Skip to main content

Setelah 2 minggu amalkan C-Jello Collagen Jelly Bar



Hai korang! Last time aku ada cerita tentang C-Jello Collagen Jelly Bar, remember? Kalau tak ingat boleh baca balik kat SINI. Aku ada bagitahu bahawasanya aku menyahut cabaran untuk try that collagen for 2 weeks memandangkan katanya hasil boleh dirasai seawal 2 minggu.


So dah dua minggu aku amalkan C-Jello Collagen Jelly Bar ni. 2 sachet satu hari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Perkara pertama yang aku nak cakap pasal C-Jello Collagen Jelly Bar ni adalah rasa dia sedappp sangat. Aku taruk dalam peti ais, so bila nak makan tu rasa sejuk je. Macam ais jelly. Seriously, kadang-kadang aku rasa tak cukup 1 sachet so aku makan 2 sachet sebab sedap sangat. Wakaka. Takpe, maksimum boleh makan 4 sachet sehari. Nak makan pun senang je tak yah nak bancuh bagai, just koyak dan sedut masuk ke dalam mulut. Feeling-feeling makan jelly macam zaman budak-budak dulu. Hihi


For your information, gambar kat atas ni merupakan gambar sebelum aku consume C-Jello Collagen Jelly Bar. Sepanjang 2 minggu aku consume C-Jello Collagen Jelly Bar ni, aku langsung tak ambik supplement lain tau. Memang aku stop kejap semua supplement lain sebab nak bereksperimen dengan produk keluaran SkinSoul ni. Nak tengok keberkesanan dia.


Yang ni pulak gambar selepas 2 minggu amalkan C-Jello Collagen Jelly Bar. Paling aku perasan, kulit macam lagi smooth bila kita pegang. Macam liang pori mengecil gitu. Berminyak pun kurang. Alhamdulillah, not bad product ni. Bagi korang yang tercari-cari supplement tapi taknak yang nak kena bancuh bagai, this product is perfect for you. Senang sangat. Dah la sedap.

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok sini :




Comments

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…