busier than ever. - emilinda

Wednesday, May 14, 2014

busier than ever.



Tak istiqamah betol la engkau ni Emi dalam mengupdate blog . Kesian blog ni terbiar . Yang last few entry pun buat auto publish . Kalau tak , memang takde pun entry tu . Lol . Busy sket la lately ni . Ingat orang bekerja je ke busy ? Orang berbisnes pun busy jugak tau . Sampai tak sempat nak tengok tv , tak sempat nak pi tengok wayang , tak sempat nak baca novel , tak sempat nak layan cerita korea , tak sempat nak jumpa kawan . Huuuaaaaa . . takde life betol . Hadap je pretzel dengan beg kanvas tu . Haha . Business Ephyra tak mengganggu sangat sebab just kena pos tetiap hari jela . Easy peasy ! Tapi yang bisnes pretzel tu penat . Ingat senang nak buat pretzel ? Sakit belakang , pinggang , kaki . The same goes to business hand painted bag , sakit belakang hoi terbongkok - bongkok lukis dekat beg . Sekali rezeki datang , banyak order yang masuk . Contohnya sekarang ni . Alhamdulillah . Tapi boleh cepat tua camni gayanya . Haha . 


Wahai blog , ketahuilah engkau bahawa lepasni memang kau akan lebih bersawang okey . Aku dah dapat kerja somewhere . So mungkin akan lebih busy . Honestly I like this job . Chewaahh , baru kerja beberapa hari dah cakap suka ! Kelass kau jah ! Takde la , scope kerja macam okei je , memang macam kerja yang aku nak . Alhamdulillah . Bos pun , macam okei . MACAM jela . Sebab baru keje kan , tak tahu la kot - kot lepas ni bos tu jadi garang tak bertempat . Harap - harap tak . So far macam ok . Salary tu okay la , tak boleh nak expect banyak sangat sebab fresh grad kan . Syukur jela apa adanya . Yang penting kita suka dengan keje tu . Tempoh probation 3 bulan . I'll do my best sebab dah malas nak cari kerja lain . Kalau boleh nak kerja kat situ je . Cuma satu hal je , penat time pergi dan balik . Berebut - rebut naik LRT . Nasib lah . Kata berdikari , kan ? Hadap lah engkau Emi . Sampai rumah je terbongkang kepenatana kesakitan kaki . Makanya pretzel ke mana , canvas beg pun ntah ke mana . 


Okei bye . Jangan kata aku update blog ni aku curi tulang time kerja tau . Entry ni auto publish . Ditaip semalam before tido .

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.