Skip to main content

Percubaan pertama buat chocolate cupcake.



Weekend hari tu tetiba rasa nak buat cupcakes . Buang tebiat sangat kan ? Tak pernah - pernah buat cupcakes , tetiba nak buat . Haha . Ini semua pengaruh kak Filla la ni . Baca entry dia pasal dia buat cupcake tu macam senang je . Terus rasa nak buat jugak . Hihi . So aku pun pi la cari barang - barang nak buat cupcake tu kat Bagus Sungai Besi . 

Resepinya sebijik sejibun aku tiru kak Filla punya resepi cuma aku ada tambah beberapa bahan ikut sukahati aku . Haha .Kebetulan adik bongsu aku ada kat sini haritu . So dengan dia , dengan kakak aku sekali join buat cupcake .Kalau yang kak Filla buat tu , cupcake Vanilla Chocolate . Tapi aku punya aku buat cupcake Chocolate je . Bahan - bahan lain semua sama , cuma aku ada tambah serbuk koko Van Houten 2 sudu , dan pepandai tambah coklat chip dalam cupcake tu . Hihi . Sukatan bahan semua aku main hentam je sebab kat rumah takde penimbang . Muahaha . Time nak buat baru ingat kat rumah tu takde penimbang . Tibai jela . Main sukat ikut cawan je .


 Pukul 250 gram buttercup dengan 250 gram / 1 cawan gula castor hingga kembang , then masukkan telur sebiji demi sebiji sebanyak 4 biji . Then masukkan 250 gram / 2 cawan tepung penaik sikit - sikit . Jangan masukkan sekaligus . Ini basic buat kek . Memang tak boleh masukkan sekaligus . Dulu zaman - zaman sekolah selalu tolong akak buat kek untuk raya . Dah lupa dah lama sangat tak buat .


Masukkan 1/4 cawan susu segar . Aku rasa 1/4 tu sikit sangat . Tak puashati , so aku masukkan 1/2 cawan . Haha . Sukahati kau je ye Emi . Then masukkan 2 sudu kecik essence vanilla . Eh , essence vanilla dengan vanilla flavor tu benda sama ke eh ? Aku beli Vanilla Flavor je . Seingat aku , essence vanilla yang kat rumah mak aku dia ada tulis "Essence Vanilla" . Tapi habis tawaf satu kedai , takde yang tulis camtu . So aku beli jela Vanilla Flavor . Sama je kan ? Hihi . 


Bila adunan tu dah nampak kembang dan ringan , aku masukkan chocolate flavor 3 sudu kecik . Time tu dan - dan akak aku cakap , " Eh , kat dapur ada serbuk koko Van Houten dengan coklat chip la . Jom kita masukkan dalam ni " . Okey , jom . Kitorang masukkan 3 sudu besar tak silap . Coklat chip pun masukkan jugak . Main masuk je . Hihi . 



Adunan dah siap , tiba masa untuk tuang dalam cup . Paling suka buat ni . Hehe . 


Aku tak pasti la saiz cup yang aku guna ni saiz apa . Adunan tadi tu dapat buat 18 biji cupcake .


Dah masukkan dalam cup tetiba rasanya macam coklat chip tadi tu sikit sangat pulak . So tabur sket atas cupcakes tu .


Macam kak Filla sarankan , aku panaskan oven dengan suhu 170c . Panaskan dalam 10 minit je sebab aku tak tahu nak panaskan lama mana . Then bakar cupcake tu dengan suhu 170c selama 30 minit . Yeke 30 minit ? Ada la terlebih sket kot masa sebab aku tak yakin cupcake tu dah masak . So aku tambah masa . 


Ini lah hasilnya . Korang jangan nak gelakkan rupa cupcake pertama aku okayhh . Rupa je tak cantik , tapi rasa dia sedap sangat - sangat tahu . Muahaha . Dari segi rasa tu bagi aku okay la . Ini first attempt okay . Sedap sangat dah ni bagi orang yang pertama kali buat cupcake . Kononnya aku nak buat topping coklat moist untuk cupcake aku ni . Tapi malas la pulak . Haha . 






Macam best lah pulak buat kek dan sewaktu dengannya ni . Hobi baru ni . Lepas ni nak try buat kek lain la pulak .




Sekian dari dapur Emi . Hingga ketemu lagi . Ewahhhh , perasan . Hahah .





Dari dapur Emi .




Comments

Liyana Lunia. said…
wahh comelnya cupcake cekelat dengan taburan chocolate chip tuuuu. teringin nak buat weekend nanti! wiwiwiw
Dilaella Ella said…
Nampak sedap cupcake tu, menjadi percubaan pertama kali :)
RaraFrhna. said…
Wahh.. Nampak sedap ni.. Teringin pulak nak buat cupcake lagi.. Hee :D
Anonymous said…
nak tanye chocolate flavor tu macam mane? x same ke dengan serbuk koko.

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…