emilinda

Friday, February 14, 2014

Kafein dan Ephyra

February 14, 2014 1
Kafein dan Ephyra

Photo: BETULKAH KOPI DAN EPHYRA YANG KAYA DENGAN VITAMIN & ZAT MINERAL, TIDAK BOLEH BERSATU?
Jika diambil bersama, lebih merugikan?

<<<< No dan Yes. >>>>
 
Ada 2 jawapan.
 
Sebenarnya, kafein di dalam kopi ini bukan sahaja boleh merosakkan kandungan vitamin & mineral dalam badan. Tapi boleh merosakkan semua kandungan vitamin yang lain, dalam badan. 
Kafein boleh mengurangkan penyerapan segala bahan penting yg diperlukan badan. 
BOLEH BACA SINI ---> 

http://health-wellness-nature.blogspot.com/2012/08/kesan-kafein-keatas-penyerapan-vitamin.html?m=1
 
Tapi, ia tidak bermakna anda tidak boleh ambil langsung..
Adakah kerana kita takut sakit gigi, kita tak boleh ambil lansung gula?
Adakah kerana takut kena kencing manis, kita tak boleh minum lansung benda manis selama hidup?
Adakah kerana takut kena penyakit darah tinggi, kita elakkan diri kita dari mengambil garam?
Adakah kerana kita takut gemuk,kita melarang diri kita amik sebarang karbo dan nasik?
Adakah kerana bimbang lemak penuh dalam badan, kita tak makan daging? 
 
Sedangkan, semua bahan-bahan itu adalah SANGAT PENTING untuk kesejahteraan tubuh badan kita.
Kesimpulannya, kita boleh makan apa saja cuma kita perlulah tahu beberapa perkara... iaitu:
 
Bagaimana nak makan?
Bila nak makan?
Kenapa nak kena makan?
 
Jadi bila kita tahu semua tu , kita akan jadi lebih waras ketika makan apa saja pun. 
Sementelah kopi ini sifatnya ADDICTIVE, ianya akan membuatkan kita sentiasa 'bergantung' kat kopi bila-bila pun. 

Sementelah itu, bagaimana pulak nak minum kopi tapi tak efek vitamin c dalam badan & x ganggu proses penyerapan EPHYRA secara maksimum dalam badan kita?

Haaa.. Jangan risau semua yang gemarkan kopi. 
Ada caranya. 
Antaranya:
✔️Jarakkan pengambilan kopi dan Ephyra. Amik kopi dulu then lepas 5 jam amik Ephyra @ vitamin c.  Ataupun sebaliknya. 
✔️jika susah, anda boleh juga tukar waktu pengambilan Ephyra pada waktu malam sekiranya minum kopi pada waktu pagi. 
✔️Minum air masak super banyak. 3-4 litre sehari!! 
Jangan malas. PENTING!
✔️Kurangkan minum air manis sebab air manis memekatkan darah dan menyukarkan proses penguraian segala vitamin yg kita makan. 
✔️Jangan makan ubat sekali banyak. Ini memang tabiat ganjil sesetengah orang. Ikut arahan doktor. Doc kata makan 1 biji 2 kali sehari, maka ikut lah. Jangan makan 2 bijik sekali makan. 
✔️Jangan amik EPHYRA@vitamin bersama ubat. Perlu tahu, vitamin dan ubat adalah berbeza. Jarakkan pengambilan sekurang-kurangnya 2-4 jam.

Ini adalah sharing dari kami tentang tips untuk memastikan Ephyra lebih berkesan dan tidak membazirkan pelaburan anda. 
 
Ribuan pengguna kami telah pun merasai hasil bagus dengan Ephyra, dengan mengikuti cara-cara & langkah yang betul.
Jadi, ikutlah saranan kami ya. 
Selamat minum Ephyra semua!!

Call/ watsapp 0193999238 @ 0341417889

Mungkin ramai yang dah tahu , dan mungkin jugak ramai yang belum tahu bahawasanya minuman berkafein tak elok diambil bersama Ephyra . Apa maksudnya tu ? Haaa , kalau diikutkan kafein ni memang tak elok kepada semua orang . Tak kisah la orang tu ambik Ephyra ke tak , kafein memang tak elok untuk kesihatan .Bagi perempuan mengandung , kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan . Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi , kelahiran pramatang , dan mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan . Secara umumnya , kafein boleh mempengaruhi sistem jantung , pencernaan , sistem saraf dan sistem darah . Kafein yang mula memasuki tubuh badan akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari yang sepatutnya . Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh . Kerana itulah , ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok adalah sangat tinggi . Kesan pengambilan kafein terhadap sistem saraf boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar - ketar , pening kepala , loya , atau cemas sepanjang waktu .

Tak dinafikan , kafein bukanlah 100% memberi kesan negatif kepada kita . Kebanyakan produk kafein mengandungi antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser . Di samping itu juga , ia kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain . Namu begitu , janganlah pula diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan terjejasnya kesihatan . Oh ya , kafein ni bukan terdapat dalam kopi sahaja tau . Kafein turut terkandung dalam minuman bergas , teh dan coklat . Cuma dosnya sahaja yang berbeza . Seeloknya , pengambilan kafein ni diambil secara sederhana sahaja . Almaklum la , kafein ni sememangnya addictive . Sekali minum , nak berkali - kali .


Saya sendiri mempunyai sejarah tersendiri bersama kafein . Dari zaman sekolah hingga la ke zaman universiti saya  sememangnya penggemar Nescafe . Nescafe 3 in 1 tu memang sentiasa ada dalam simpanan . Dalam sehari confirm saya minum paling kurang 1 cawan nescafe . Macam saya , saya memang suka berjaga malam dan siapkan kerja atau ulangkaji waktu kawan - kawan lain tidur . Dah jadi habit . Orang lain tarik selimut nak tidur , saya baru bancuh Nescafe dan hadap laptop . Pendek kata saya ni memang kaki Nescafe la . Nak dijadikan cerita , masa saya berada di tahun akhir universiti , saya dah mula selalu sakit kepala . Kadang - kadang hampir setiap hari . Pada awalnya saya sangkakan faktor cuaca yang panas sangat . Tapi tak , masalah tu berlarutan hingga la saya habis belajar dan mula terlibat dengan latihan industri . Masih selalu sakit kepala . Saya tak pasti adakah migraine , hypertension atau masalah lain . Saya tak berani jumpa doktor . Almaklum , saya memang kalau boleh tak nak sangat jumpa doktor . Tak suka . So atas nasihat kawan , saya kurangkan pengambilan Nescafe . Alhamdulillah sakit kepala makin kurang .

Then sejak saya amalkan minum Ephyra , saya dah betul - betul stop minum kafein . Kenapa ? Kerana saya diberitahu bahawa kafein boleh mengganggu proses penyerapan khasiat Ephyra ke dalam badan saya . Ephyra ni bukan murah . So saya taknak la duit yang saya gunakan untuk beli Ephyra ni terbazir macam tu aje . That's why saya stop minum kafein . Alhamdulillah , sekarang saya dah tak sakit kepala lagi . Sungguh , saya sendiri tak perasan . Bila keluarga tanya samada saya masih selalu sakit kepala , baru saya perasan yang saya dah lama sangat tak sakit kepala . Dan saya tahu apa penyelesaian masalah sakit kepala saya tu . Ada dua sebab . Pertama , kerana saya dah tak minum kafein . Kedua , khasiat Ephyra . Kedua - dua faktor ni membantu saya hilangkan masalah sakit kepala saya tu . Padahal sekarang ni cuaca sangat panas terik . Kalau dulu , cuaca panas sikit saya dah mula sakit kepala . Sekarang ni memang tak sakit pun . Setiap hari saya keluar jalan kaki ke stesen LRT yang memakan masa 20 - 25 minit dari rumah saya , bertujuan pergi pos atau pergi COD Ephyra kepada customer . Tapi alhamdulillah , walau cuaca panas tahap rasa nak terbakar kulit ni , kepala saya tak sakit pun . Betullah orang cakap , kalau kita betul berusaha untuk sesuatu , kita akan dapat . Saya berusaha untuk sihat , so saya dapat apa yang saya nak . Dan saya takkan berhenti berusaha lagi :)


Bagi penggemar tegar kopi , jangan takut pulak nak consume Ephyra ni . Boleh . Bukan tak boleh langsung . Lagipun kafein ni ada jugak sedikit sebanyak kebaikan untuk kesihatan kita . Adakah kerana kita takut kencing manis , kita langsung tak minum benda manis sepanjang hidup ? Adakah sebab tak nak darah tinggi , kita langsung tak makan garam ? Tidak ! Kita ambik semua tu , tapi berpada - pada dan kena dengan caranya . Untuk kes Ephyra dan kopi ni , pengguna boleh minum kopi . Tapi elakkan minum terlalu banyak dan jarakkan waktu kita minum kopi dengan Ephyra ni . Contohnya kalau waktu pagi lepas Subuh sebelum breakfast kita minum Ephyra , tunggu la 5 - 6 jam lepas tu baru kita minum kopi . Tak pun , kalau kita ni memang dah habit setiap pagi wajib minum kopi , minum la Ephyra waktu malam before tidur . Tapi kalau nak kurang kan terus minum kafein macam saya ni pun , boleh jugak . Kalau sanggup la . Saya takde la tak minum langsung kopi / nescafe . Pergi rumah orang kalau orang hidang kopi takkan la saya mengada sangat nak mintak milo kot , kan ? Minum jugak . Cuma sangat - sangat jarang . Sekarang saya tengah latih diri saya untuk banyakkan minum air suam . Moga - moga berhasil :)


Oh ya , ini untuk catatan diri sendiri dan juga pengguna Ephyra diluar sana . Jangan ambil Ephyra atau sebarang vitamin bersama ubat - ubatan . Maksudnya . kalau kita dah minum Ephyra / vitamin , tunggu hingga 3 - 4 jam lepas tu baru makan ubat . Jangan terkeliru pulak ubat dengan vitamin . Ubat dengan vitamin tak sama tau ! 



Nak sihat , cantik dan bertenaga bersama Ephyra ? Boleh hubungi pihak Oceanlife terus atau boleh beli Ephyra dari saya , pengedar sah Ephyra untuk promosi harga Ephyra yang lebih menjimatkan .

sms / whatsapp saya di 0145259353





Sunday, February 9, 2014

New DIY project coming soon

February 09, 2014 6
New DIY project coming soon


Dah lama dah saya merancang untuk buat bisnes customized handpainted tote bag ni . Saya memang suka sangat buat apa - apa DIY project . Memang kena dengan jiwa la kata orang . Beberapa barang untuk painting memang dah lama beli . Tapi sebab sibuk dengan praktikal hari tu , so barang - barang tu tersimpan je kat bilik . Now saya rasa ada kelapangan waktu , so saya keluarkan barang - barang tu and start cuba - cuba lukis and warnakan kat plain white canvas tote bag . Try and error orang kata . Almaklum la , memang dah lama jugak saya tak melukis mewarna ni . Alhamdulillah , not bad la . I mean , takde la teruk sangat hasilnya . Bila polish sikit - sikit lagi , banyakkan melukis lagi , mesti akan bertambah baik . Ini salah satu benda yang memang saya nak sangat buat dari dulu . Bisnes customized tote bag . Kat bawah ni beberapa hasil tangan saya yang saya hasilkan semalam . Apa komen korang ? Ok tak ? Yang ni macam simple je saya buat . Yela , try je kan dulu . Masih dalam tempoh percubaan ni .

Instagram

Yang ni saya buat untuk anak sedara saya, Qaseh Izz Zara . Beg buat simpan mainan .



Actually yang saya buat ni saya guna canvas bag yang nipis sikit . Kalau nak buat bisnes memang kena guna yang lebih berkualiti la . Yang ni sebab nak try je kan . Sekarang saya tengah survey - survey canvas bag yang tebal dan berkualiti untuk bisnes tu nanti . Once saya dah jumpa yang sesuai , saya akan open order . Kalau uols ada tahu mana - mana online shop yang jual canvas ber berkualiti dengan harga reasonable , boleh la share dengan saya ye . Saya ada terfikir nak jual ombre canvas bag jugak . InshaAllah , doakan saya ye :)




Friday, February 7, 2014

cny break story.

February 07, 2014 2
cny break story.


Long time no update . Little bit busy with my new business , Ephyra . Ephyra ? What's that ? Okei , Ephyra tu adalah supplement untuk kecantikan dan kesihatan luar dan dalam . Both men and women can consume Ephyra . Next entry iols cerita pasal Ephyra tu k .   Entry ni nak story pasal Chinese New Year break haritu . Or kalau korang dah tak menahan nak tahu pasal Ephyra tu , boleh whatsapp me at 0145259353 . Sms pun boleh , but i preferred whatsapp la . Kredit tak berapa nak ada . iols dah jarang topup sejak sendirian ni . Top up untuk langgan data plan semata .

On our way back to hometown 

Okei , back to the main topic . Hari Rabu 29 January kitorang gerak balik Kelantan . Kitorang tu refer kepada me & my siblings yang sama - sama stay KL . Well , seriously saya paling suka kalau balik kampung beramai - ramai sekali dengan adik beradik . Terasa kemeriahan nak berkumpul beramai - ramai . Walaupun kitorang ni pure Malay & of course tak celebrate CNY ni , but still tetiap tahun kitorang memang ternanti saat ni . Chinese New Year mostly semua orang akan dapat cuti lebih kurang seminggu . Seminggu tu cuti am campur cuti yang di apply la . So time ni la kitorang satu family nak kumpul ramai - ramai . Macam CNY tahun ni , semua ahli keluarga balik kampung . Happening sangat . Rasa excited semua orang ada . Mostly my siblings kahwin dengan orang senegeri . So takde problem balik cuti kat kampung siapa . Kecuali my sis , Mama Izz Zara . Her husband is from Perak tapi cuti CNY kali ni dorang balik Kelantan , our hometown . 

Danish super excited dapat beg sekolah dan robot . Yang dekat mata dia tu macam kena infection sikit time tu . Lasak sangat .


Dah besar macam - macam ragam depa ni .

Macam tak caye pulak gambar ni langsung tak filter . Hihi sukaa


Lots of time we spent together at our home . Rumah dimana kami 9 beradik membesar . Makan masakan mak . * Rindu tetibe * . Main dengan anak sedara sekalian . Time ni la my mom & dad nak luang masa dengan cucu - cucu dorang . Nampak betapa happy diorang bila anak cucu pakat - pakat balik semua . Rumah jadi meriah . Time ni jugak la banyak kenduri sana - sini . Kesian mak . Tetiap hari ke sana - sini attend kenduri , sampai demam dibuatnya . Sayu je hati bila mak demam . Risau pun ada . Mak bukan selalu demam pun . Dia jenis yang tak boleh duk diam . Usia dah meningkat pun dia masih cergas buat itu ini . Macam jugak ayah . * ahhh , rindu *

bbq time


So few days before kitorang balik KL , kitorang semua plan pergi picnic kat Jeram Linang . Buat BBQ sama . Homaigodd , lama gila tak picnic beramai - ramai macam tu . Happy gila kot . Dah besar panjang pun tak segan silu terjun berendam kat air terjun . Weehooo  ! Tarik anak - anak sedara sekali , rendam dorang dalam air sampai terjerit - jerit kesejukan . Haha . Gambar tak banyak sangat sebab kalau dah berendam tu memang tak ingat nak ambik gambar dah . Haha . Ada la jugak gambar . Tapi mostly snap pakai camera kakak dan abang . Tak ambik pun lagi dengan dorang .

Bila dah sampai masa nak balik KL semula , sayu je hati . Berat sungguh hati ni . Ntah bila la boleh kumpul ramai - ramai macam ni lagi . Huuuu . Btw layankan jela gambar - gambar iols menggedik selfie dengan si Isya ni .






Dah besar dah Qaseh Izz Zara ni

Bangun - bangun je terus hadap mainan  Pastu kemain mintak tangkap gambar dengan hasil kekreatifan dia bina rumah mainan tu




Till we meet in next entry yawww !


Saturday, February 1, 2014

Susahnya nak cari kerja.

February 01, 2014 6
Susahnya nak cari kerja.


Dah sebulan dah menganggur lepas habis praktikal hari tu . Bosan . Belum dapat kerja . Tapi dalam pada menganggur tu takde la saya duk saja - saja goyang kaki je . Tetiap hari saya duk apply kerja sana - sini . Business Ephyra pun bukanlah hangat - hangat tahi ayam . Elok je berjalan tetiap hari ada je orang beli . Sometimes tolong jaga anak sedara . So takde la duk saja - saja pun . 


Rezeki masing - masing . Nak buat macam mana belum rezeki saya agaknya . Kawan - kawan ada yang dah kerja , ada yang sambung master , dan tak kurang juga yang masih menganggur . Ada . Pasti ada kerja nya nanti . Cuma belum masanya mungkin . 



Mostly kerja yang saya apply adalah kat KL . Tapi susah jugak . Saya takde transport , so nak cari kerja pun kena la dekat tempat yang berdekatan dengan kemudahan awam . Kat Kelantan pun ada jugak apply . Alhamdulillah la kalau saya dapat kerja kat Kelantan . Dekat dengan mak ayah . Actually planning saya memang nak kerja sekitar KL dulu awal - awal ni sebab senang sikit boleh pergi kerja dengan LRT . *beginilah nasib orang takde transport* . Dah kumpul duet , beli kereta nanti baru nak apply kerja kat Kelantan . But then haritu masa balik kampung sebab nenek meninggal tu , ada orang tanya saya tengah belajar kat mana *sedara mak tapi saya tak berapa kenal pulak* . Then mak saya cakap , " Dia dah habis belajar dah . Baru je habis . Tengah cari kerja . Kalau dapat kerja kat Kelantan pun bagus jugak . Alhamdulillah . Dekat sikit . Anak - anak yang lain semua jauh . " . Apa perasaan korang bila mak korang cakap macam tu ? Of course rasa agak tersentuh . Mak mengharap anak - anak dia tinggal dekat dengan dia . Anak - anak dah besar panjang mostly kerja luar kelantan . Mak ayah mesti bosan kat kampung , mesti rindu anak - anak . Sedih pulak bila fikir . Time kecik , ramai je anak . Riuh rendah rumah . Bila semua dah besar , dah kerja , sunyi je rumah . So saya decide kalau ada kerja kat Kelantan , memang saya akan apply . Macam yang mak harapkan , biarlah saya tinggal dekat dengan dia . Tapi tu la , tak banyak la kerja kat Kelantan . Harap - harap sangat lepas ni banyak peluang kerja kat Kelantan .






p / s : Doa kan saya cepat dapat kerja . Tak kisah di Kelantan ke , KL ke . At least biar segera dapat kerja , biar segera mak ayah dapat merasa duet gaji anak dia yang ni :)

Thursday, January 30, 2014

Ariana Rose

January 30, 2014 2
Ariana Rose



Siapa suka tengok Ariana Rose , angkat kakiiiii ! Hehe . Saja - saja je buat entry pasal Ariana Rose ni . Actually saya salah seorang peminat drama Ariana Rose . Cerita ni kan adaptasi novel The Wedding Breaker . Saya pernah baca novel ni lama dulu . So bila saya dapat tahu yang novel ni akan dijadikan drama , memang agak tak sabar la jugak menunggu . Yela , novel dia pun best . First thing that i do is google siapa watak utama cerita tu . Memula tahu yang Keith Foo jadi Tengku Adam Kamil , memang excited gila la . Haha . Saya memang minat kat Keith Foo tu , sejak dari cerita I Love You Mr Arrogant lagi . But then heroin dia Nur Fathia . Honestly saya bukan peminat Nur Fathia . Tapi takpe la kan , maybe dia memang boleh bawak watak tu dengan baik , siapa tahu .




Bila dah start tengok drama ni , saya rasa Nur Fathia memang sesuai dengan watak Ariana Rose . Cantik kot dia dalam cerita ni . Saya takde la sampai tahap tengok tetiap hari cerita ni . Ada jugak masanya saya terlepas , tak sempat tengok . So saya akan curi masa tengok online je . Yang pasti saya memang suka cerita ni . Keith Foo baru la sesuai watak playboy macam ni . Haha . Handsomenya dia , weeee :D . Tapi for me la , babak dia menangis macam nampak pelik sikit la . Macam tak sesuai bila dia menangis . Watak Ramzul pun not bad . Arja Lee kot , haruslah iols pun minat . Hehe . Watak yang Nabila Huda bawak tu takyah cerita la kan . Dia punya lakonan memang best . Ape ntah nama lelaki yang bawak watak Harith tu . Pun not bad . Amboi , ramai sungguh peminat Ariana Rose ni .



Tak sabar nak tunggu episod - episod seterusnya . Oh ya , apa ke nama perempuan yang pegang watak Sophie tu , cantik la dia . Muka dia nampak unik sikit . Haritu ada google pasal dia . Lupa plak nama dia apa . Tapi dia tu mixed , Japanese - Malay . No wonder la cantik . Oh ye , nama dia Syatilla Melvin kalau tak silap .



p / s : Rasa macam lama sungguh tak tengok Fasha Sandha berlakon . She's one of my fav actress . Dia pandai berlakon . Jadi jahat pun menjadi , jadi baik laaagi la menjadi .

Tuesday, January 28, 2014

PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BLOG KASIH ALEEYA

January 28, 2014 2
PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BLOG KASIH ALEEYA


Tak tahu macam mana nak mula entry ni . Baca tajuk macam gempak je kan ? Nak share pengalaman selepas guna produk . Berdebar iols tau ! Haha . Bila sebut pasal Ephyra ni , memang banyak sangat benda nak dicerita . Sampai tahap tak tahu nak mula cerita yang mana dulu . Sejak jadi pengguna Ephyra & alami sendiri keberkesanan Ephyra ni , saya memang pantang dengar orang cakap / tulis pasal Ephyra . Terus rasa eksaited semacam ha . Mula la sebok nak menyampuk cerita jugak pasal betapa in love nya saya ni dengan Ephyra . 

Favourite drink ever . I'm so into you Ephyra !


First saya try Ephyra , saya beli trial set . Boleh baca kat sini kalau nak tahu pasal tu . Then lepas dah habis 10 sachet tu , saya yang berstatus pelajar ni takde duet nak beli Ephyra . So pasrah dalam tak senang duduk . Yela , nak jugak consume Ephyra tu walaupun poket kosong . Haha . Almaklum la , time tu saya dah rasa kesan penggunaan trial set Ephyra tu . So bila dah habis , memang tak senang duduk duk fikir mana nak cari duet beli Ephyra . Sumpah eksaited gila time tu . Duk cerita kat kawan - kawan pasal Ephyra ni , dah macam duta Ephyra dah ha . Tapi takpe , time tu bukan saya sorang je yang tengah jatuh hati dengan Ephyra ni . Ada geng ha . Kakak saya Mama Izz Zara pun turut tergilakan produk ni . Di takdirkan satu hari tu saya menang satu kotak premium Ephyra sebab join contest kat blog kak Filla . Sumpah rasa nak melompat je time tu . Happy kot . Bagaikan orang takde duet tetibe duet jatuh dari langit ha . God , i'm so in love with Ephyra . Ephyra ni memang addictive sungguh lah ! Sehari tak minum Ephyra rasa tak senang duduk dibuatnya .


So saya sambung consume Ephyra ni . Sekarang dah habis dah pun sekotak yang dapat free tu . Dan  sekarang saya masih consume Ephyra . Kali ni korek tabung beli sendiri * tipu , bukan korek tabung tapi guna duet elaun praktikal haha * . Oh ye , selain kakak saya Mama Izz Zara , saya jugak dah berjaya pengaruhi kakak saya yang lagi sorang untuk consume Ephyra . Alhamdulillah , kami tiga beradik sangat happy dan berpuas hati dengan kebaikan yang Ephyra berikan kepada kami . Memandangkan kami memang berpuas hati dan yakin dengan Ephyra ni , so kitorang decide untuk jadi sebahagian dari pengedar Ephyra . Dah jadi dealer Ephyra dah pun kitorang . Happy gila dapat sebarkan benda baik kat orang ramai . Alhamdulillah sambutan pun menggalakkan memandangkan dah makin ramai orang yang sedar betapa hebatnya Ephyra ni . Kejap lagi kita story apa kebaikannya . Gambar kat bawah ni adalah gambar muka saya sebelum dan selepas saya consume Ephyra . Kedua - dua gambar adalah 100% naked face * even bedak pun tak pakai * . Penat tahu godek laptop cari gambar naked face yang ditangkap sebelum saya consume Ephyra . Nasib baik ada gambar yang ditangkap lepas raya Aidil Fitri hari tu . Time tu tak kenal Ephyra lagi . * ekceli malu gila kot nak tampal gambar muka togel - togel tak pakai pape kat sini . Tapi tampal jugak sebab eksaited sangat nak share kebaikan Ephyra ni . Tolong jangan gelak atau kutuk k *


Yang sebelum tu , gambar masa lepas raya Aidil Fitri hari tu . Yang selepas tu , gambar dua malam yang lepas . Both picture adalah  gambar tanpa sebarang mekap atau solekan . 

Okei , jom cerita pasal kesan yang saya alami sendiri setelah guna Ephyra . Saya tekankan sekali lagi , KESAN YANG SAYA ALAMI . Saya taknak cerita pasal orang lain sebab saya tak tahu kebenarannya betul ke dorang alami perubahan tu . Sekarang ni saya just nak cerita tentang kesan Ephyra pada diri saya je . Yang saya sendiri alami sekaligus buat saya yakin sangat - sangat dengan produk ni .

Tak mengantuk !
Ini kesan paling awal yang saya perasan . Seriously awal . Dalam hari kedua or ketiga camtu , saya perasan yang saya dah tak mengantuk lagi dah pepagi bila pegi ofis . Selalunya sampai ofis je , saya sambung lelap kejap 2 or 3 round sampai la agak - agak dah ramai staff yang datang baru saya bangun . * time ni saya tengah praktikal , now saya dah habis belajar * . Memang eksaited gila lah . Time tu saya rasa kagum pulak dengan diri sendiri . Dengan bangganya balik rumah cerita kat kakak "Eh , kebelakangan ni aku dah tak tido kat ofis . Bertenaga je setiap hari . Boleh jadi pekerja contoh , kan ? " - * baca dengan nada eksyen gila pastu kakak tak percaya , haha *

Kulit muka licin !
Yang ni pun saya dah pernah cerita kat entry INI . Muka saya memang takde masalah jerawat . Jarang sangat jerawat tumbuh . Syukur alhamdulillah . Cuma masalah kulit kusam , tona tak sekata dan kulit berminyak je . Minggu pertama consume Ephyra saya dah jadi perempuan - buang - tebiat - yang - suka - usap - pipi - sendiri - sambil - senyum - senyum . Haha . Almaklum la , sape tak suka bila kulit kita tetibe je jadi lembut & licin . Kan ? Double excited tau ! By the way dulu kulit muka saya selalu kering tau . Sekarang ni dah tak kering . Moist je walaupun kadang - kadang malas gila nak apply pelembap . Soal kulit berminyak dah tak timbul lagi . Kalau nak pergi mana - mana dan tak sempat nak pakai pape kat muka , langsung tak risau dah . Cuci muka je dah cukup . Sarung tudung , then keluar .  Lagi buat hati berbunga - bunga bila kakak kita puji ckp muka kita nampak makin kebaboom . Hikhik . Tak percaya sila tengok screen capture kat bawah . Payah tau kakak kita nak puji adik dia yang selalu clumsy ni . 

Excuse our Kelantan dialec ,  hihi

Kalau yang tadi gambar tanpa mekap , kita tengok pulak perbandingan gambar yang ada sedikit olesan bahan kimia [ bedak , lipstick , foundation , eyeliner , mascara ] . Nampak tak beza gambar sebelum dan selepas ? Berminyak gila kan gambar yang sebelum tu ? Rasa nak sorok muka dalam beg ! Oh ye , gambar - gambar ni tak di filter pun tau . Yang sebelum adalah gambar dalam bas . Yang selepas tu gambar dalam kereta . 



Melancarkan sistem pelawasan * alamak ! sistem pelawasan ke ? Orang panggil macam tu ea ? *
Yang ni ketara . Kalau tanya kawan - kawan rapat saya , tahu lah dorang betapa saya ni jarang pergi toilet . Nak tidur malam pun jarang pergi toilet . Bangun pagi pun tak segera ke toilet . Kawan saya pernah berseloroh , " Eii tak normal lah kau ni Emi ! " .Tapi Alhamdulillah , kebelakangan ni saya dah normal macam orang lain . Hihi . Dah macam terlebih kerap pulak dah rasanya ke toilet . Kejap - kejap nak ke toilet . Bangun tidur je gegas - gegas cari toilet . * Baru lah terasa lebih manusia , haha * . Tapi jadi masalah bila ofis tempat saya praktikal hari tu toiletnya selalu rosak . Haha =='


Selera makan lebih teratur
Honestly kalau sesape kenal saya , memang tahu la yang saya ni selera makan kurang . Dari dulu memang macam tu . That's why berat badan saya tak pernah ok . Nak tahu berat badan saya berapa ? Di usia saya 23 tahun ni , range berat badan saya adalah 37 - 39 kg sahaja . Memang saya underweight . Duk turun naik macam tu je . Kalau tak 38 kg , 37 kg . Pernah la sekali naik jadi 40 kg . Tapi kejap je . Next week nya saya pergi timbang dah turun jadi 39 kg balik . Alkisahnya masa cuti tahun baru hari tu saya keluar dengan adik beradik saya . Jumpa penimbang kat mall , saya timbang . Terkejut gila ! Berat saya 42.6 kg ! Homaigoodd ! Rasa nak teriak kuat - kuat happy nya rasa . Terus update kat instagram . Hihi . Kakak saya [ mama Izz Zara ] cakap , dia memang perasan lately ni saya kuat makan * saya tinggal dengan dia * . Asyik nak makan aje . Kejap - kejap makan . Bila dia cakap macam tu baru saya perasan memang saya asyik rasa lapar je lately ni . Berat badan sekarang tak pasti sebab tak pegi timbang lagi . Rupa - rupanya Ephyra ni boleh stabilkan selera makan & juga berat badan secara perlahan - lahan .



Mengurangkan sakit badan , otot & sendi 
Biasanya saya ni kalau keluar jalan - jalan atau angkat barang berat , memang waktu malamnya saya akan rasa sakit badan . Especially bahagian betis , lengan dan bahu . Kalau jalan lama sikit , malam nya memang betis ni rasa berketul aje sakitnya . Mula la tak larat . Nak - nak lagi kalau keluar jalan - jalan tu pakai heels atau wedges . Memang sakit la kan . Tak sangka sungguh . Bila minum Ephyra ni , betis saya tak rasa sakit sangat walaupun seharian jalan pakai wedges . Ada la rasa sakit sikit , tapi tak teruk macam selalu . Ya Tuhan , ini bagus . Bagus sebab nanti boleh la selalu keluar jalan - jalan habiskan duet sebab betis dah tak sakit . Hihi *tumbuh tanduk * :D


Migraine / hypertension / sakit kepala
Saya tak sure la saya ni ada migraine ke tak . Tapi yang saya tahu saya selalu sakit kepala . Dan keadaan ni makin menjadi - jadi bila saya berada di tahun akhir dekat universiti . Almaklum , stress denagn projek tahun akhir . Then bila saya start praktikal , keadaan ni bertambah teruk . Boleh katakan tetiap hari saya akan start sakit kepala bila dah dekat zohor . Yela , pening menghadap coding sepanjang hari * dilemma budak IT * . Cakap kat kawan , dia cakap maybe hypertension kot . Saya tak pergi jumpa doktor sebab busy sangat * padahal takut * . Then tak lama lepas tu saya start minum Ephyra . Dan sekarang bila saya ingat balik , baru saya perasan yang sejak minum Ephyra ni saya dah jarang teramat sakit kepala . Kalau ada sakit kepala pun sebab saya terlebih tidur je . Haha .



Lepas ni i'm looking forward untuk kesan - kesan lain seperti : 
- hilangkan parut . Bukan kat muka . Tapi parut kat tangan dan kaki . Parut dari zaman kecik . Masih belum hilang . Harap sangat bila dah lama minum Ephyra ni , parut tu akan hilang nanti . 
- Senggugut . Yang ni belum berkesan lagi pada saya . Mungkin perlu lebih lama consume Ephyra , baru ada kesan ni pada saya . 
- Kurangkan rabun & silau mata saya . Saya tak suka pakai spek . Tak suka . tapi power silau dah terlampau banyak . Hope Ephyra boleh bagi kesan ni satu hari nanti .
- Eye bags . Ya Tuhan , saya tahu saya minum la produk apa pun , eye bags saya takkan hilang selagi saya tak betulkan waktu tidur saya . Haha . Saya suka berjaga malam . So eye bag selalu bertandang . Walaupun saya tahu yang saya kena betulkan waktu tidur saya dulu kalau nak hilangkan eye bag , but still saya harap Ephyra boleh beri keajaiban terhadap mata saya ni . Haha . I wish i wish i wish !



Panjangnya kan entry ni ? Haha . Last but not least saya nak share satu video ni . Anak sedara saya [ anak Mama Izz Zara ] ni suka sangat main dengan shaker Ephyra , kotak Ephyra , mahupun sachet Ephyra . Ya Allah , memang berebut dengan dia tiap kali saya nak minum Ephyra . Tak bagi kang menangis . Bila dah bagi , dia memang tak kasi kat kita balik dah . Dua benda yang dia akan tuju tiap kali merangkak masuk bilik saya iaitu kotak Ephyra dan beg mekap saya . Haha .Tapi Ephyra lagi menarik perhatian dia berbanding beg mekap . Enjoy this video ! :D


Nampak tak ? Pantang nampak shaker Ephyra , laju je dia hulur tangan nak ambik .





Berminat nak cuba Ephyra ? Boleh sms / whatsapp saya kat 0145259353 untuk promosi harga menarik atau boleh terus contact pihak Oceanlife :

Email : oceanlife2u@gmail.com
Website : http://oceanlife2u.com/
Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u










p / s : Ya Tuhan , suka sangat dengan setiap perubahan yang berlaku ke atas diri . Alhamdulillah . Saya anggap ini semua sebagai bonus la ke atas diri saya . Yela , tujuan awalnya saya minum Ephyra adalah sebab nak atasi kelesuan & nak tambah tenaga supaya lebih cergas . Tengok - tengok banyak jugak hasil yang saya perolehi dari Ephyra ni . Syukur sangat - sangat . Bila sesuatu produk tu memang kita dapat arsa kesannya , secara tak langsungnya kita sendiri pun rasa seronok nak kongsikan dengan orang lain . Yela , biar sama - sama merasai manfaatnya .

Sunday, January 26, 2014

Jualan Coklat Beryl's Sempena Tahun Baru Cina.

January 26, 2014 7
Jualan Coklat Beryl's Sempena Tahun Baru Cina.


Semalam pergi kilang coklat Beryl's kat Seri Kembangan . Ada jualan coklat sempena CNY . Dari hari tu lagi teringin nak pergi . Tapi baru berkesempatan . Pergi dengan kakak - kakak , abang ipar , dan anak sedara . Motif utama nak beli coklat tiramisu white choc , malangnya yang tu dah habis time tu . Ada yang dark choc dan milk choc je . Coklat lain banyak la jugak . Semua best - best . Tak tahu nak pilih yang mana satu ha . Harga ? Not bad la . Ada yang dijual jauh lebih murah berbanding harga biasa , ada yang takde la murah sangat . Biasa lah tu . Okei , layan jela gambar - gambar ni .









Masa pilih coklat tu rasa nak je ambik semua . Malangnya kena la sedar diri . Dah la menganggur , ada hati nak beli banyak - banyak . Ini pun dah banyak . Huuuuu


 Yang ni murah je . Singgit lebih je satu .

Actually ni la Tiramisu . Tapi yang ni dia letak dalam plastik cerah je sebab yang ni ada defect . Bukan defect apa sangat pun . Defect dari segi bentuk je . Tak betul - betul bulat , ada yang terlebih lonjong . Tapi sama je . Yang ni murah sikit .

Yang ni sedap . Coklat putih dengan strawberry .

Yang ni RM5 je satu plastik . Sedappp !

Yang ni macam cookies kot . My sis beli untuk Qaseh .

Camior . Yummmyyy



Kalau korang nak pergi , sempat lagi . Jualan ni sehingga 29 January 2014 . Sempat lagi . Kat Seri Kembangan .

Saturday, January 25, 2014

Beli Ephyra yang awesome dengan harga yang awesome jugak!

January 25, 2014 2
Beli Ephyra yang awesome dengan harga yang awesome jugak!


Entry kali ni saya tak nak bebel panjang sangat la . Just nak bagitahu yang saya dah pun jadi dealer Ephyra . Ewaahhhh , kelass kau Jahhh . Penganggur pun boleh buat bisnes Ephyra gitu ha . Haha . Sugardaddy yang keluar modal ! *Okei mengarut , sila jangan percaya bhahaha * . Nak meniaga Ephyra memang la memerlukan modal yang agak tinggi *bukan agak tinggi , tapi memang tinggi * , tapi takpe , demi kecintaan yang mendalam  terhadap Ephyra *tak payah nak over sangat emi oii * , saya usahakan juga . Okei , serious talk ! Memang saya dah mula jual Ephyra sekarang . Almaklum , menganggur kan . So kena la pandai - pandai meniaga cari duet kalau takmo makan pasir . Kalau uols nak beli , boleh beli dengan saya . Saya jual murah punya . Takmo la jual mahal - mahal , orang Malaysia ni bukan kaya - kaya pun . Makan kangkung je tetiap hari *kecuali pak menteri sekalian :P *



Harga promosi Ephyra yang saya tawarkan :



Bagi pelanggan setia yang sentiasa repeat order dengan saya , ada good news . Anda layak dapat harga yang extremely murah untuk kotak ke 11 . Maksudnya , korang jadi regular customer dan sentiasa beli dengan saya . Cukup 10 kotak belian terkumpul korang , korang dah layak dapat harga super special untuk kotak ke 11 sahaja . Nak tahu seberapa murah ? Sila contact saya .


Nak order atau ada sebarang pertanyaan , boleh sms / call / whatsapp saya kat 0145259353 . Oh ya , kalau nak COD pun boleh je , area Sg Besi , UPNM , Sentul sahaja . 


Oh ya , kalau nak beli dengan harga pasaran pun boleh , beli direct dari pihak Oceanlife sendiri . Klik SINI . Tapi kalau boleh dapat lagi murah , kenapa nak bayar lebih kan ? Benda sama je pun . Ephyra ni mana ada yang tiruan . Semua datangnya dari pihak Oceanlife jugak :)


Mari cantik dan sihat bersama Ephyra !

Bila hilang kemanusiaan.

January 25, 2014 1
Bila hilang kemanusiaan.


Sayu nya la hai rasa hati bila baca pasal kes pembunuhan bayi umur 2 tahun tu . Sedih sangat . Sekecil itu , dia belum faham apa - apa pun . Disakiti sampai macam tu , ke mana la perginya kemanusiaan . Sungguh , dunia makin kejam . Bayi secomel itu dibunuh kejam . Anak kan amanah dari Tuhan , rezeki yang Dia beri . Bukan sekali ni je kes bayi / kanak - kanak meninggal dibunuh . Makin menjadi - jadi pulak jenayah kejam kat Malaysia ni . Berbahagia lah wahai anak - anak kecil yang teraniaya sekalian . Sesungguhnya syurga tempat kalian . Saya sendiri walaupun masih bujang & belum punya anak , terasa sangat suka , bahagia , gembira bila ada kanak - kanak / baby disekitar . Setakat ni saya ada 6 orang anak saudara . Dari umur 10 bulan hingga la 7 tahun . Semuanya comel dimata saya , semuanya sangat polos . Saya sebagai mak sedara ni punya la sayang sangat kat anak - anak sedara , macam mana la pulak sayangnya mak ayah dorang tu kat anak - anak . Tak faham sungguh la saya dengan orang yang sanggup berkasar apatah lagi bunuh kanak - kanak / baby ni . Hati yang kusut serabut boleh jadi sejuk dan tenang saat pandang wajah baby & kanak - kanak yang sangat suci tu . Mereka didatangkan dari syurga , bersih dari sebarang dosa . Tak ada simpati langsung ke di hati si pembunuh tu ? Comel kan baby tu , semua baby pun comel . Takde perikemanusiaan sungguh . Emo sungguh la rasanya tiap kali ada kes pembunuhan baby / kanak - kanak ni . Apa nak jadilah dengan manusia sekarang . Kalau pun kita bukanlah orang yang baik sangat , at least tak payah la jadi jahat . Ya Allah , tak tahu la apa balasan yang setimpal dengan perbuatan si pelaku tu . Hukuman mati pun rasanya seolah tak cukup . Derita si kecik tu hingga ke nafas terakhir , bukan kita tahu .  Ya Allah , mintak jauh dari hal sebegini menimpa insan - insan terdekatku , insan - insan sekelilingku .



Hargai nyawa tak kira siapa orang tu . Semua orang berhak hidup di bumi Allah ni . Kita bukan Tuhan nak cabut nyawa orang :(

Wednesday, January 22, 2014

Kematian nenek.

January 22, 2014 2
Kematian nenek.


8 January saya balik kampung . Cadangnya stay kat kampung lebih kurang seminggu . So 14 January saya balik KL semula . Dah azan Maghrib baru sampai rumah . Rehat - rehat , check detail pemenang contest , dan buat entry . Tidur merehatkan badan . Tiba - tiba pagi tu sekitar jam 7 pagi , kakak sms cakap nenek [ kitorang panggil dia Mok ] hilang . Memula tu macam terpinga - pinga jugak . Eh , hilang ? Mok mana yang hilang ? But then fikir balik , memang ada sorang nenek je pun yang masih hidup . Lebih kurang setengah jam lepas tu , kakak call , cakap nenek dah takde . Terkejut . Tiba - tiba sangat . Belum pun sampai sebulan arwah Pak Da meninggal . Tapi tak banyak soal la sebab time tu tengah kalut layan kerenah Qaseh merengek * pagi tu kena jadi baby sitter Qaseh sebab baby sitter dia cuti * .

Kitorang * me and my few siblings yang stay KL * decide nak balik hari tu jugak . So kitorang balik sama - sama . Balik kampung lagi . Sedih jugak nenek dah takde . There's no more nenek or datuk . Fyi , sejak lahir saya kenal sorang datuk sorang nenek je . Parent's emak . Parent's ayah pulak dah lama meninggal . Sebelum kitorang lahir lagi . Even kakak sulung saya pun tak sempat kenal dorang rasanya . So memang sempat kenal datuk dan nenek sebelah mak aje la . Masa umur 8 tahun , datuk meninggal . Tinggal nenek je . And now she's gone , too . Terkilan jugak la sebab balik hari tu tak pergi jenguk dia pun . Moga baik - baik saja dia disana .