Skip to main content

New DIY project coming soon



Dah lama dah saya merancang untuk buat bisnes customized handpainted tote bag ni . Saya memang suka sangat buat apa - apa DIY project . Memang kena dengan jiwa la kata orang . Beberapa barang untuk painting memang dah lama beli . Tapi sebab sibuk dengan praktikal hari tu , so barang - barang tu tersimpan je kat bilik . Now saya rasa ada kelapangan waktu , so saya keluarkan barang - barang tu and start cuba - cuba lukis and warnakan kat plain white canvas tote bag . Try and error orang kata . Almaklum la , memang dah lama jugak saya tak melukis mewarna ni . Alhamdulillah , not bad la . I mean , takde la teruk sangat hasilnya . Bila polish sikit - sikit lagi , banyakkan melukis lagi , mesti akan bertambah baik . Ini salah satu benda yang memang saya nak sangat buat dari dulu . Bisnes customized tote bag . Kat bawah ni beberapa hasil tangan saya yang saya hasilkan semalam . Apa komen korang ? Ok tak ? Yang ni macam simple je saya buat . Yela , try je kan dulu . Masih dalam tempoh percubaan ni .

Instagram

Yang ni saya buat untuk anak sedara saya, Qaseh Izz Zara . Beg buat simpan mainan .



Actually yang saya buat ni saya guna canvas bag yang nipis sikit . Kalau nak buat bisnes memang kena guna yang lebih berkualiti la . Yang ni sebab nak try je kan . Sekarang saya tengah survey - survey canvas bag yang tebal dan berkualiti untuk bisnes tu nanti . Once saya dah jumpa yang sesuai , saya akan open order . Kalau uols ada tahu mana - mana online shop yang jual canvas ber berkualiti dengan harga reasonable , boleh la share dengan saya ye . Saya ada terfikir nak jual ombre canvas bag jugak . InshaAllah , doakan saya ye :)




Comments

Eyma su said…
cantik..nnnti boleh buatkn kita beg jugak =D
ezyra daniel said…
wahh kreatif nye..semoga akan berjaya projek awak nie hehe
Shira Nur said…
Nak tempah 15 :) huhu
~emi~ said…
@Eyma su Sure..boleh aje :)

@ezyra daniel : Tq awak :)

@Shira Nur : Sure2 blh aje..nanti contact kita k :)
Nadd said…
cantik nyaa :) buat kan kite punye bolehh ? heee
Ar Eirza Japar said…
cantik yg insta tu...leh ke DIY gambar org? ehehhe

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…