Wednesday, July 2, 2014

First time si bongsu tinggal di asrama.



Semalam aku tak kerja . Cuti sebab semalam adik bongsu aku daftar masuk ILP . First time dia berjauhan dari rumah uols . Heheh . Fyi , adik bongsu aku ni tak pernah stay kat asrama . Kalau dia datang jalan - jalan KL or memana pun , kejap sangat . Almaklum tak pernah berjauhan dengan mak ayah . Adik aku yang lagi sorang pun dulu study kat ILP . Sekarang dah nak start praktikal . And he's doing good in his study . What I mean is , dia minat dan bagi komitmen dengan apa yang dia belajar tu . Nampak la dia makin serious dengan masa depan dia . Dulu pernah masukkan dia kat college kejap , ambik course ape ntah yang pastinya course yang memerlukan banyak membaca . Pastu dia quit sebab tak suka course tu . Faham - faham aje la , budak lelaki mostly memang lagi suka belajar something yang ke arah teknikal berbanding dengan course yang memerlukan dorang membaca segala bagai tu . Alhamdulillah , bila masukkan dia ke ILP , nampak perubahan dalam diri dia . Makin serious dengan study & masa depan . Well , ILP kan tak macam IPTA . Kat ILP , dorang tak diberi kebebasan macam kat IPTA or IPTS . Kat ILP lebih menitikberatkan disiplin disamping pembelajaran yang betul - betul teknikal . So that's why my family sebulat suara memang setuju hantar si bongsu ni belajar kat ILP jugak . Tapi ILP yang berbeza la . Yang dulu dekat Pasir Gudang , this one dekat KL je . Yela , family kitorang kan . . kenal sangat la perangai masing - masing . Si bongsu ni rasanya tahap pemalas dia terhadap subjek - subjek membaca ni memang lagi kritikal berbanding adik yang lagi sorang . Harap - harap dia tak persiakan peluang yang diberi ni .


So , semalam masa kitorang dah nak balik rumah tu , dah nampak dah muka si bongsu ni redup semacam je . Haha . Sedih lettew nak berpisah dengan semua orang . Petang sket , dia call cakap bosan . Orientasi tak start lagi . Semua orang dia call . Aku , mak , kakak . . haha . Pastu siap pesan lagi , ingat weekend ni nak suruh abang pergi ambik dia . Nak balik . Lol . Haha . Dekat je ILP tu dari rumah abang dan kakak aku . Kalau jalan tak sesak , tak sampai 15 minit pun nak ke sana . Hopefully he's doing okay kat sana . Risau jugak , yela dia tu tak pernah tinggal kat asrama . Tadi malam entah bangun sahur entah tak . Soal makan sedap ke tak tu tak risau sangat sebab adik aku yang ni bukan jenis yang memilih kalau makan . Tak tahu la kot - kot tak selera makan sebab homesick . Lagi kesian bila aku call akak aku kat kampung . Dia cakap anak dia si Zakwan tu mengigau - ngigau panggil Paksu dia . Rindu lah tu . Dia memang rapat sangat dengan Paksu dia .

1 bLOggEr cUmiL:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Heheh ena dulu pun macam tu. Masa ena form 3, first time masuk asrama. Sayu je rasa hati. Hurmmmm. Even until now, kalau nak balik universiti mesti sebak je rasa