Nescafe Smoovlatte. - emilinda

Monday, August 25, 2014

Nescafe Smoovlatte.



Kalau sesape yang rapat dengan aku zaman universiti dulu , mesti tahu sangat bahawasanya aku ni penggemar tegar Nescafe . Especially roommates aku , mesti tahu . Everyday aku minum Nescafe 3 in 1 tu . Addicted okayy . Stok kat hostel memang sentiasa ada . Nyampah dengan diri sendiri bila ingat balik . Hantu kafein sangat . Haha  . Pastu sampai satu tahap kesihatan aku ni teruk sangat . Everyday sakit kepala teramat , nak buat kerja tak boleh . Lepas di kaji - kaji , aku yakin caffeine merupakan salah satu penyebab terbesar . So disebabkan that time aku dah mula concern pasal kesihatan diri ni , so aku ambik keputusan stop minum kafein . Memang aku stop terus . Langsung tak minum Nescafe atau Coffee . Kalau teh , dan milo tu ada la minum . Sebolehnya memang aku nak elakkan kafein . Dah hampir setahun aku stop minum Nescafe . Dalam tempoh tu jugak aku amalkan supplement untuk diri aku . Alhamdulillah . Tapi start lepas raya hari tu aku dah start balik minum kafein . Muahaha . Tak istiqamah betol . Tak tahan weyh everyday lalu kat pantry ofis , semerbak aje bau . Tapi tak sebanyak dulu la aku consume kafein . Takde la everyday minum kafein . Dalam seminggu tu ada la sekali dua minum kafein . Paling banyak pun 3 kali .


Haritu masa otw balik dari mana ntah lupa dah . Aku mintak abang ipar aku stop kejap dekat SpeedMart , nak beli telur sebab nak buat cupcakes [ First time try buat cupcakes uolss .. yang tu boleh baca kat SINI ] . Dah masuk dalam SpeedMart tu , rasa dahaga pulak tengok air bersusun dalam peti ais . Tinjau punya tinjau , aku ternampak satu air ni yang menarik sangat di mata aku . Nescafe Smoovlatte . Terus beli .



First time aku try Nescafe Smoovelatte ni . Sebelum ni tak perasan pulak air ni ada di jual kat kedai . Muehehe . Nampak sangat selama ni bukan aku yang turun beli air tiap kali singgah kedai . Sekali nampak , terus beli kauuu . Haha . Dah masuk dalam kereta aku terfikir , " Eh , Nescafe product Nestle kan ? Nestle sumbang kat Israel kan ? " . Alamakkkk !! Dah terbeli pulak . Ini masalahnya . Dah dahaga sangat main beli je tak sempat fikir . Takpe la , minum jela sebab dah beli .




Nyummmsss , sedap . Lebih sedap dari Nescafe lain . Seriously . Rasa kafein dia tak kuat sangat . Rasa lembut je . Memang sedap . Tapi botol dia kecik sangat . Sekali minum terus habis . Sebotol RM2.40 . Iskkkk , sekali teguk dah habis . 




Let's get caffeinated ,



No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.