Finally Married - emilinda

Tuesday, June 18, 2019

Finally Married



Alhamdulillah, saya dah pun selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2019. Rasa macam tak percaya pulak dah jadi isteri orang. Fasa kehidupan dah berubah. I am Puan Emi now! This is so awkward, haha. Masih rasa kekok. Sometimes kalau tengah sembang dengan kawan, masih tersasul refer him as "tunang emi".

Berdebar ke tak masa nak akad nikah? Eh tak sempat nak rasa berdebar pun lah sebab mostly persiapan perkahwinan buat sendiri. So agak sibuk fikir macam-macam, risau kalau terlupa itu ini,, so yeah tak sempat nak rasa berdebar sangat pun. Tengok-tengok dah sah jadi isteri orang. Everything went well, alhamdulillah. Serious rasa lega gila bila dah setel kesemua majlis. Akad nikah buat waktu malam kat masjid berdekatan. Keesokannya terus majlis walimatul urus kat rumah sendiri. Selang dua hari kemudian, majlis menyambut menantu kat rumah mertua.

Kesemua majlis nampak smooth je tapi sebenarnya at the very last minute there's few things happened not as per our plan which is memang boleh spoil mood and all, but alhamdulillah we managed to handle it calmly. Memang nak cerita, tapi nantilah akan diceritakan di entry lain. Memang rasa nak review banyak benda pasal vendor-vendor yang terlibat semasa perkahwinan saya, untuk rujukan orang lain dan juga untuk tatapan sendiri kelak.


Yang penting, semua dah setel. Kami dah pun secara rasminya bergelar suami isteri. Terima kasih yang tak terhingga untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang bertungkus-lumus tolong menjayakan majlis kami. Mak ayah paling penat kot, dengan tak cukup tidur. Memang biasanya tuan rumahlah yang paling penat kan. Adik beradik, ipar duai pun turut sama menyumbang tenaga & pertolongan. Bila fikir balik rasa terharu. Dengan anak-anak saudara sekali pakat duk tolong. Tak lupa untuk saudara mara & orang kampung jugak yang datang tolong. Majlis walimatul urus kami tak melibatkan catering pun. So faham-faham jela, memang penat sikit.

Keluarga besar saya

Terima kasih untuk yang gigih hadir ke majlis kami, walaupun jalan jammed sebab musim raya. Terima kasih juga for all the prayers and wishes. Mohon didoakan yang baik-baik untuk kami.

23 comments:

  1. Tahniah Emi...bestnya nanti anniversary 6hb June...ekceli date Emi nikah tu birthday akak..senang la nak ingat...

    ReplyDelete
  2. Tahniah...wah...kwen time raya

    ReplyDelete
  3. Tahniah..selamat melayari bahtera perkahwinan

    ReplyDelete
  4. tahniah :)
    pengantin beraya bersama di atas pentas raja sehari.
    best nyer...

    ReplyDelete
  5. Wah, tahniah Emi!
    Gambar wedding you cantikkk

    ReplyDelete
  6. waa tahniah yea for your wedding! alhamdulillah everything went well for you. All the best wishes to you both dan selamat melayari alam perkahwinan! 🌸🌸

    ReplyDelete
  7. wah tahniah! fasa baru dalam kehidupan ni... kena sabar banyak-banyak ya dik.. enjoy your sweet moments

    ReplyDelete
  8. tahniah Emi sekarang dah bergelar isteri orang. Wah kemain meriah kenduri kahwin buat masa raya ketiga. tak sabar tunggu emi jadi momy blogger lepas ni. amin!

    ReplyDelete
  9. tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada puan emi. bestnya kahwin time raya! selamat menempuhi alam perkahwinan dan semoga dapat anak ramai nanti :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Emi. Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari alam rumahtangga.

    secocok bagai pinang dibelah dua

    ReplyDelete
  11. Before thsi dah baca persiapan kahwin Emi. Alahmdulillah dah selesai dan selamat semuanya. Btw, Bella ucapkan tahniah pada Emi & suami. Selamat pengantin Baru! Lepas ni entri baby la pulak kan? Hehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah! Selamat Pengantin Baru!! :D

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Selamat Pengantin baru buat Emi dan suami. Semoga Emi dan suami kuat dan tabah melalui frasa alam runahtangga yang oenuh dnegan suka duga dan ujian. Yang penting perlu ada kerjasama dan persefahaman kedua dua pihak.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Tahniah Emi! Moga Allah mudahkan rumahtangga emi dan limpahkan kasih sayang sehingga ke akhir hayat buat Emi dan suami.

    ReplyDelete
  15. Yerrr tahniah Emi selamat pengantin baru moga terus bahagia hingga anak cucu dan dapat anak-anak yang comel-comel sorry tak dapat hadir...

    ReplyDelete
  16. wahhhh tahniah sis emi! Semoga perkahwinan dirahmati dan kekal hingga ke syurga. Mesti puas hati semua berjalan lancar sebab sis handle semua sendiri. Alhamdulillah for everything and have a happy marriage life!

    ReplyDelete
  17. Congratulations Emi best wishes on this wonderful journey, as you build your new lives together.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah Emi dan suami. Semoga korang kekal hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  19. Congrats girl! Look so beautiful here =) wish you stay sweet and happiness with your husband!

    ReplyDelete
  20. Congratulations on your wedding dear! Gigih you prepare your own wedding... You did a great job! And hope I am in time to still say this.. "happy honeymoon!"

    ReplyDelete
  21. Congratulations to you. It is never to prepare for such an arduous task of your lifetime but it is all worth it right? Alas Selamat Pengantin Baru. :)

    ReplyDelete
  22. selamat menempuh alam perkahwinan. persiapan majlis memang letih. selamat pengantin baru dan salam aidilfitri

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.