Kerana Terpaksa Aku Relakan - emilinda

Sunday, June 29, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan


Korang layan tak drama TV3 petang - petang , Kerana Terpaksa Aku Relakan ? Aku memula takde la layan sangat . Tapi bila dah start tengok tu , rasa taknak skip satu episod pun . Actually kalau ikutkan , office hour aku habis pukul 6 so selalunya pukul 7 lebih baru sampai rumah . Memang tak sempat pun ank follow dari awal . So kebiasaannya aku akan tengok online bebila aku free . Sukalah gabungan Izreen Azminda dengan Amar Baharin tu . Seriously aku bukanlah peminat Amar Baharin pun dulu - dulu . Tapi lepas tengok cerita ni , TERminat pulak . Baru perasan , manis pulak bila dia senyum . *fangirl mode is ON* . Izreen Azminda pulak bagi aku dia tu memang antara artis yang agak hebat lakonan dia . Watak kelam kabut dia tu memang buat cerita tu lagi best . Tengok aje la masa dia bawak watak Melly dalam cerita Tentang Dhia dulu . Memang menjadi kot . Watak jahat menjadi , watak baik pun menjadi . Novel Kerana Terpaksa Aku Lepaskan memang aku tak pernah baca pun . Apa ke nama adik Zen tu , Tajul Fahin kan ? Eh menyampah pulak rasa . Now pun aku dah makin menyampah dengan watak ex tunang Indah tu . Tapi kalau scene Indah & Abang Zen , memang senyum sorang - sorang aku ha . Hahaha . Sweet sangat dorang ni . Aku pulak yang rasa excited terlebih . Baguslah , dorang berdua ni berjaya bawak watak dengan sangat baik . Kalau in real life si Izreen dengan Amar tu memang betul - betul bercinta pun nampak sepadan sangat .


Sama cantik sama padan



Disebabkan aku punya la suka sangat cerita ni , few days back masa pergi Alamanda aku terus rembat novel dia . Heheh . Lagipun guna baucer buku , so memang tak fikir panjang . Puas hati rasanya . But then aku terfikir , bila masa pulak aku free untuk baca novel ni ?





Uh maiiii . . sukanya itteww :P 




2 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.