favorite friday. - emilinda

Friday, May 16, 2014

favorite friday.



Hey uols ! Hari ni hari Jumaat . Suka tak suka tak ? Suka lettew . Sebab esok hari Sabtu . Haha aku ni baru beberapa hari kerja dah tak sabar tunggu hari minggu . Oh ye , first week kerja ni walaupun takde kerja sangat , but still aku macam penat gila . Balik rumah je penat terus tido . Biasalah , awal - awal kan . . tak biasa lagi . Nanti lama - lama okay la tu . Order bag dari customer ada dalam 5 beg yang pending . Haishhh . Weekend ni kena siapkan jugak . Tapi esok Sabtu nak keluar . Weheeee :D

Esok pepagi akak ajak pi Baby Expo kat Mid Valley . Then lepastu i'll straight away ambik train pergi KLCC , Nad ajak pergi Job Fair ke amenda ntah . Ahad ingat nak rileks kat rumah je . Kenapa la hai weekend hanya 2 hari . Sesungguhnya 2 hari sangat tak cukup untuk berehat .









Wahai kakak , bersabar lah . Tuhan menduga sebab Dia sayangkan kita . Kadang Allah beri musibah atau dugaan bersebab , ianya mungkin membuka jalan ke arah perkara yang lebih baik dalam hidup kita . Cekalkan hati , dan fikir positif . Bersangka baik dengan Tuhan . Hadapi semua dugaan dengan tabah , sesungguhnya kami sentiasa ada walau apa terjadi . 



Aku ni bukan jenis yang nak sweet - sweet sangat dengan family . Bukan jenis yang senang luahkan rasa sayang walaupun mereka adalah family . Segan mungkin ? Tapi dalam hati , tetap sayang tak terhingga . Saat sesuatu menimpa salah seorang dari mereka , sakitnya aku turut rasa , hati ni turut menangis . Saat ada yang menyakiti mereka , aku turut pedih dan marah . Kerana mereka semua kesayangan aku , yang takkan pernah benci aku , yang akan sentiasa ada andai satu dunia membenci aku kelak . Dan begitu juga aku . Akan sentiasa ada untuk mereka , inshaAllah .


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.