Gala Dinner Ephyra 2015 - emilinda

Saturday, August 29, 2015

Gala Dinner Ephyra 2015



Kalau korang memang follow blog aku dari dulu, korang mesti tahu aku merupakan salah seorang pengguna dan dealer Ephyra sejak 2 tahun yang lepas. Yes, dah 2 tahun dah aku setia dengan produk keluaran Oceanlife ni. Alhamdulillah. Aku bukan setia dengan produk ni disebabkan aku jual produk ni semata-mata. Sebaliknya aku masih aktif sebagai dealer Ephyra kerana aku dan adik-beradik aku masih amalkan minum Ephyra ni. Alhamdulillah. Ada jugak aku acah-acah stop minum Ephyra kejap sebab nak try produk lain kononnya *sebab terima job untuk review a few collagen product, so I have to stop consuming Ephyra for few weeks in order nak tengok keberkesanan that product*. But seriously aku cakap, aku takleh kalau tak minum Ephyra dalam tempoh yang lama. Setakat skip minum Ephyra 2 ke 3 hari tu takpe lagi, tapi kalau dah lebih seminggu memang aku dah start rindu nak minum Ephyra balik. Lain sangat rasanya bila tak minum Ephyra.

Okay, so sebagai salah seorang dealer Ephyra, 2 minggu lepas aku dapat jemputan untuk ke Ephyra Gala Dinner. Ini merupakan first time pihak Oceanlife buat majlis besar-besaran untuk meraikan kejayaan team Ephyra, stokis dan dealer sekalian. Bayangkan dalam tempoh 3 tahun, Ephyra berjaya membina nama dengan cepat. Alhamdulillah, aku sebagai dealer dan pengguna setia Ephyra rasa bangga sangat. Sokongan aku sentiasa bersama team Ephyra walaupun aku dah jarang promote & cerita tentang testimoni Ephyra kebelakangan ni. Busy sikit, hehe. So that day aku ajak kakak aku temankan pergi dinner tu. Kalau pergi sorang aku segan, kekeke.


Majlis Gala Dinner Ephyra ni diadakan di PWTC. Memandangkan majlis habis agak lambat, so awal-awal lagi aku dah bawak baju siap-siap, tidur rumah akak aku kat Sentul. Nasib baik dekat je PWTC dengan rumah sewa akak aku. Kakak aku lari tema sikit malam tu. Aku dah whatsapp jemputan siap-siap kat dia, rupanya dia tengok sekali imbas je, terus tak perasan ada tulis tema majlis kat situ. Lagi parah aku dah bagitau awal-awal itu adalah Gala Dinner, sekali dia ingat itu adalah open house Ephyra. Kekeke, bila aku sampai rumah dia, tengok dia pakai baju kurung color kuning lagi haaa. Lari tema betul warnanya. Haha. Takpe la, tak kuasa aku nak tunggu dia tukar baju, dah lewat pun masa tu.







Alhamdulillah, bertuah jugak la aku malam tu dapat cabutan bertuah Thermo Pot. Target nak dapat iPhone, tapi dapat  Thermo Pot pun jadilah. Haha. Rezeki emak nampaknya. Raya haji nanti bawak balik untuk mak. Btw lawa betul baju yang Memey Suhaiza tu pakai. Dari awal majlis sampai la keesokan harinya aku dengan kakak aku still duk sembang pasal baju yang Memey pakai ni. Tengok depan-depan lawa gila baju ni. Kakak aku cakap nanti dia nak jahit satu baju yang ala-ala baju Memey pakai ni la. Tapi logically thinking, kau nak pakai pergi mana je pun kalau kau buat baju camtu? Mwahaha kalau artis takpe la banyak event grand-grand nak kena attend.

Yes, saya lagi tinggi :P

Bersempena Gala Dinner ni jugak, pihak Oceanlife melancarkan 3 produk terbaru keluaran Oceanlife iaitu Ephyra Skin Bar, M2Flex, dan Inteemor. Ephyra Skin Bar tu memang aku guna, best sangat pakai sabun ni. Rasa bersih je muka. Hilang habis blackhead & whitehead. Aku guna jugak Ephyra Skin Bar ni untuk badan sometimes sebab kulit aku sensitive. M2Flex tu minuman untuk lelaki, sesuai la yang mana nak jadi sado macam Norman Hakim. Kekeke. Inteemor tu pulak minuman untuk kesihatan dalaman wanita. Yang ni aku belum try. Hehe. Kalau aku try nanti, aku share story.


Thanks pihak Oceanlife sudi jemput. Tak sempat pun nak bergambar dengan Puan Amiza, CEO Oceanlife. Sempat salam dan bertegur camtu je. Almaklum la, ramai orang time tu. Tak menang tangan aku tengok Puan Amiza dan staff Oceanlife yang lain, tapi diorang usaha jugak nak entertain tetamu sekalian. Tahniah bagi team Ephyra khususnya founder dan staff yang bertungkus lumus menjayakan majlis tu.


Sape-sape yang nak dapatkan produk keluaran Oceanlife ni, boleh contact aku , SMS/Whatsapp?telegram 0145259353.



2 comments:

Helmi Fadlilah said...

Distributor Besi Baja Murah : Jual Besi Baja WF, Besi Baja H-Beam, Besi Plat, Besi Baja UNP, Besi Baja CNP, Besi Baja SIku, Bondek, Besi Baja Hollow, Besi Baja Wiremes, Besi Baja INP, Besi Beton http://distributorbesibaja.co.id/ 0812-2299-8222 hafid

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Tahniah kak dapat lucky draw.. wahhh bestnyaaa