"Past Experience-Future Learning". Jom ke Conference Rasyidun Caliph 2014 - emilinda

Saturday, July 5, 2014

"Past Experience-Future Learning". Jom ke Conference Rasyidun Caliph 2014



Pada 28 June 2014 yang lepas , aku dan beberapa rakan blogger ada menghadiri  soft launching untuk satu program Islamic Conference yang diberi nama Rasyidun Caliph 2014 . Soft launching tu bertempat di NZ Garden Cafe (KLCC) Jalan Ampang . No problem nak pergi situ sebab dekat je dengan office . 



Persidangan yang dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd ini akan berlangsung pada 30 Ogos 2014 bertempat di Dewan Merdeka (PWTC) Kuala Lumpur . Persidangan Rasyidun Caliph 2014 ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutama pada golongan bukan muslim tentang apakah erti dan nilai - nilai Islam . Persidangan ini juga memfokuskan kepada elemen persepsi dan pandangan masyarakat terhadap Islam pada hari ini yang sering menjadi isu seperti bagaimana kefahaman tentang Islam dan bagaimana ajaran Islam dipraktikkan . Banyak persoalan yang bermain difikiran kita tentang Islam bakal terjawab di Persidangan Rasyidun caliph 2014 nanti . Tema persidangan ini adalah "Past Experience - Future Lesson " . 3 topik utama yang bakal diketengahkan adalah Righteous Caliph ( Khalifah Soleh ) , Rightly Guided ( Mendapat Petunjuk ) , dan Righteously Guided ( Bimbingan Yang Adil )


Oh ye , persidangan ini bakal menampilkan 6 orang panel penyampai terkenal dari pelbagai negara dan berbeza latar belakang . Banyak yang akan merekan kongsikan pada persidangan itu nanti . 6 orang panel jemputan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang dimaksudkan itu adalah :


Persidangan ini diadakan bukan sahaja untuk masyarakat beragama Islam . Tetapi juga untuk semua golongan termasuk yang bukan beragama Islam . Ianya adalah persidangan yang diadakan untuk berkongsi ilmu tentang Islam , untuk memberi kefahaman yang tepat tentang Islam kepada semua lapisan masyarakat . Jadi semua individu dialu - alukan untuk menyertai persidangan ini .


Harga tiket untuk Conference Rasyidun Caliph 2014 ini adalah RM200 . Tetapi , ada diskaun untuk 300 peserta terawal . So 300 peserta terawal hanya perlu membayar RM150 sahaja untuk menghadiri conference yang sangat bermanfaat ini . Berbaloi - baloi sangat ha . So apa tunggu lagi , cecepat la beli tiket tu so that boleh dapat harga discount . Nak beli tiket boleh direct pergi kat page pihak penganjur , Tathweer Sdn Bhd .


BELI TIKET DISINI


No comments: