Blogger buat duit secara online ? Macam mana tu ? Setakat duk taip entry panjang - panjang pastu publish , boleh ke dapat duit ? Haaa . . . ramai yang masih belum tahu bahawasanya blogger memang boleh jana duit secara online . Ada yang dapat jana sikit sahaja , tapi ramai jugak yang dah dapat income ribu - ribu sebulan hasil dari blogging . Dulu masa aku belum mula blogging , aku memang langsung tak terlintas bahawasanya kita boleh buat duit dengan blogging . Selalu jugak tertanya - tanya , dorang ni memang takde keje ke sampai kadang - kadang update 5 - 10 entry dalam masa sehari . Tak perlu pergi kerja ke dorang ni ? Then bila aku dah start berjinak - jinak dengan dunia blogging ni , baru aku tahu blogging ni bukan hanya menulis semata . Bahkan ada blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama mereka .
Banyak sangat cara yang ada untuk kita jana duit secara online ni . Tinggal rajin dengan malas aje ha . Kalau rajin dan bersungguh - sungguh , inshaAllah boleh jana banyak duit . Tapi sebenarnya nak buat duit secara online ni bukan mudah . Hari ni buat blog , takdenya minggu depan terus dapat income ratus - ratus . Kena la sabar dan tahu teknik yang sebetulnya . Banyak cara yang boleh kita buat untuk jana duit secara online . Antaranya ialah :
1. Iklan dari syarikat Pengiklanan
Meletakkan banner iklan dari syarikat pengiklanan di blog merupakan antara cara yang selalu para blogger praktikkan dalam menjana wang secara online . Cara ini agak mudah tetapi juga memerlukan effort yang banyak dalam mempromosikan blog kita . Makin banyak traffic blog , makin banyak income yang kita boleh dapat daripada syarikat pengiklanan . Terdapat beberapa syarikat pengiklanan yang ada seperti Nuffnang , Komli , Geniee , AdSense , 8Share , ChurpChurp , dan banyak lagi . Setakat ini aku hanya pernah letak iklan Nuffnang , 8Share , dan ChurpChurp sahaja . Alhamdulillah , walaupun income yang aku dapat dari syarikat pengiklanan ni tak la sebanyak blogger - blogger otai , tapi tetap aku rasa syukur sangat .
2. Advertorial / Review / Entry Berbayar
Haaa . . yang ni kira untung la kalau blogger yang buat banyak advertorial / entry berbayar . Kira macam kita tolong promote business / event / product , then sebagai ganjaran setiap entry yang kita buat tu akan dibayar . Tapi biasanya untuk dapatkan advertorial atau entry berbayar ni , traffic sesebuah blog tu mestilah sentiasa tinggi . Kalau traffic rendah memang susah nak dapat . Kiranya untung la mana - mana blogger yang famous dan berpengaruh , memang akan lebih mudah dapat entry berbayar ni . Macam aku ni blogger suam - suam kuku je . Part time blogger kata kan . Nak update blog pun curi - curi masa terluang . Setakat ni aku baru je buat dua entry berbayar iaitu Conference Rashidun Caliph 2014 dengan Treasure Hunt Ephyra .
3. Sewa tapak iklan
Cara yang ni lebih kurang dengan iklan dari syarikat pengiklanan . Tapi banner iklan yang kita guna tu adalah banner iklan dari pihak yang nak menyewa tapak iklan dalam blog kita . Selalunya orang sewa tapak iklan ni sebab nak promosikan business atau blog masing - masing . Harga sewa tapak iklan ni selalunya bayaran dikenakan secara bulanan dan harga adalah bergantung kepada nilai blog itu sendiri . Kalau blog tu ramai follower , dan traffic memang tinggi maka pemilik blog tu mungkin kenakan harga lebih sikit berbanding blog lain . Aku pun ada ruangan sewa tapak iklan ni kat blog aku . Tapi EH , iklan aku sendiri je yang ada kat situ . Kihkih . Almaklum la , traffic blog aku bukan tinggi mana pun . Aku letak iklan pasal Ephyra , Zara Pretzel , dan Hand painted tote bag . Tapi alhamdulillah , walaupun traffic blog aku tak la havoc sangat , ada ramai jugak customer yang contact aku cakap nak beli Ephyra , nak tempah beg , nak tempah pretzel . Bila duk borak - borak dalam Whatsapp , dorang cakap dorang tahu pasal bisnes aku tu melalui iklan kat bahagian atas blog aku . Alhamdulillah .
4. Program Affiliate
Secara jujurnya aku sendiri kurang arif tentang program affiliate ni . Aku selalu jugak terbaca pasal program affiliate ni dari blog rakan - rakan blogger . Tapi aku sendiri tak pernah cuba . Program affiliate ni lebih kurang macam kita promote sesuatu barang / produk , and then apabila ada orang yang beli produk tersebut melalui link kita , kita akan dapat komisyen hasil dari jualan produk tersebut . Haaa . . bunyinya mudah kan ? Tapi kena tahu teknik penulisan yang betol jugak so that boleh menarik minat pembaca untuk membeli produk tersebut .
5. Berniaga
Jangan tak tahu , blog jugak boleh dijadikan satu medium untuk mempromosikan perniagaan kita . Bagi aku , seorang individu yang berbisnes dan dalam masa sama juga merupakan seorang blogger adalah satu bonus . Mana tak nya , boleh la promote bisnes kat blog . Kalau follower blog kita ramai dan traffic memang tinggi , inshaAllah makin ramai la yang tahu pasal bisnes kita . Tak perlu susah - susah bayar blogger lain untuk promote bisnes kita . Tapi kalau nak blogger lain tolong promote jugak pun boleh . Macam aku sendiri , aku ada buat bisnes pretzel dan bisnes hand painted tote bag . Dalam masa sama aku jugak merupakan dealer Ephyra yang berdaftar . Selain post dekat entry , aku jugak letak banner bisnes aku ni kat side bar blog dan jugak dekat bahagian tapak iklan blog .
Kat bawah ni antara contoh entry yang aku buat untuk promosikan bisnes aku :
6. Join Contest / Giveaway
Rezeki bukan saja dalam bentuk wang ringgit , kan ? Hadiah yang kita terima bila menang contest jugak merupakan rezeki . Sesetengah contest menawarkan hadiah wang tunai , sesetengah pula menawarkan hadiah barangan / produk . Aku selalu jugak cuba nasib join contest / giveaway dekat blog dan pernah menang beberapa kali . Bukan dekat blog aje kita boleh join contest , tapi jugak boleh join melalui Instagram dan Facebook . Antara contest yang pernah aku menang :
Sekarang ni pun aku tengah dalam proses join satu contest anjuran Denaihati yang menawarkan hadiah iPhone dan jugak wang tunai iaitu Cabaran iPhone 5s . Dah sampai peringkat terakhir dah pun . harap - harap boleh menang .
Konklusinya , memang banyak cara yang kita boleh gunakan untuk jana income secara online . Macam aku cakap tadi , tinggal rajin dengan malas je . Kalau usaha tu banyak , inshaAllah banyak la hasilnya jugak . Takde benda yang free kat dunia ni weyh . Even orang cakap nak kasi benda free kat kita pun , sure kena ada effort dari kita jugak untuk dapatkan benda yang dikatakan free tu . Sama la jugak konsepnya nak buat duit secara online . Kalau ada usaha , ada la hasilnya .
Doakan moga aku menang contest Cabaran iPhone 5s ni . Ada 5 iPhone untuk dimenangi . Kalau tak jadi pemenang pertama , jadi pemenang ke 4 - 5 pun dah syukur yang amat . Iskkk .
Penaja Utama :
Penaja Individu :
- http://www.ombakcreatives.com
- http://ejamothman.com
- http://www.eridy.com
- http://www.hilalazmi.com
- http://www.eizil.com
- http://www.asamboi.my
- http://www.diarymama.com
- http://pendekarberkuda.org
- http://www.saji.my
- http://www.abangensem.com
- http://www.enveeus.com
- http://www.pakarniaga.com
- http://anarm.net
- http://www.daddydee.net
- http://www.sunshinekelly.com
- http://sweetkurma.com
- http://awn.my
- http://mawarmerah2008.com
- http://www.blogieta.com
- http://www.broframestone.com
- http://www.akmaomar.com
- http://khairilmazri.com
- http://wowberita.org
- Japan Budget Trip


















