Variasi makanan dalam tin dari TC Boy - emilinda

Wednesday, April 27, 2016

Variasi makanan dalam tin dari TC Boy



Ada yang tak makan tuna tak kat sini? Ishh, rugi betul orang yang acah-acah tak makan makanan dalam tin macam tuna dan sardin ni, kekeke. Sedap tau! Makanan dalam tin ni boleh dikatakan wajib ada kat rumah, especially orang bujang macam aku ni. Berjauhan dari family, kadang kalau lapar tapi malas nak masak yang rumit-rumit dan malas nak keluar, senang. Masak je yang simple-simple guna makanan dalam tin. Aku ni sejak sekolah rendah lagi dah biasa makan makanan dalam tin seperti tuna dan sardin. Almaklum la, everytime pergi camping masa zaman sekolah dulu, itu la makanan yang wajib bawak. Hahah. Then sekolah menengah memang tinggal kat asrama. Masuk universiti pun sama, masih berjauhan dari family. Tuna dan sardin memang dah jadi makanan wajib dah zaman belajar dulu. Almaklum, student haruslah berjimat.

Kalau dulu, aku biasa makan tuna dengan roti je. Jadikan sandwich. Macam dah lama pulak tak makan tuna dan sardin. Haritu tetiba ada dapat satu parcel dari TC Boy, excited pulak rasa bila tengok ada beberapa tin tuna dan sardin. Brand TC Boy ni antara salah satu brand yang biasa aku makan masa zaman belajar dulu, especially sardin dia tu. Rupa-rupanya dah makin banyak variasi makanan dalam tin yang dikeluarkan oleh TC Boy. Tuna pun ada banyak jenis.


See? Tuna ada macam-macam variasi dah. Boleh pilih nak guna yang mana bergantung pada apa yang korang nak masak. Aku ada terfikir nak masak a few things guna tuna ni tapi belum sempat lagi sebab lately ni asyik busy aje memanjang. Sempat buat yang tersangat simple aje buat masa sekarang. Apa yang simple sangat tu? Haaaa, aku guna TC Boy Sandwich Deluxe tu untuk buat sandwich. Petang hari balik kerja rasa lapar, buat je sandwich. Kalau suka pedas, boleh taruk cili. Aku tak taruk cili sebab tak tahan pedas. 


Semudah ABC gitu. Hahah *maap saya bukan malas, tapi paham ajela kalau tengah penat lepas balik kerja*. Ini aje yang mampu aku hadap. Ini pun dah cukup sedap bagi aku. Makan sambil layan drama Akadku yang Terakhir. Selain tu, of course la aku masak sardin TC Boy yang sedap ni. Sardin antara lauk favorite aku sejak dulu. Masak sardin, goreng telur, makan dengan nasi panas-panas. Nyumsss, nikmat betul.


Setakat ni sempat buat dua masakan simple ni je. Ahaha, super simple, right? Yang lain inshaAllah nanti dah masak, aku share cerita kat sini lagi. Makanan dalam tin macam TC Boy ni sesuai sangat kalau yang nak pergi travel. Mudah dan senang. 


Website:  TC BOY 
Facebook : TC BOY

2 comments:

  1. Wah menarik ni, bolehlah try buat lepas ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Azwar Syuhada masak simple2 je awak. hehe menu org bujang

      Delete

Kindly leave your comment/feedback here.