event blogger,

Nivea Men 3x Dryness Challenge 2016

April 18, 2016 emi 0 Comments


Korang tahu tak bahawasanya setiap tahun Nivea Men akan mengadakan kempen yang diberi nama Nivea Men Cool Kick 3x Dryness Campaign. Untuk 2016, kempen ini diadakan bermula January sehingga March. Apa benda ni? Haaa ini merupakan satu cabaran dimana setiap lelaki boleh ambik bahagian dalam satu game dalam masa sama menonjolkan keyakinan diri dengan Nivea Men. Kiranya cabaran ni nak tengok macam mana peserta tunjukkan skill mempertahankan diri melawan peluh.



Untuk cabaran tahun ni, aku sempat hadir sama ke finale battle yang diadakan di Sunway Pyramid. Aku tak join main, just pergi menyokong para peserta disamping memeriahkan suasana je, hihi. By the way, 3x Dryness Challenge ni dibuka untuk penyertaan setiap tahun bukan sahaja secara real, bahkan juga secara digital. Permainan digital tu boleh dimain secara online melalui Facebook NIVEA MEN Malaysia. Cash prize menanti pemenang.


Bertempat di Sunway Pyramid, finale battle tahun ni menampilkan Haniff Hamzah (penyampai radio) dan Hairul Azreen (pelakon). Sebanyak 64 team bertarung pada 26th March 2016 (elimination round) dimana 16 team terbaik dibawa ke semi-final pada 27th March. So pada 27 Mac tu, 16 pasukan tersebut battle untuk jadi top 4 bagi melayakkan mereka ke grand finale battle untuk grab 3 hadiah utama.


Game ni memerlukan 2 team yang terdiri dari 3 pemain bagi setiap team. Peserta dikehendaki attack lawan menggunakan bola yang mewakili peluh. Kononnya bole tu peluh la. kalau dah terkena bola tu, peserta kira out!


Grand Prize wang tunai bernilai RM10000/team, manakala tempat kedua RM5000 dan tempat ketiga RM3000. Bukan itu sahaja, setiap pemenang dapat produk Nivea bernilai RM250 tau.

Pergi dengan sape? Haruslah dengan event partner kita, kak Eyza.

You Might Also Like

0 comments: