Monday, April 11, 2016

Semarak Cinta RunwayShow Zeeta Zarith


Pejam celik pejam celik sekarang dah bulan April. Cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, then lepas tu kita semua akan sambut hari raya Aidilfitri. Baju raya dah beli belum? Amboii, tanya pasal baju raya ni, puasa ganti dah habis ke? ihiks! Aku sendiri belum beli lagi baju raya. Biasalah, aku ni memang pesen suka beli last minute. Dah besar panjang ni kadang tak rasa pun perlunya baju baru untuk raya. Baju yang beli bukan untuk raya pun ada lagi yang belum sempat pakai. Hahah. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, aku akan beli jugak baju untuk raya tahun ni. Macam aku ni tak risau sangat beli last minute pun sebab saiz senang nak cari. Kalau terlebih besar or labuh sikit pun, boleh mintak mak tolong alter. Almaklum, emak kita memang pandai menjahit, hihi. Korang yang jenis susah nak cari saiz tu, dah tempah baju raya belum? Baik usha dari sekarang. Kalau tak nak tempah, beli yang dah siap pun boleh. Kat mana nak beli? Haaa meh sini nak cerita tentang satu jenama busana muslimah yang makin meningkat naik. Teruskan pembacaan.


Pernah dengar tentang busana mulismah dibawah label Zeeta Zarith? Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin jugak ada yang belum pernah dengar. Label pakaian muslimah Zeeta Zarith ini diasaskan oleh Puan Zaiti Noordin. Kerana minat dan kecenderungan Puan Zaiti Noordin di dalam bidang fesyen yang tidak pernah dilupakan setelah hampir 6 tahun ditinggalkan, buat julung kalinya Puan Zaiti Noordin membuat comeback dibawah jenama Zeeta Zarith, Comeback kali ini dengan kerjasama inhouse designer menampilkan lima design terbaru yang ringkas, selesa, elegant dan urban.


Pada 26 March yang lalu, aku berpeluang hadir ke Semarak Cinta Runway Show Zeeta Zarith yang bertempat di Hotel Laman Seri, Shah Alam. Tujuan diadakan runway show ini adalah intuk memperkenalkan 5 design terbaru dari jenama Zeeta Zarith. Yang menariknya tentang event kali ini, hanya melibatkan kaum hawa sahaja. Lelaki tidak dibenarkan turut serta. Sebelum fashion show bermula, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh seorang penyanyi. 

Maaf, due to short term memory makanya aku lupa nama penyanyi ni.

Koleksi terbaru dari jenama Zeeta Zarith yang diperkenalkan pada hari itu adalah Zarith Amani, Zarith Hanna, Zarith Zara dan Zarith Sofea. Satu perkara yang paling aku suka tentang koleksi dari Zeeta Zarith ni adalah dari segi sizing. Dari yang bersaiz kecil macam aku ni hinggalah yang berbadan berisi pun boleh menggayakan rekaan dari jenama Zeeta Zarith ni. Jom cuci mata tengok beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang fashion show tu.

Zarith Amani

Zarith Hanna
 

Zarith Sofea


Zarith Zara


 And heyyy, ada pelakon Anis Al Idrus kat situ. Seriously she looks prettier in person compared to in tv.

Yang sebelah Anis Al Idrus tu (tudung soft pink) adalah founder Zeeta Zarith, Puan Zaiti Noordin.



Untuk dapatkan koleksi2 dari Zeeta Zarith ni bolehlah layari: 

Instagram : @zeetazarith 

22 bLOggEr cUmiL:

Azura Rahman said...

cantik jubah tu ..sesuai untuk pakai hari raya

ZeeTa said...

Tqvm sis..bole le jenguk2 kami di ZeeTa Zarith

ZeeTa said...

Tqvm sis..bole le jenguk2 kami di ZeeTa Zarith

Sherry said...

nice collection, suitable for coming up Raya.

do you know the price range?

cindyrina said...

Pejam celik pejam celik dah nak puasa then raya. Lawa gak collection nih

Syafiera Yamin said...

nice collection cuma mcm berlapis lapis kain di badan.. hu3

renaelyng said...

Nice collection! Suitable for the upcoming Raya celebration!

FiSh. ohFISHiee said...

beautiful collection there :) ready to shop for Raya already?

Joyce Rachel Lee-Bates said...

Wah, lawa nyer founder dan artis. Nice muslimah wear collection.

Shini Lola said...

Thanks for sharing the Malay fashion. Now I know more about it. =)

GengQian said...

really nice collection, simple yet elegant. perfect for coming Raya.

Miera Nadhirah Tan said...

Loving the fashion show as they really do not discriminate and even have a plus sized model... this is awesome... I probably look into a couple of these for the coming Raya...

Sharon Lee said...

The collection looks really neat and simple design, suitable for every age to wear. I love how they show plus size model collection as well.

kakalina wak said...

Wish to wear either one of the pieces during Raya.
Hope to watch the show someday as well. :)

Amelie Yap said...

All the jubah look so elegant and pretty!

Pooja Kawatra said...

Looks like a good collection. I am sure people will look forward to it during festive time.

Ortolana Clare Solibun said...

The designs look really nice.

Isaac Tan said...

nice presentation here.. :) all looks so pretty.

yes, time flies. Got to make the best of it.

RainbowDiaries Website said...

Nice collection. All ladies look very elegant.

Ivy Kam said...

Nice collection, can fit perfectly to different body styles as well :)

Betty Liew siaw fan said...

The jubah is nice. Yup, Raya will coming soon and is time for you to shop for raya clothes. Personally think the Zeeta Zarith cloth nice and fashionable for muslimah friends.

Sunshine Kelly said...

The jubah are quite pretty and pleasant. Nice show.