food,

Friends of Burger, Sunway Putra Mall.

May 17, 2016 emi 5 Comments


Sekitar dua minggu lepas, aku dan Ekin singgah ke Sunway Putra Mall selepas waktu kerja. Rasanya dah lama tak menyinggah ke Sunway Putra Mall, padahal satu stesen LRT je dari ofis. Dekat sangat. Dari tempat aku menyewa pun tak jauh sangat. Kiranya Sunway Putra Mall tu tengah-tengah antara ofis dan tempat tinggal aku sekarang. Dulu rajin jugak aku menyinggah cuci mata kat situ, yang mana end up aku selalunya akan terbeli something. Tujuan asal aku dan Ekin singgah ke Sunway Putra Mall adalah untuk ke outlet Golden Rose kat dalam mall tu. Ekin nak beli Golden Rose Velvet Matte Lipstick, akibat terpengaruh dengan lipstick kesukaan aku tu. Aku pula pada awalnya nak beli brow definer sahaja, tapi terbeli mascara sekali.  Nasib baik kosmetik Golden Rose tu affordable. Lepas dah beli apa yang dihajati, kami pusing-pusing sambil fikir nak makan kat mana. Ternampak ada kedai makan baru buka, FOB. Nampak macam okay, so let's give a try. Oh by the way, ini bukan review berbayar mahupun sponsored post.



Konsep Friends of Burger (FOB) ni lebih kurang McDonalds, KFC, dan Marry Brown jugak. Walaupun namanya Friends of Burger, tapi kat sini bukan jual burger semata-mata. Ada jual pasta, pizza, hotdog, ayam dan snek lain. Range harga? Macam mahal sikit berbanding KFC dan McDonalds kot. Sejujurnya ini merupakan kali pertama aku tahu tentang kewujudan Friends of Burger ni. Sempat sembang dengan pekerjanya sambil tunggu pesanan, katanya so far memang belum banyak outlet lagi. Kat Langkawi pun ada satu outlet Friends of Burger ni katanya.



Memandangkan namanya Friends of Burger, so i bet their specialty must be burgers. So, aku order Chicken Burger, Ekin order Beef Burger. Harga around RM12-RM13 each. Kebetulan masa tu ada promotion sempena pembukaan outlet tu, dapat free soft drink dan fries. Meaning to say RM12 tu harga untuk burger sahaja la kan? Itu berdasarkan apa yang aku faham la. Spaghetti carbonara dia nampak sedap. Tapi next time la try. Ekin punya beef burger sedap. Patty yang digunakan tu sangat lembut. Chicken burger aku pulak, normal la chicken patty lebih liat berbanding beef patty. Fries not bad, sedap jugak. 

Beef Burger || Ekin's
Chicken Burger || Mine

Promotion free soft drink and fries bersempena opening still on going sehingga penghujung May 2016. I'm thinking of going there again, sebab nak try dia punya carbonara. Hehe. Lupa pulak, outlet Friends of Burger di Sunway Putra Mall ni terletak sama level dengan Secret Recipe, Nandos, dan Absolute Thai. LG if i'm not mistaken. 




Okai, that's it for now. Jumpa di next entry.

You Might Also Like

5 comments:

Mommy Cici said...

kaler dia macam fuel shack ke apa namanya . nampak sedapp. yummy

Farahain ZFA said...

mcm fuel shack lah .. tapiii suka nengok konsep kedai dia.cantikk..

kak gojes said...

wah...menarik tempat makan ni..boleh pergi lbh jauh mcm mc D

cik karmila said...

nampak sedap..tak penah try lagi..

Blogger said...

Anybody here needs a FREE MC DONALD'S GIFT CARD?