Shopping raya.

July 14, 2014 emi 0 Comments

Tadi ( disebabkan sekarang dah pukul 12 lebih , so kira semalam la ) , aku pergi beli baju raya sikit la kat sogo dan kawasan - kawasan sekitarnya . Aku pergi dengan adik bongsu , kakak dan abang ipar . Semalam dah pergi cari kat Shah Alam tapi tak jumpa yang berkenan . So hari ni pergi la try cari kat sogo pulak . Target utama adalah nak beli baju untuk mak dan ayah . Tahun ni first time beraya sebagai seorang yang dah bekerja , so mesti la nak belikan baju untuk mak ayah . Untuk ayah takde problem sangat sebab nak tak nak memang kena ambik saiz paling kecik for both baju & seluar . Well , my ayah memang kurus & bukanlah berbadan besar . We decided to buy him shirt instead of baju melayu sebab rasanya baju melayu ayah dah banyak . Ada yg dia tak pakai pun . Untuk ayah ni tak boleh beli kaler terang - terang , nanti dia taknak pakai . Done ayah punya , then nak cari emak punya pulak . Ini susah sikit . What should i buy ? Baju kurung or jubah or blouse or what ? Lepas pusing - pusing , decide nak belikan jubah untuk mak . Lagipun dah berkenan satu pattern jubah ni untuk mak . Lagi satu problem bila nak pilih saiz . Coz mak bukan jenis yang kurus kering macam ayah . Last - last pilih M size . Balik rumah , aku try la kat badan sendiri . Omooo , padan la ! That's my size ! Seriously masa kat kedai nampak besar kot . Dah gelabah dah . Terus call mak , tanya ukuran baju dia . Okey , fine . Memang mak tak padan . Lusa cuti nuzul al-Quran . Hope sangat - sangat tuan punya kedai tu bagi tukar saiz . Plan selasa nanti nak pergi tukar . Kalau tak boleh tukar , makanya bertambah satu lagi baju raya aku . Untuk mak kena cari yang lain . Huhuuu

P/s : sempat beli satu beg untuk diri sendiri tadi . Beg raya la konon . Bila dah balik rumah , rasa macam tak cantik pulak . Huhuuuu

You Might Also Like

0 comments: