Chili's - emilinda

Tuesday, August 26, 2014

Chili's


Korang pernah makan dekat restoran Chili's tak ? Aku selalu jugak terbaca bloggers duk review pasal restoran Chili's ni . Sedap katanya . Selalu kalau aku pergi lunch dekat KLCC , bila lalu dekat dengan restoran Chili's ni , aku perasan ramai gila orang . Siap panjang berbaris tunggu turn . Officemate aku Lin selalu la ajak aku try makan situ . Tapi sebab ramai sangat orang , ditambah pulak lunch hour kitorang hanya sejam , so tak berkesempatan . 

Hari tu lepas raya kitorang berpeluang la lunch kat situ . First time aku makan situ . Tak tahu nak order apa . Yela , tersalah order kang , tak sedap . Last - last aku order Crispy Honey - Chipotle Chicken Crispers . Time tu aku main hentam je order sebab semua nampak sedap di mata aku . Air aku order air apa ek haritu , lupa pulak . Tu la , peram lama sangat gambar tu baru nak buat entry . Camni la jadinya . Habis lupa .


Ini menu yang aku order . Okey , rupanya besar jugak portion makanan kat sini . Memang takkan larat aku nak habiskan sorang . Orang lain maybe boleh . Tapi aku ni perut kecik je , makan sikit dah kenyang . Bak kata ex - bf dulu , membazir bawak aku makan mahal - mahal , sebab aku makan tak habis . Ah , ape pasal boleh keluar pasal ex - bf pulak nih . 


Ini sup dia . Sedap . Aku suka rasa dia . Yang ni licin aku makan . Kalau sup Pizza Hut selalu aku tak pernah habis , tapi yang ni boleh habiskan sebab berganda sedapnya . 



Ini Lin punya menu . Aku lupa apa nama benda alah ni . Monterey Chicken namanya kalau tak silap aku . 

Overall aku rasa okay la . Takde la okay sangat - sangat . Maybe sebab aku tersalah order menu kot . Muahaha . Iye lah , aku ni bukan suka manis - manis , dah tu pergi order honey chicken pulak . Ape la tak pikir panjang aku ni . Lepas order baru nyesal . 



Macam best pulak buat entry pasal makanan . Jadi food blogger la Emi lepas ni . Hihi . Mana la tahu , selera jadi terbuka , pastu baru la bertambah sikit berat badan . . . kan ? Aku rasa sejak aku kawan dengan Lin ni , kerja aku asyik makan aje . Lin asyik ajak aku makan je ha . Dia lah jugak yang pengaruhi aku untuk kerap makan pretzel Auntie Anne's , sampai dah jadi penggemar Auntie Anne's dah aku ni . Asal lalu Auntie Anne's je dia ajak aku beli . Pelik jugak . Lately ni kalau aku habiskan satu pretzel Auntie Anne's tu , aku masih tak kenyang . This is so weird . Selalunya makan roti Gardenia yang kecik tu pun aku dah kenyang . Ishhh , perut dah makin besar agaknya .


3 comments:

siti zawiah said...

sedapnya..yummy2..

Nadratul Syazwana said...

Okay tengok pun terliur dah ni. Memang nampak sedap teringin nak pergi, Nad takpernah pergi T.T

JAWATAN KOSONG TERKINI said...

Hmmm sedapnye..tetiba rasa nak makan.