Skip to main content

Berbuka puasa di D'Kayangan Buffet Steamboat & BBQ



Hari Sabtu yang lepas aku pergi berbuka puasa dekat D'Kayangan Buffet Steamboat & BBQ dekat Shah Alam . Kiranya ini merupakan buffet Ramadhan kedua bagi aku untuk tahun ni . Yang first dekat KLGCC last week , company belanja . Tapi yang tu memang aku tak buat review langsung , tak snap gambar langsung sebab battery phone aku flat time tu . Okei , yang D'Kayangan punya buffet ni aku pergi berempat , dengan kakak , abang ipar dan adik bongsu aku , Anak sedara aku Qaseh pun ada jugak , takkan nak tinggal pulak kan . Saja la aku nak belanja dorang ni sekali - sekala . Survey punya survey , aku decide nak try D'Kayangan ni lepas baca review dari a few bloggers like kak Filla , Irine , etc . Biasa lah , kalau baca review dari dorang ni memang gempak kemain la kan . Tengah puasa pun boleh menjejes air liur tengok gambar makanan yang dorang letak .

Sebelum tu sila hadap muka gembira aku yang tengah terbayang macam - macam makanan masa otw nak ke sana .


Kitorang sampai agak awal actually hari tu . So belum apa - apa lagi aku dah pusing - pusing tengok makanan yang dorang tengah hidang . Aku malas nak story banyak , tengok jela gambar . Ini pun tak banyak sangat gambar sebab aku tengok akak aku dah snap , so aku suruh je dia whatsapp gambar - gambar tu kat aku . Pemalas gila kan ? Hoho

Makanan kat bahagian sini aku tak sempat nak merasa sangat sebab masa aku nak ambik tu dah habis . Dorang macam tak refill je . Upset kejap . Kak Pilla cakap dorang refill , iskkk !!








Steamboat ni banyak jugak aku ambik . Pastu tak habis . Iskkk , membazir . Nyesal rasa . Bulan puasa pun membazir . Huhu .




Secara jujurnya dia punya kuih muih tak menepati selera aku sangat . Tapi takpe la , memang aku bukan penggemar kuih tradisional sangat pun .








Yang ni aku suka . Aku ni memang penggemar buah . Rasanya memang aku banyak makan buah malam tu , sebab rasa buah kan fresh , natural , sejuk gitu ha .










Ramai betul yang beratur nak ambik aiskrim ni . Aiskrim ni makanan paling last aku makan .

Maaplah , tak banyak gambar . Ada lagi yang aku takde gambar . Gambar masa tengah masak - masak dan makan pun langsung tak snap . Biasalah aku ni kalau dah jumpa makanan , handphone memang aku campak tepi . Tak kisah la makanan tu sedap ke tak sedap ke . ABC ada , berkali - kali aku tambah . Kambing ada . Itu makanan abang ipar aku . Tapi dorang macam tak refill la kambing tu . Ikan bakar pun akak aku cakap ada . Tapi kejap je , lepastu takde dah . Sikit sangat . Lauk pauk dan nasi , bihun goreng , nasi goreng pun ada . Air pulak , macam tak variety sangat . Ada lebih kurang 4 jenis air tak silap . Kordial anggur , oren , sirap bandung , pastu apa ntah satu lagi . 

Ada banyak jugak la menu . Tapi rasanya dorang boleh improve lagi kot . Macam lauk pauk , memang aku takde snap gambar , dan aku tak makan pun sebab bagi aku tak banyak sangat pilihan lauk pauk . Ada yang jenis macam kari ke amenda ntah , pastu  asam pedas blablabla . Dia punya lauk pauk tu cara masak macam style mamak sket la . Aku tak try pun sebab bila tengok nampak macam lauk pauk kat mamak so memang bukan selera aku la . Aku banyak makan steamboat & grill je malam tu . Nasi tak makan pun . Kenyang dengan benda alah yang grill - grill tu je . Memang fevret dari dulu . 


Overall secara jujurnya okay lah . Walaupun macam upset sikit sebab apa yang terhidang di depan mata tak seperti yang di baca di internet . But still , kalau nak makan dengan kawan - kawan or family , aku suggest boleh la ke sini . Mungkin time aku pergi tu salah timing kot , salah hari . Susunan meja pun macam terlalu padat sebab bulan puasa kan . Ramai yang datang .



Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…