around catching up stories. All of us dressed up in purple for that party.I do have a lot of purple outfit, tapi bila dah banyak ni tak tahu nak pakai yang mana pulak. End up I simply choose my Bella Ammara basic jubah.



Sweet potato ni kalau dalam Bahasa melayu dipanggil ubi keledek. Saya ni membesar dengan segala jenis ubi. Biasalah membesar kat kampung kan. Lagipun kat rumah memang sentiasa ada stok pelbagai jenis ubi. Emak saya setiap hari buat pelbagai jenis kuih, dan kebanyakan kuih yang mak saya buat memang menggunakan ubi keledek sebagai salah satu bahan utama. Boleh dikatakan saya ni dah muak sangat dah dengan ubi keledek, haha. Sebab tu la bila Caffe Bene buat dessert guna ubi keledek, I was likeHaaaa? Seriously…? Apa rasa buat bingsu guna ubi keledek?”. Tak mampu nak imagine. Frankly speaking, I thought it’s gonna taste weird. Tak terfikir pulak nak buat waffle perisa ubi keledek, kan?


Ultra Violet Sweet Potato Bingsu – RM29.90

Pengaruh drama Korea, makanya ramai yang suka bingsu. I’m not really a big fan of bingsu, tapi bingsu ni kalau makan beramai-ramai sambil menyembang best weyh. Tak perasan tengok-tengok dah habis. Kalau makan sorang-sorang entah bila nak habis haha. Besar sangat portionnya. Ultra Violet Sweet Potato Bingsu ni terhasil dari gabungan shaved ice, purple sweet potato milk base, crunchy granola, bouncy jelly dan kat atas dia diletakkan gelato berperisa sweet potato.


Oh ye, sebenarnya saya baru tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menikmati bingsu. Selama ni main makan je dari atas sampai ke bawah. Tapi rupa-rupanya lagi sedap kalau sebelum makan tu korang gaul dari bawah ke atas dahulu. Tips ni staff Caffe Bene sendiri yang bagitahu. Orang kata lebih sekata la rasa bingsu tu bila dah digaul dari bawah ke atas.

Ultra Violet Sweet Potato Cream Waffle – RM18.90


Bagi penggemar waffle, mesti suka yang ni. Masa mula-mula saya tengok pun dah rasa macam tempting sangat waffle ni. Dengan topping aiskrim kat atas, haruslah tergoda. Tepung waffle dia pun tak rasa muak. Dalam kesemua menu, waffle ni la yang paling menarik dimata saya. Mungkin sebab tengah lapar kot masa tu haha.

Ultra Violet Sweet Potato Frappeno – RM16.90


Expectation saya terhadap frappeno ni memang tinggi. Ice blended kot, siapa tak suka kan? Dengan whipped cream kat atas tu, memang tergoda habis lah pendek kata. Rasa frappeno ni tak mengecewakan.

Ultra Violet Sweet Potato Latte Hot/Cold – RM14.90


Jujurnya masa pertama kali tengok latte ni, langsung tak excited. Sebab dia nampak plain berbanding menu yang lain. My first impression be like “alah biasa je la kot rasa dia sebab nampak plain je”. Almaklum, presentation untuk menu lain lebih fancy. Tapi meleset sama sekali. Tak sangka betul Frappeno perisa sweet potato ni sedap gila weyh. Rasa smooth and creamy. Masa tu saya try hot frappeno. Tak cuba pulak yang sejuk. Tapi tak sangka betul, memang sedap.


Dalam empat item untuk seasonal menu Caffe Bene kali ni, paling saya suka adalah waffle dan latte. Semua sedap, tapi waffle dan latte paling mendapat tempat kat hati saya. Waffle siap order tambah lagi satu kot hari tu, haha. Rangkaian dessert Ultra Violet ni bukan selamanya ada dijual kat Caffe Bene tau. It is seasonal menu – so hanya available sehingga 15 April 2018 sahaja. Rugi kalau tak cuba, lepas ni takde dah. Cawangan Caffe Bene pun dah banyak sangatlah sekarang ni kat Malaysia. Saya tak pasti cawangan Caffe Bene yang lain macam mana, tetapi untuk cawangan Caffe Bene di One Utama, dekorasi dan suasana sangatlah menyenangkan. Lokasinya terletak menghala ke bahagian luar mall. Jadinya takde la rasa crowded sangat.


Itu sahaja nak kongsikan hari ini. Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca.

29 comments:

  1. Cafe Bene mmg best...Sally pun selalu makan masa kat Korea...kalau time musim panas..kahkahkah

    Syoknyaaa tgk semua warna purple!!!

    ReplyDelete
  2. Cara persembahan menunya memang menarik. Kalau nak makan memang kena berkongsi sebab portion/hidangan besar tu

    ReplyDelete
  3. Uii.. Cantik ahhh violet... Menarik... Tak penah try cafe bene.. Nnti nk cuba la.. Hehhe

    ReplyDelete
  4. wah rindu pula event ni memang masing masing purpleicious je ! Jom guna voucher haritu untuk pergi lagi sekali makan bingsu oh yummeh !

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info Emi. Mana tahu nak try nanti kan. Semua menu nampak sedap and suka warna purple tu ☺

    ReplyDelete
  6. Wah, warna temanya best suka tengok purple. Makanan tu mesti Sedap, Lama tak pegi event

    ReplyDelete
  7. Deco hidangan dia lawaaa warna2 purple... Tempat pun cantik je..kena singgah la nanti sbb zaza tgk.. Jadi teringin pula šŸ˜

    ReplyDelete
  8. Semuanya dengan warna violet..bestnya...cantik kaler ni..Bingsu tu akak suka..alaaa...nak pi sini la...

    ReplyDelete
  9. nampak macam best je tempat ni... nak ajak kawan la gi makan sana nanti ... lepak sesantai.. nnt bole sambut birthday ke pa juga la...

    ReplyDelete
  10. Bingsu tu nampak sedap n sweet potato mmg sedap juga kalo buat puree utk wajib makan juga sesuap dua..haha..i peminat coffee nnt nak try la latte tu..sedap sgt ya?

    ReplyDelete
  11. Warna violet tu buat semuanya nampak sedap-sedap..Lagi2 bingsu tu..Kena pulak dengan cuaca panas2 sekarang ni..memang best la.

    ReplyDelete
  12. Perasan gak menu purple di Caffe Bane Sunway Pyramid..tapi tak cuba lagi. Kalau pink, maybe awal-awal my wife dah ajak try menu tu hehe

    ReplyDelete
  13. Ultra Violet Sweet Potato Bingsu is my favourite too. I just brought my children there last weekend to enjoy our favourite Bingsu.

    ReplyDelete
  14. Sedapny tengok dah la warna sweet sangat purple macam tu teringin nak rasa

    ReplyDelete
  15. Nampk sedap betul ice cream ungu tu Emi. Nak cuba jugak ! Semua tema warna ungu pulak tu.

    ReplyDelete
  16. Tengok warna ungu tu sungguh menyelerakan rasa macam nak pergi cuba hehehehe aiskrim kegemaran kita lah waaaaaa. Nanti belanja kita makan sini ok..

    ReplyDelete
  17. Nmpak sodappppp.. purple plk tu.. mestu kena cuba ni

    ReplyDelete
  18. Bestnya dapat pergi event ini. Semua orang berpakaian warna ungu dan makanan pun sama warna ungu.

    ReplyDelete
  19. terketar2 n gigil TB tengok gambar emi pegang Ultra Violet Sweet Potato Bingsu tu.. terliur sebab nampak menyelerakannnn.. purple2 gitu..

    ReplyDelete
  20. terketar2 n gigil TB tengok gambar emi pegang Ultra Violet Sweet Potato Bingsu tu.. terliur sebab nampak menyelerakannnn.. purple2 gitu..

    ReplyDelete
  21. Alolo comel-comel menu dekat kafe tu sebab warna purple. Tak sangka kan ubi keledek pun boleh dijadikan dessert kan. Menarik sgt. Harga pun not bad. Plg tertarik dgn bingsu tu.

    ReplyDelete
  22. Comelnyaaaaaaa warna purple. Tema ultra violet utk warna tahun ni sesuai dengan semua acara event kan? Aiskrim, makanan, belon semua kombinasi ultraviolet. Hehe

    ReplyDelete
  23. The color totally me. Hahaha love purple. Best nye dapat pegi event cantik camni. Bingsu sedap makan musim panas.

    ReplyDelete
  24. Amboi baju ikut tema ke tu.. hehe
    Alala.. knapa nmpk sedap semuanya.
    Alahai.. awak goda tekak kita tau. šŸ˜…

    ReplyDelete
  25. OMG...that purple-ness is everything..and even though everything looks extremely pretty and yummy...that waffle got me craving like 100%

    ReplyDelete
  26. Wowww purple...!! my fav color.... Last pergi Caffe Bene, masa dorang promote yang warna hijau.. Rasanya tembikai susu..

    Anyway, rasa macam nak try menu terbaru nie

    ReplyDelete
  27. Wahhh tengok binsu tu dah terasa meleleh dah air liur sis ni. Macam2 perasa pulak ada tu. Nampak gaya kena gi lagi kat kedai ni

    ReplyDelete
  28. Sedap betul nampak Bingsu kali ni. Warna ungu gittew. Nanti nak try, mujur kat Kuantan ni dah ada Caffe Bene

    ReplyDelete
  29. I miss the event whereby everyone wearing purple colour and hang out together. The bingsu is my favourite when come to Caffe Bene.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.