Kelainan masakan Jepun di Minori Japanese Restaurant. - emilinda

Friday, April 29, 2016

Kelainan masakan Jepun di Minori Japanese Restaurant.


Kalau sebut masakan Jepun, automatik aku terbayang sushi. Hahah, typical sangat. Sebab kat Malaysia ni tak banyak sangat pun restoran makanan Jepun. Bukanlah tak banyak jugak sebenarnya, cuma makanan Jepun yang paling famous kat Malaysia ni adalah sushi. So kalau orang tanya aku pasal makanan Jepun, memang sushi aje la yang aku tahu. Baru-baru ni aku berpeluang merasa sendiri beberapa menu terbaru di salah sebuah restoran Jepun yang terkemuka kat Malaysia ni, iaitu Minori Japanese Restaurant yang terletak di Hotel Royale Chulan Damansara.



Sejuk hati tengok susun atur perabot dan juga dekorasi dalam restoran ni. Dekorasi yang membangkitkan rasa elegant, tenang dan teratur. Minori Japanese Restaurant ni pernah dinobatkan sebagai restorang Jepun terbaik di Malaysia pada taun 2014 dan 2015. 

 Dihidangkan dengan Japanese green tea sebaik tiba di restoran.

Minori Japanese Restaurant telah tampil dengan beberapa menu terbaru yang aku kira agak 'rare'. Apa yang rare sangat tu? Haaaa, rare bagi aku yang selama ni hanya tahu makan sushi semata, kekeke. Okay, jom kita tengok apa menu terbaru di Minori Japanese Restaurant.

Yum Tofu and Grilled Seasoning Eggplant with Crab Sauce Ginger Fervor with Mountain Kaviar - tu diaaa, panjang betol nama. Yang ni kira macam appetizer la.



Steamed Egg on the Organic Wasabi Leaf and Asari Shell "Ohitashi" Yuzu Orange Flavour - Yang ni aku suka. Tak cukup pulak rasanya makan yang ni. Memula nampak perkataan wasabi, i was like "alamak ada wasabi, pedas ke?". Bila dah try, tak pedas pun. Heheh.



White Miso marinated Butter Fish "Saikyo Yaki" served with Vinegar Tomato, Wasabi Lotus Roots with Sweet Potato - Ikan tu sedap. Sweet potato tu pun sedap gak. Memandangkan aku bukanlah penggemar japanese green tea, maka aku order watermelon juice sebab tekak aku dah takleh nak terima green tea tu.



Tender Steamed Beef Tongue with Special Sauce - Beef tongue uols! Haa, cuak gak sebab aku tak pernah makan lidah lembu. Tapi bila dah try, lembut gila. kalau takde orang bagitahu, confirm aku tak tahu itu adalah beef tongue.



Scallop Porridge Minori Style with Fried Cherry Blossom Prawn - Yang ni macam bubur nasi, tapi ada lain sikit rasanya. Kat atas tu dia tabur fried cheery blossom prawn/



Warabi Mochi and Green Tea Parfait - Last but not least haruslah ada dessert. Aiskrim green tea tu rasa dia unik sangat. Ahaha. 


Bagi yang mencari sedikit kelainan pada hidangan masakan Jepun, boleh lah cuba dekat Minori Japanese Restaurant ni. Takde la asyik makan sushi aje memanjang, kehkeh.

With the owner of Minori, Dato' Jessie Yow



Minori Japanese Restaurant
+603-7959 9099
The Royale Chulan Damansara Hotel
1 st  Floor, No. 2  Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara


11 comments:

  1. kalo makanan jepun mmg akak tak berapa lalu tekak.. sushi pun tak makan. kekekek.. kalo g food review dgn korang, huntongla korang tlg makan makanan akak ler jawabnya.. kekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Jueliza Jamani emi pun buka penggemar makanan jepun. Tapi sekali sekala dapat try tu, okay je. hehe

      Delete
  2. Wah.. dah update.. k.eyza blom lagi. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @eyza haha ini pun dah cukup lambat akak.

      Delete
  3. wahhhhh sedapnya, selain soba mee, sushi, teringin nk rasa menu cam gini pulakkkk huhu kna terjah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mama Darwiish akak memang suka Japanese food ke?

      Delete
    2. @Mama Darwiish akak memang suka Japanese food ke?

      Delete
  4. Salam nak tanya, halal ke?

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.