Dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan selama lebih 20 tahun, tapi aku langsung tidak mengetahui wujudnya tempat secantik ini di daerah kelahiran aku sendiri. Nampak sangat kitaran hidup aku sejak kecil banyak dihabiskan dirumah sahaja. Keluar hanya bila perlu. Bila dah sambung belajar luar dari negeri Kelantan, sesekali balik time cuti duk memerap kat rumah sahaja dengan keluarga. Kalau keluar pun kebiasaannya dengan keluarga, untuk ke rumah saudara mara. Takde life betul, kan? Hahah. So last week aku balik Kelantan kejap sebab cuti Hari Pekerja. Itu jela cuti yang ada, harus manfaatkan sebaiknya untuk pulang menjenguk emak ayah, melepaskan rindu pada keluarga. Adik-beradik yang lain balik jugak, tapi tak semua. Penangan El Nino, cuaca kat Kelantan panas betul. Rumput-rumput jadi kering, perigi mula kekurangan air sampai tahap bila buka paip, air langsung tak keluar. So kena guna timba untuk dapatkan bekalan air dari perigi. Untuk keluarga besar macam kami, nak mandi pun kena catu di musim panas sebegini. Dugaan Tuhan nak bagi.
Okay, kembali kepada tujuan asal aku mengarang hari ini. Anak-anak saudara menagih janji mintak dibawa berjalan. Rancangan asalnya nak bawak pergi jalan-jalan dekat Kota Bharu, tapi bila fikir balik kami tukar rancangan. Kami ke Pantai Senok yang dah viral kat internet dengan nama gelaran "Pulau Nami Malaysia" dek kerana tempatnya yang cantik dan dikatakan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot. Aku anak jati Kelantan dan sejujurnya ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Pantai Senok, padahal jarak dari rumah nak ke Pantai Senok tak sampai 30 minit pemanduan pun. Bawak tikar, singgah beli KFC then kami pergi picnic di Pantai Senok.
Aku sendiri tidak pasti samada ejaan sebenar adalah Pantai Senak atau Pantai Senok. Semasa dalam perjalanan, ada ternampak papan tanda bertulis "Pantai Senak". Mungkin nama asalnya Pantai Senak, tetapi akhirnya terbiasa dengan sebutan dialec Kelantan iaitu "Pantai Senok". Sebenarnya sebelum pantai ini jadi viral lagi aku dah tahu tentang kewujudan Pantai Senok ni, cuma kerana aku tidak pernah jejakkan kaki ke situ makanya aku tidak tahu bahawasanya tempat tu cantik. Gambaran aku kalau dah namanya pantai tu, suasana sama macam pantai lain jela kot. Sehinggalah pada tahun 2014, abang aku buat photoshoot perkahwinan di Pantai Senok. Aku tak ikut dorang buat photoshoot tu, tapi bila tengok gambar kahwin dia, cantik gilaaaa. Wujud ke tempat secantik ini dekat Malaysia, apatah lagi Kelantan? Haaaa, then duk plan nak ke sana. Tapi asyik tangguh, end up dah jadi viral kat internet baru aku berkesempatan jejakkan kaki ke Pantai Senok.
Laluan untuk ke Pantai Senok pun agak sesak pada hari tu. Almaklumlah, bila dah viral kemain lagi ramai yang ke sana. Bukan setakat orang Kelantan sahaja, orang luar Kelantan pun datang. Dah la jalan sangat sempit. Kesian dekat pakcik makcik yang rumah area situ, mesti dorang rimas sebab berpusu-pusu kereta lalu depan rumah dorang. Siap ada orang kutip duit parking lagi untuk pengunjung yang parking kat kawasan lapang rumah dorang. Bagus idea tu. Bila dah sampai tu, agak kecewa sikit la sebab sampah boleh dilihat merata-rata. Plastik makanan, plastik air bertebaran kat tanah. Mengikut cerita abang dan kakak ipar aku, dulu sebelum viral tempat ni sangat bersih dan terjaga. Even masa dorang buat photoshoot kahwin pun, takde sampah langsung. Daun kering je yang banyak, siap boleh baring. Tapi bila dah viral dan ramai orang yang berkunjung ke sana, dah tak sama lagi dah. Ramai rupanya pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik, buang sampah merata. Sedih betul. Tak menghargai dan tak cuba memelihara keindahan yang ada.
My little Power Rangers in action. |
Tengok wajah-wajah ceria ni, sejuk hati. |
Mungkin pihak tertentu perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keindahan Pantai Senok. Sekiranya tiada langkah yang diambil, pastinya lama-kelamaan tempat ini akan tercemar dan keindahan Pantai Senok tidak dapat dipelihara. Contohnya, mengenakan sedikit bayaran untuk para pengunjung, dan hasil bayaran tu boleh digunakan untuk mengupah orang bagi melakukan pembersihan secara berkala dan memantau kebersihan kawasan tu. Lumrah masyarakat kita, kalau bab bayaran semua pun nak mengeluh kan? Hahah tak payah la kenakan bayaran yang tinggi. Kiranya semua tu untuk maintenance cost la. Selain itu, boleh sediakan tong sampah banyak-banyak. Of course boleh bagi peringatan dan kesedaran dekat pengunjung supaya tidak membuang sampah merata-rata, tetapi berapa kerat sangatlah masyarakat yang prihatin dan pay attention terhadap peringatan sebegitu, kan? Just my two cents. Sayangnya la hai tempat cantik macam ni kalau tidak dijaga.
P/s : Banyak lagi tempat menarik dan perkara menarik di Kelantan yang belum sempat aku explore.
whoa! cantiknyeee...byk tpt kat Malaysia yang i kena explore ni.
ReplyDeleteAlthough I have passed by Kelantan before, I have never really visited the state. This is a really lovely place. I would like to go there one day.
ReplyDeleteSubhanaAllah!! Cantik sungguh view kat sini... huaaaaa ena baru sekali pergi Kelantan
ReplyDeletethe scene really looks like Nami Island in Korea! :D but kelantan is a bit too far for me
ReplyDeleteLooks like I need to jot down this place for a trip as I didn't went to Kelantan before. The environment look very lovely with those natural environment..
ReplyDeleteIt really looks like the typical scene in Nami Island ^^ Haven't visited this Pantai before in Kelantan. I just went for Pantai Cahaya Bulan only which was long time ago ..ahaha
ReplyDeleteWow the place look like nami also. I like all those tall trees and the surrounding.
ReplyDeletewow!!I really thought that is Nami island!!! Hahaha
ReplyDeletecantiknya . sesuai sangat dibuat photoshoot
ReplyDeletenice day out with the family :D:D... its always good with loved ones.
ReplyDeleteBnyak je tempat kita tak tahu yg belum org explore and viralkan. hehe.
ReplyDeleteCantik tempat dia!
Wah macam seronok je pantai senok ni....
ReplyDelete