Sunday, August 16, 2015

Syawal 2015 : Beraya bersama rakan blogger


Sedar tak sedar Syawal dah pun berakhir semalam. So takde raya-raya dah, takde open house dah. Raya sampai 30 Syawal je. Hehe. Bila dah habis beraya lebih kurang seminggu kat kampung haritu, terus balik KL. Sejak dah habis belajar ni, aku lebih banyak habiskan masa sorang-sorang. Sebab kawan-kawan semua jauh *nangis bawah selimut*. Kawan ramai je, tapi kawan yang rapat dan sekepala tu tak ramai sangat la dan mostly jauh. Yela, masing-masing dah busy. Tak macam zaman belajar dulu. Kalau perasan beberapa bulan kebelakangan ni aku banyak join aktiviti dan event dengan rakan-rakan blogger, untuk sibukkan diri. Dulu aku bukan kenal pun dorang, tapi bila dah kerap jumpa tu boleh jadi kawan pulak. And surprisingly most of them sangatlah sporting dan boleh buat geng.

Last 2 weeks kalau tak silap, aku join dorang terjah rumah a few blogger. Daripada tak kenal pun dorang ni, pastu dah kenal siap boleh beraya bersama lagi haa. Kemain kann. Haha. Bermula dengan rumah Shiqin, then ke open house MahaMahu. Lepas tu dorang ke rumah blogger Rasul, tapi aku tak dapat ikut. Lepas open house MahaMahu, terus balik atas sebab tertentu. Seronok bila jumpa dorang ni, meriah betul.

 Rumah pertama, rumah Shiqin. 

Zira, antara blogger terawal yang aku kenal. Kenal pun sebab pergi event sama-sama last year.


Time ni dah nak gerak ke open house MahaMahu pulak

Open house MahaMahu




Aku ni bukan jenis yang talkative sangat dengan orang yang aku tak biasa. Tapi alhamdulillah, dengan dorang ni kalau first time jumpa pun rasa macam dah lama kenal. Tak sombong, peramah sangat dorang. Dah beberapa kali jumpa terus boleh jadi kamceng, sekepala. Haha. Penat jugak , tapi seronok. 

Minggu lepas pulak blogger Eina ajak kitorang ke rumah terbuka Utusan, kat Bangi. Kitorang ni kalau tak sibuk memang laju je nak ikut. Haha. Pantang di ajak haa. Meriah betul rumah terbuka Utusan ni, ramai yang datang termasuk para artis. Aku ni pulak pesen yang tak kenal sangat artis. Kalau artis lalu sebelah pun memang aku tak cam. Haha. Teruk betul. So pergi rumah terbuka hadap jela makanan beberapa round. Mwahaha. Sesetengah artis tu kalau aku kenal nama pun, tapi aku tak cam muka. Biasalah, kalau pelakon slot Akasia TV3 petang-petang tu aku cam la jugak. Yang lain harap maap, aku tak berapa cam. Kat Malaysia ni artis tumbuh bagaikan cendawan, ramai sangat sampai tak kenal pun. Nak nak lagi kalau penyanyi memang aku payah nak cam. Lagu dorang aku tahu, tapi penyanyi nya aku tak kenal.






Itu aje la cerita Syawal aku berasama rakan blogger tahun ni. Harapnya tahun depan masih berkesempatan nak beraya bersama lagi.





0 bLOggEr cUmiL: