Skip to main content

Tat Nenas Cheese Mama. Nyummsss !!



Dua hari lepas , aku ada order satu tart nenas ni . Aku tahu pasal tart nenas ni pun melalui kakak aku . So aku pun giat la duk mengoogle pasal tart nenas ni . Almaklum la aku ni memanh penggemar tegar tart nenas . Ramai orang cakap tart nenas ni memang best . Maybe ada antara korang pernah try kot tart nenas ni . Tat Nenas Mama . Dah famous rupanya Tat Nenas Mama ni . Bila google , banyak je review dan rupanya dah ramai agent tat nenas mama ni di seluruh Malaysia . So aku order satu balang tart nenas gulung , dan satu balang tart nenas cheese mama . Petang time balik kerja , aku singgah ambik tart nenas ni kat Masjid Jamek . Terkejar - tekar iols semata nak dapatkan tart nenas fevret . Hihi . 


Balik rumah terus makan . Ya Allah , sedap gila weyh . Rasa tak cukup satu balang tart nenas cheese tu . Yang tart nenas gulung tu aku belum rasa lagi . Habiskan yang tart nenas cheese tu dulu . Sekali makan , memang tak boleh stop ha . Tapi sebab fikir benda alah tu kalau makan banyak nanti cepat habis , terpaksa la stop . Berjimat cermat kata orang . Muahaha . 

Tart Nenas cheese dah nak habis . Next tart nenas gulung pulak . Hihi




Nyumsss !! Tart nenas cheese mama . Tinggal 5 biji ni je lagi . Sayangnya nak makan . Huhu . by the time aku publish entry ni , rasanya dah habis kot . Haha . Tak nyesal beli . InshaAllah hujung bulan ni nak beli lagi la .


Korang patut rasa tart nenas cheese mama ni . Seriously ni tart nenas paling sedap aku pernah rasa . Kalau korang nak try , jangan segan silu contact je Kak Atie Baharain , owner tart nenas cheese ni . Ada je agent dia merata , tapi aku PM facebook dia je haritu  cakap nak beli . Then dia mintak no phone aku , forward dekat agent dia . Tak sampai 5 minit , agent dia text aku . Bagus betul dorang ni .




Okbai , ada kerja nak kena buat ni .

Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…