Skip to main content

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger


Assalamualaikum . Lama menyepi tanpa entry , tuptup publish entry yang tajuknya kemain lagi gempak kan . Hehe . Maaflah , tersangat busy kebelakangan ni . Banyak kerja sangat kat ofis . Takde la lama sangat tak update entry kan , cuma tak sekerap dulu . Busy memanjang . Bos tak kasi can iols curi tulang update blog kat ofis haa . Kehkeh . Kalau ada update blog pun entry pendek je . Iskkk , takde life pulak rasanya sejak dah hilang status student ni . Entry raya hari tu pun tak siap - siap lagi . Masih dalam draft . Dah basi kot . Zzzzz ==' 

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Credit picture 

Busy tak busy , dah lama dah tertunggu - tunggu pihak Denaihati.com buat contest gempak ni . Dalam kesibukan kerja pun , aku curi jugak masa untuk karang entry ni sebab nak menang iPhone 5s sebijik ! Mana la tahu kan , kot - kot ada rezeki . Alhamdulillah kalau ada rezeki . Sesetengah orang akan fikir " Alah , mesti susah nak menang contest ni sebab ramai yang join . Takyah la join , buang masa ! " . Bagi aku sikap macam tu tak bagus . Belum cuba lagi dah mengalah . Negative thinking betol orang macam tu . Yela , kalau tak cuba memang takkan ada peluang untuk menang langsung . Kalau cuba dan tak menang , at least kita dah try kan . Kalau cuba dan menang , haaaa itu memang rezeki namanya . Allah nak bagi sedikit reward kat kita sebab kita berusaha . Selagi masih ada peluang tu , usaha aje la sehabis mungkin . Lagipun Allah suka hambaNya yang berusaha . Mana la tahu kan kalau dapat iPhone 5s sebijik , makin senang aku nak update blog . Tengah lunch break pun boleh publish entry secara express melalui iPhone . Phone yang aku guna sekarang ni pun aku dah install aplikasi Blogger , tapi phone ni dah macam uzur sangat dah . Selalu buat hal . Nak update blog pun boleh hilang mood kalau dah slow sangat . I is upset , iskkk ! *Tak payah nak upset sangat lah!* . Ada terfikir nak beli phone baru , tapi sekarang ni macam - macam model phone yang timbul so aku dah tak tahu nak beli yang mana . Terus tak beli sampai sekarang . Nak beli iPhone mana la aku mampu , tak pepasal makan pasir je ha tetiap hari .

Hadiah contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati
Credit picture

Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com ni terbuka kepada semua rakan blogger nusantara dan 3 orang blogger yang mempunyai kesungguhan yang luar biasa untuk menang akan dipilih untuk memenangi satu unit iPhone 5s setiap seorang . Hadiah gempak , usaha untuk menang pun haruslah gempak jugak . Tak gitu ? Bukan senang tahu nak dapatkan iPhone 5s ni secara percuma dari pihak Denaihati.Com dan rakan penaja yang lain . Menurut pihak Denaihati , cabaran iPhone 5s ni akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugasan selesai . So bloggers yang memang nak menang contest ni mestilah sentiasa alert . Nampak susah ke cabarannya ? Takdelah susah sangat kalau nak banding dengan nilai iPhone 5s tu , kan ?

Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s :
  1. Tulis satu entry bertajuk "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger".
  2. Kandungan entry adalah BEBAS tetapi mestilah KREATIF dan jangan lupa masukkan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati .
    • Entry tak boleh kurang dari 300 patah perkataan .
    • Senaraikan semua blog penaja berserta backlinks . 
  3. Tarikh tutup Cabaran iPhone 5s peringkat pertama adalah pada 11.59 pm , 24/08/2014 . So jangan lupa nak publish pulak ye . Jangan lengah - lengah , masih ada masa ni .
  4. Peserta wajib letak sekurang - kurangnya satu banner Denaihati kat blog peserta , tak kisah la kat side bar or kat mana pun . Boleh dapatkan banner Denaihati kat SINI .
  5. Lepas dah publish entry , submit link entry kat SINI .

Walaupun belum tentu menang , tapi terlebih dahulu nak berterima kasih kepada 22 rakan blogger yang bermurah hati sudi menaja contest ni . Moga dimurahkan rezeki kalian semua . 22 rakan blogger yang menaja Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati :

Akhir kata , good luck untuk diri sendiri dan rakan blogger lain . 


P/s : Last week aku ada cakap kat kakak dan abang ipar aku bahawasanya aku nak kumpul duit beli iPhone sebab phone aku ni dah selalu sangat buat hal . Petangnya lepas balik dari open house , aku cari phone aku serata rumah tapi takde . Merajuk agaknya phone aku tu sebab aku cakap nak beli iPhone . Cari punya cari , rupanya tercicir dalam kereta . Iskkk , nasib baik ada . Lepas kes tu , abang ipar dan kakak aku selalu jadikan isu "beli iPhone" untuk bahan / kenakan aku . Iskkk , kalau menang contest ni bolehlah riak  kejap dengan dorang . EH , haha . Belum apa - apa lagi dah berangan kau ye Emi . Hihi . Just kidding . Tak baik riak - riak ni tau .


Comments

Nadzirah Azeni said…
Alang alang tunggu iphone 6 je la Mi. Nak keluar dah tak lama lagi. Hihi
@nadzirah azeni memang la..tp ini kan contest. klu blh dpt free, iPhone 4 pun aku terima je. Hihi :D
fyna said…
good luck!! ^_^
UpProfits said…
Bukan saja blogger .. iphone 5S menjadi impian semua .. Good Luck! ;-)
Denaihati said…
billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
Famili Ceria said…

saya baru join kontes ni sebentar tadi..sama-sama kita menuju ke puncak kemenangan kontes iPhone 5s agar realiti iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger menjadi kenyataan..
L-mi Redzz said…
perghh!! hebat la skrg guna iphone... alang2 tggu iphone 6 la mi, bln 9 ni klua..hik3~
@L-mi Redzz nampak benor kau baca tajuk entry je..kan?pastu komen..
hpmurah2u said…
cantik blog ni...smoga sukses dapatkan gajet impian iphone 5s tu...
Gudluck! Salam perkenalan dari Germany... jemput join giveaway saye kalau ade kelapangan ye... :D

HARRY POTTER GIVEAWAY BY JINDRISSKA
Laaaaa.. Ni ke entry yg Redja ngan Nad asyik bahan kat IG kau... Aku dok perati jek...
Scha Nazri said…
Good luckk awak! Moga ada rezeki yerr! Amin :)
Syaza Nazurah said…
good luck dlm kontes cbrn iphone 5s ni
kamil salleh said…
Salam kemerdekaan ke-57 buat anda. Semoga terpilih ke peringkat cabaran seterusnya. Good Luck....
Assalamualaikum.... semoga terpilih ke cabaran seterusnya.
aniza ghazali said…
Assalamualaikum.... salam merdeka buat anda. Entri anda amat menarik dan mantap. Semoga berjaya ke cabaran seterusnya. Sudi-sudilah berkunjung ke entri contest saya jugak ya......!
TQ...

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…