Skip to main content

Susahnya nak cari kerja.



Dah sebulan dah menganggur lepas habis praktikal hari tu . Bosan . Belum dapat kerja . Tapi dalam pada menganggur tu takde la saya duk saja - saja goyang kaki je . Tetiap hari saya duk apply kerja sana - sini . Business Ephyra pun bukanlah hangat - hangat tahi ayam . Elok je berjalan tetiap hari ada je orang beli . Sometimes tolong jaga anak sedara . So takde la duk saja - saja pun . 


Rezeki masing - masing . Nak buat macam mana belum rezeki saya agaknya . Kawan - kawan ada yang dah kerja , ada yang sambung master , dan tak kurang juga yang masih menganggur . Ada . Pasti ada kerja nya nanti . Cuma belum masanya mungkin . 



Mostly kerja yang saya apply adalah kat KL . Tapi susah jugak . Saya takde transport , so nak cari kerja pun kena la dekat tempat yang berdekatan dengan kemudahan awam . Kat Kelantan pun ada jugak apply . Alhamdulillah la kalau saya dapat kerja kat Kelantan . Dekat dengan mak ayah . Actually planning saya memang nak kerja sekitar KL dulu awal - awal ni sebab senang sikit boleh pergi kerja dengan LRT . *beginilah nasib orang takde transport* . Dah kumpul duet , beli kereta nanti baru nak apply kerja kat Kelantan . But then haritu masa balik kampung sebab nenek meninggal tu , ada orang tanya saya tengah belajar kat mana *sedara mak tapi saya tak berapa kenal pulak* . Then mak saya cakap , " Dia dah habis belajar dah . Baru je habis . Tengah cari kerja . Kalau dapat kerja kat Kelantan pun bagus jugak . Alhamdulillah . Dekat sikit . Anak - anak yang lain semua jauh . " . Apa perasaan korang bila mak korang cakap macam tu ? Of course rasa agak tersentuh . Mak mengharap anak - anak dia tinggal dekat dengan dia . Anak - anak dah besar panjang mostly kerja luar kelantan . Mak ayah mesti bosan kat kampung , mesti rindu anak - anak . Sedih pulak bila fikir . Time kecik , ramai je anak . Riuh rendah rumah . Bila semua dah besar , dah kerja , sunyi je rumah . So saya decide kalau ada kerja kat Kelantan , memang saya akan apply . Macam yang mak harapkan , biarlah saya tinggal dekat dengan dia . Tapi tu la , tak banyak la kerja kat Kelantan . Harap - harap sangat lepas ni banyak peluang kerja kat Kelantan .






p / s : Doa kan saya cepat dapat kerja . Tak kisah di Kelantan ke , KL ke . At least biar segera dapat kerja , biar segera mak ayah dapat merasa duet gaji anak dia yang ni :)

Comments

Syuhada Salleh said…
smoga cpt dpt kerja ye..
Ina Amani said…
Selalukanlah doa supaya mudah dapat kije. InsyaAllah dapat.

hehe sabarnya kak :)
Ina Amani said…
Inna ma'a ssobirin
amal said…
takpaa inshaAllah Allah ada yang terbaik untuk awak :)
Haziza said…
Goodluck la urm.
InshaAllah kalau kita usaha ade rezeki untuk kita emi :)
BADRULASIYAH said…
salam..
hidup ini PERJUANGAN

jangan berhenti..
masaalh yg datang hanyalah kecil shj..jika dibndingkn dgn mereka yg lebih berat dugaannya

selamat berjauang
selamt berkenalan juga

jemput datang ke blog saya ya

syukran..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…