Skip to main content

Homesick??

Tadi petang lepas berbuka puasa , adik bongsu aku call .

" Kak mi , adik ingat taknak tinggal kat asrama la . Boleh ? "

Terkejut pulak . Alahai , kesian pun ada . Dah besar panjang , tapi tak pernah berjauhan dari rumah . Lelaki pulak tu .  Homesick la tu . Kesian . Tapi nak buat camne . Mana boleh tak duk asrama . Takkan la hari - hari abang aku nak pergi hantar & ambik dia dari kelas kot . Yess , tempat dia belajar tu tak jauh pun . Kalau jalan tak penuh sesak , within 10 mins by car dah sampai . Tapi faham jela KL ni , jalan sesak pepagi & petang . Lagipun semua orang kerja , mmg takde orang nak hantar ambik dia . Dia dah besar , sampai bila nak macam tu kan . Rasanya ini la masa yg tepat untuk dia belajar berdikari . Masa dia call tu aku marah jugak la . Then malam sket aku text dia balik sebab rasa bersalah pulak marah - marah macam tu . Aku text baik - baik cakap tak boleh . Bertahan la kat sana , nanti lama - lama okay . Aku faham sangat apa yg dia rasa . Aku pun pernah lalui , masa memula tinggal kat asrama masa form 1 dulu .

Dia tu tak pernah berjauhan dari rumah . Tak pernah jauh dari mak ayah . Entah la . Sehari lepas adik aku start duk asrama , mak demam . Sampai skrg , masih demam . Risau pulak kita . Huhu . Mak rindu anak bongsu dia ke ?

Harap - harap mak ayah sihat - sihat saja . Harapnya adik aku tu dpt cepat adapt dengan life kat situ .

Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…