Skip to main content

Promosi Tiket Islamic Conference Rashidun Caliph 2014.


Hai korang pembaca sekalian *bajet macam ramai sangat je readers kan , haha* . Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya kat korang semua . Maaf sesangat lama menyepi tak update blog , kat kampung tu mana la ada internet sangat . Nak kena pergi pekan kalau nak cari line internet haa . So sepanjang kat kampung haritu memang ntah kat mana ntah aku campak fon aku . Haha . Camne raya ? Aku punya raya tahun ni memang busy dan penat sikit sebab duk tolong - tolong untuk majlis kawen abang aku haritu . Takde rehat tido pun tak cukup, isk ! Nasib baik jiwa kental , mata kental tau . Ewahh , kental la sangat kan . Demam la jugak haritu . Haha .

Okei , entry ni belum nak cerita pasal raya or majlis kawen abang aku lagi sebab gambar masih tak transfer masuk laptop lagi . Next entry la okeyh . Hehe . Entry ni aku nak war - warkan berita baik untuk korang semua . Ingat lagi tak haritu aku ada buat entry pasal Islamic Conference yang akan berlangsung 30 Ogos nanti ? [ SINI ] . Haritu aku cakap harga tiket RM200 kan ? Haaa , ni ada berita baik ni . Bagi yang belum beli tiket lagi , korang boleh dapatkan tiket ke Rashidun Caliph Conference 2014 dengan harga promosi hanya RM100 . Nak beli boleh klik SINI



Dah tak lama pun lagi masa yang tinggal untuk Islamic Conference tu berlangsung . Lebih kurang 3 minggu je lagi . Bagi yang free tak buat apa - apa pada tarikh berkenaan , elok la kiranya korang join conference ni . Di bulan baik ni , boleh dapat ilmu lebih . Tak salah kan ? Banyak manfaat dan ilmu yang boleh kita dapat . InshaAllah , dekat conference ni nanti kita dapat leraikan segala persoalan yang bermain kat fikiran kita tentang Islam . Ajak kawan - kawan sekali . Kawan bukan Muslim pun boleh join .


Aku pun teringin jugak nak join , tapi aku macam tak available pulak pada tarikh tu . Cousin aku kawen 31 Ogos , so kemungkinan besar weekend tu aku balik Kelantan . Bukan rezeki agaknya . Tapi takpe , harap kawan - kawan yang join conference ni boleh bercerita serba sedikit , berkongsi ilmu yang diperoleh dari conference tu nanti .






Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…