Skip to main content

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.


Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!

Grain-fed Striploin (well done) || RM47.20
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari yang puluhan ringgit, sampai la yang ratusan ringgit. Yang ratusan ringgit tu biasanya daging Wa'gyu. Wa'gyu memang mahal sebab antara daging yang terbaik. Tak mampu den nak makan wa'gyu. Tunggu kaya dulu agaknya. Pilih punya pilih, aku ambik bahagian striploin je. Tak reti sangat nak pilih sebenarnya. Almaklum, selama ni tengok semua daging pun nampak macam sama je. Sekali pergi Me'nate Steak House, eh ada banyak jenis dan bahagian rupanya. Siap label harga sesiap. Bagus dia letak harga sesiap, so takde la nanti terlebih bajet. Boleh rancang sesiap nak ambik yang range harga berapa. Bila dah setel pilih daging dan duduk kat meja, kakak-kakak aku cakap dorang pun ambik striploin jugak. Masak well done macam aku jugak. Abang ipar aku je tak sama. Dia ambik lamb rib, masak medium well. Abang ipar aku punya lamb rib tu lupa nak tangkap gambar.

The Grass Striploin (well done) || RM36.40

Aku memilih daging aku dimasak secara well done memandangkan ini kali pertama aku makan kat sini. So risau jugak la kot-kot tekak ni tak boleh nak terima daging yang kurang masak tu. Almaklum aku ni kalau makan daging memang lagi suka makan yang garing. Kiranya well done la yang paling garing. Kalau ada yang lebih garing, rasanya pasti aku ambik yang lebih garing. Hahah. Sama la kekdahnya dengan kakak-kakak aku. Dah nama pun adik-beradik. Semua tak berani nak try yang medium rare dan lain-lain. 

The Grass Striploin (well done) || RM 37

Tak lama pun pekerja Me'nate Steak House ni ambil masa untuk siapkan hidangan kami. Selain steak, kami juga order spaghetti carbonara with sausage untuk si kecik Qaseh, dan order curly fries. Air kat situ free flow bila kita order steak. Tak banyak pilihan air yang ada untuk yang free flow tu, tapi okay la. Aku tersangat suka curly fries tu, sedap. Takde gambar, lupa nak snap. 

Spaghetti carbonara with sausage || RM10
Selama ni orang duk cakap Me'nate Steak House ni mahal, so mind set aku duk fikir semua menu dia mahal. Rupanya ada je steak yang affordable, contohnya yang macam kami order pada hari tersebut. Rasanya masih boleh dikira sebagai affordable la. Spaghetti carbonara untuk Qaseh pun hanya RM10. Curly fries kesukaan aku tu RM8. Total kami makan untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak adalah RM188.40. Ini kami ambik yang murah-murah je. Maybe next time kena try yang lebih mahal, dan cuba yang medium rare pulak. Bila dah rasa yang well done ni, rasa macam tak juicy la sebab dia garing. Ada try lamb rib abang ipar aku, sedap. Masih ada rasa juicy daging tu. So cadangnya akan datang kalau pergi lagi, nak try medium rare la. 



Thank you abang ipar sebab belanja. Next time belanja la lagi, kekeke. Okay, bye. 


Comments

Jueliza Jamani said…
akak tak pernah rasa g.. tp husband akak kata tak sedap.. kecik.. hahaha dia kan kedekut nak hat besaq2 jer.. akak kalo kuah blackpapper ngam terusss ok jer.. hehehe asal semua welldone nih.. tak rasa medium rare ker.. hehehhe
I N A A I N A A said…
Favourite tempat ena kalau nak makan steak.. Perghhhh! Mengidam nak makan steak kat sini lagi... Sedappp!
Mommy Cici said…
tak penah makan lagi. not bad harga macam makan seafood jugak :D

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…